BAB 12

87 6 0
                                    


GAMBAR  kemalangan tengah malam tadi yang telah diambil oleh anak buahnya, dipandang dengan penuh perasaan.

Yang penting, dia puas!

"How's he? Still alive?" Soal wanita itu, atau lebih dikenali sebagai Erine iaitu ketua kumpulan ini.

"Still alive. Kecederaan dia pun tak teruk sangat. Hanya luka di kepala saja." Maklum Kai.

"What?! Kau orang pandai buat kerja ke tak ni? Aku suruh langgar dia sampai lumpuh or else. Tapi bukan 'luka di kepala saja'!" Bergema suara wanita itu di kawasan ini. Marah dengan kelekaan anak buahnya itu. Benda senang pun tidak boleh buat!

"Sorry, bos. Lelaki tu pandai mengelak dari dilanggar. Jadi dia hanya terhantuk di bahu jalan. Aku tak dapat nak serang dia lagi sebab ada ramai orang di kawasan tu." Kai membela diri.

" I don't want to hear any sorry from you. Ergh, tak boleh harap!" Rambut sendiri, diramas-ramasnya. Dia baru saja puas melihat gambar-gambar tadi. Namun, perasaan itu kian berterbangan dengan info baru ini.

"Apa aku patut buat lagi?"

"Like always. Now get lost! Do your job if you want her!" Lantang wanita itu menghalau anak buahnya pergi.

Setelah dia bersendirian, dia melabuhkan duduk pada sofa yang terletak di tengah-tengah kawasan ini. Gambar-gambar yang tertampal di dinding dipandang penuh dendam.

"Just wait," Kemudian, dia tersenyum sinis. Satu anak panah diambil sebelum dilemparkan pada gambar seorang gadis.

Edrea..



" ITULAH! Degil lagi. Siapa suruh ride malam-malam buta, hah? Nasib tak bawak buluh je ni. Kalau tak... Dah lebam satu badan abang ni!" Omel Edrea kegeraman. Orang tengah risau, dia main-main pula.

"Amboi! Berani nak pukul abang, ek?" Sahut Irvanz. Apa yang hendak dirisaukan sangat pun tidak tahulah. Padahal dia okey saja ni. Cedera sikit saja di kepala. Doktor pun bagitahu yang dia sudah boleh pulang ke rumah petang nanti.

"Siapa cakap Rea tak berani? Nak selam abang dalam kolah masjid tu pun boleh, kalau nak." Sambil mengomel, tangan tetap berjalan. Menyuapkan bubur yang disediakan oleh pihak hospital kepada Irvanz. Dia terlalu runsing sehingga tidak sempat hendak memasak sendiri. Mana tidaknya? Selesai saja solat subuh, Cal terus menyuruhnya bersiap-siap segera untuk ke hospital.

"Garang," Komen Cal perlahan. Dia sekadar menjadi pemerhati aksi dua beradik itu. Walaupun mereka bukan adik-beradik kandung, hubungan mereka seolah-olah sebaliknya. Cuma satu yang Cal perasan, walau mereka mesra, batasan tetap dijaga oleh mereka. Seperti sekarang.

"Tak nak dah. Tak sedap! Macam makan air paip, rasa kosong." Tolak Irvanz saat Edrea menyuakan bubur itu.

"Eii, memilih! Tampar karang baru tahu." Mangkuk berisi bubur itu diletakkan ke atas almari kecil ditepi katil.

"Ingat abang ni nyamuk ke nak tampar-tampar?"

Edrea mencapai segelas air kosong di tepi mangkuk bubur itu lalu dihulurkan kepada Irvanz. "Kalau abang ni nyamuk, dah lama enam kaki ke bawah." Balas Edrea bersahaja. Dia baru teringat akan kewujudan Cal di sini. Buat malu saja bergaduh macam budak-budak!

"Apa-apa ajelah. Cal, tak masuk kerja ke? Tak kan 'guard' pun boleh masuk lambat, kut?" Irvanz menyoal Cal berbaur perlian. Nak sangat jadi guard, kan?

"Lambat sikit. Kalau tak, adik kau ni nak datang naik apa? Kereta sorong?" Cal membalas.

"Eh, aku nak perli kau, kau perli aku balik pulak dah." Ingatkan hari dia sakit ni, ada lah orang nak ambil berat ke apa, alih-alih kena bebel, kena perli. Apalah nasib..

