XIAN berdiri betul-betul dihadapan satu kedai bunga yang agak terkenal walaupun saiz kedai itu hanyalah sederhana. Tidak terlalu besar dan juga tidak terlalu kecil.Selepas dipastikan alamat yang diberikan oleh Kak Yam adalah benar, Xian terus menapak masuk.
Hadirnya Xian di sini kerana dia sendiri yang menawarkan diri untuk membantu Kak Yam mencari pokok-pokok bunga baru. Menambahkan lagi seri di taman. Kebetulan pula Xian tengah bosan tidak berbuat apa tadi, itu yang tawarkan perkhidmatan percuma.
"Hello?" Serunya memanggil pekerja di kedai ini. Namun, tiada sebarang sahutan kedengaran. Tiada orang ke? Tapi papan di pintu masuk masih tertulis 'open'.
Xian bergerak ke barisan rak yang dipenuhi bunga-bunga yang terdiri daripada pelbagai jenis. Di sebalik itu, terdapat satu pintu untuk ke destinasi lain. Dan apabila Xian masuk, dia tersentak disitu.
"Hurmmm, wanginya!" Puji seorang gadis saat mencium haruman bunga mawar di tangan sendiri. Bunga kegemarannya sesuai dengan nama sendiri, Bunga Mawardah.
"Erghh, hello?" Sapa Xian lagi.
Terkejut bukan kepalang, Bunga terus berdiri tegak. Disapu-sapu sedikit dress labuhnya yang terkena lantai. "Maaf. Saya tak perasan ada orang masuk." Pinta Bunga. Dia terlalu asyik melayani perasaan sendiri sampaikan tidak menyedari ada manusia lain disitu. Nasib baik bukan orang jahat. Terleka sungguh!
"T..tak apa." Jika berada di dalam dunia animasi, sudah tentu mata Xian akan memancarkan emoji bintang kecil yang tidak berkelipan. Sama seperti dia yang tidak mampu mengerdipkan mata memandang gadis ayu dihadapannya ini. Tudung labuh dan dress bercorak floral. Juga labuh. Ditambah dengan apron berona soft pink.
Sangat ayu.
Senyuman, Bunga lakarkan. "Encik....?"
"Xian," Sela Xian seperti tahu apa yang gadis itu tanyakan.
"Oh, nama saya Bunga. Encik Xian nak cari bunga apa?"
"The beautiful flower in front of me..." Bisik Xian perlahan. Malah, tersangat perlahan.
"Hah? Apa dia, encik?" Tanya Bunga, kurang jelas dengan apa yang diutarakan oleh pelanggannya itu.
Sedar akan keterlanjuran diri, Xian langsung terpinga-pinga. "Kaktus!" Alamak, tersilap! Bukan pokok kaktus yang dicarilah!
"Encik nak berapa banyak?" Bunga berjalan menuju ke tempat dia meletakkan pokok-pokok kaktus. Diikuti Xian dari belakang.
"Cukup seorang je..."
"Hmm? Apa encik cakap tadi?" Kenapa pelik sangat Encik Xian ni? Sekejap berbisik-bisik, sekejap tergagap-gagap. Okey ke tidak ni?
"Sepuluh," Masalah! Berapa juta kali dia nak terlepas kata ni! Satu lagi masalah, dia nak buat apa dengan kaktus banyak-banyak tu?
"Banyaknya. Kejap saya ambilkan. Encik boleh tunggu di kaunter depan dulu." Kata Bunga, lembut.
"Tunggu selamanya pun boleh." Xian mengumam setelah Bunga pergi membawa beberapa pokok kaktus ke kaunter depan. Dia tersenyum sendiri. Tak menunggu lama, Xian juga pergi ke situ. Menyaksikan Bunga yang sedang memasukkan pokok jenis itu ke dalam paper bag selepas dibalut cantik dan kemas. Mengelakkan terkena 'jarum' pokok tersebut.
"Biasanya orang tanam kaktus sebab senang. Tak payah siram hari-hari macam pokok lain. Senang jaga dan paling penting, comel." Sambil-sambil melakukan kerja, Bunga beramah mesra bersama pelanggan seperti biasa. Senyuman juga tak lekang dari bibirnya.
Xian terleka menatap wajah mulus itu sampaikan butiran kata beberapa saat tadi ibarat seperti angin lalu. Adakah ini cinta pandang pertama? Arghh, I'm in love!
"Encik?" Kali ke tiga Bunga menyeru. Hairan dia apabila lelaki ini merenungnya tak lepas. Bila dia pusing tubuh, tiada apa pun. Dah kenapa macam nampak hantu ni?
Bunga memetik jari di hadapan wajah Xian. "Encik okey ke tak ni?"
"Oh? Maafkan saya. Berapa ni?" Tak membalas, Bunga menunjukkan paparan harga di skrin.
Pandang skrin, Xian terus menghulurkan wang kertas not 100. "Keep the change." Empat beg kertas itu diambil.
"Tapi banyak sangat ni."
"It's okay. Awak boleh simpan." Kata Xian.
"Manalah tahu nanti kena bagi mas kahwin pulak ke? Practice makes perfect." Sambung Xian lagi. Tapi dia pasti, kata-katanya itu tidak sampai ke pendengaran Bunga pun.
"Kalau macam tu, terima kasih banyak-banyak. Jemput datang lagi lain kali." Bunga meletakkan tangan ke dada dan menunduk sedikit. Tanda hormat.
"I will," Pusing tubuh, Xian berlalu ke pintu keluar. Disitu juga dia berselisihan dengan seorang lelaki yang mungkin seusianya.
"Abang! Mana abang pergi? Lama Bunga tunggu abang, tau! Nasib baik Bunga tak boleh sentuh abang. Kalau tak...dah habis lebam satu badan abang, Bunga kerjakan!" Suara ceria itu, Xian dengari walaupun dia sudah setapak jauh dari kedai itu.
"Alolo, sorry lah. Abang ada urusan sikit tadi. Kan majlis kita dah nak dekat. Kenalah buat banyak persiapan." Balas lelaki yang dipanggil sebagai 'abang' oleh Bunga itu.
Xian tersentak. 'Majlis kita...?' Adakah ini tanda cintanya ditolak walau belum sempat dia luahkan?
My heart....
YOU ARE READING
BAYANG RAHSIA
Mystery / Thriller" Memaafkan memang mudah. Tapi untuk melupakannya tersangatlah payah." Girzelle Edrea, namanya tidak seunik alur cerita yang telah Ditulis. Gadis polos itu bagaikan burung yang dikurung di dalam sangkar. Tambahan pula setelah peristiwa 2 tahun lepas...