"Petang nanti dah boleh keluar, kan? Abang nak makan apa? Rea boleh masakkan." Hilang wajah murung Irvanz sesaat lalu saat Edrea bertanya begitu. Inilah yang dia mahukan!

"Hmmm..." Jari diletak di bawah dagu seperti sedang berfikir. "Macam nak makan nasi ayam."

"Easy. Tapi Rea kena beli barang-barang dulu. Bahan basah dekat rumah dah nak habis." Ujar Edrea. Dia dan Kak Yam telah berpakat untuk keluar beli barang dapur hari ini sebenarnya. Tapi dia terpaksa keluar awal pagi pula.

"Nak pergi dengan apa? Risaulah, abang."

"Aku ada," Sampuk Cal. Dia memeluk tubuh sendiri sambil bersandar pada dinding.

"Kalau macam tu, Rea pergi dengan abang 'guard' ni je lah." Sempat Irvanz memerli.

Lambat-lambat, Edrea mengangguk juga. "Nak duit. Rea ada sepuluh sen je ni," Edrea satukan kedua belah tangannya kepada Irvanz.
"Aku ada," Sampuk Cal lagi. Cermin mata hitamnya dinaikkan sedikit.

"Ha! Kikis dia banyak-banyak. Kalau boleh habiskan saja duit dalam akaun bank dia tu."

"Rea seganlah, abang." Bisik Edrea perlahan. Namun, gegendang telinga Cal pantas mendengarnya. Cuma dia buat tidak mengetahui apa-apa saja.

"Jangan risau lah. Dia baik. Pergilah dengan dia." Bisik Irvanz pula.

"Ye lah," Edrea bingkas berdiri.

"Tunggu dekat kereta," Arah Cal. Edrea mengangguk seraya mengatur langkah keluar dari wad ini.

"Apa-apa info, aku roger." Setelah itu, Cal turut meninggalkan wad ini.

Masuk saja ke dalam perut kereta, kedua-dua mereka saling membisu. Cal memulakan pemanduannya dengan tenang manakala Edrea hanya melemparkan pandangan ke luar tingkap.

"Sa...saya minta maaf," Ucap Edrea tiba-tiba membuatkan Cal berpaling seketika.

"Untuk?"

"Sebab susahkan awak. Kena hantar saya ke hospital, ke supermarket lagi. Dah lah awak kerja."

Seperti faham apa yang menyebabkan Edrea berkata begitu, Cal lantas menjawab. "Aku cuma bergurau tadi. Tak maksudkan apa-apa pun. Kau tak payahlah nak risau. Aku okey saja."

"Tapi guard boleh ke datang lambat? Nanti kena buang kerja macam mana?" Hampir saja Cal tersenyum mendengarkan soalan polos itu.

" Aku sebenarnya-" Tak sempat Cal ingin berterus-terang akan kerjanya, deringan telefon membatalkan niatnya. Langsung, Cal mengangkat panggilan itu. Tangan kanan mengawal stereng kereta manakala tangan kiri melekapkan telefon ke telinga.

"Okey, dalam 15 minit aku sampai." Alat elektronik itu ditutup. Sekilas, Cal pandang gadis disebelahnya.

Cal memberhentikan pacuan empat rodanya apabila mereka telah tiba di pasar raya. "Aku ada hal sekejap. Jadi aku tinggal kau dekat supermarket ni dulu, lepas tu aku datang ambil balik." Cal menyeluk kocek seluarnya lalu menghulurkan 3 keping wang kertas not 100 kepada Edrea.

"Buat belanja. Kalau kau nak beli barang untuk diri kau pun, gunalah." Edrea tarik senyuman.

"Terima kasih," Huluran itu disambut baik. Edrea membuka pintu pada bahagiannya untuk keluar.

"Lepas dah siap, tunggu di sini. Jangan kemana-mana pula." Pesanan terakhir diberikan.

"Okey. Hati-hati." Setelah tubuh Edrea selamat keluar dari perut kereta, Cal terus memulakan pemanduannya. Meninggalkan Edrea.

Dalam hati, Edrea bersyukur juga Cal tidak menemaninya. Segan kut kalau lelaki yang temankan.



BAYANG RAHSIA Where stories live. Discover now