BAB 3

106 6 0
                                    


PAPARAN berita di dada skrin televisyen, mereka saksikan bersama-sama. Manusia yang paling teruja sekali apabila menonton berita sudah semestinya si budak Haura. Katanya sebab ada pegawai polis.

Kecil-kecil lagi dah gatal!

" Encemnye, poyis tu!" Itulah perkataan keramat yang akan keluar dari ulas bibir Haura. Apa yang disukainya sangat pun tidak tahulah.

"Amboi! Gatal anak umi ni. Cubit karang!" Pipi anak bongsunya, Puan Hazira cubit kegeraman. Menurun perangai siapa gatal sangat ni?

"Nampaknya bakal ada menantu polislah dalam rumah ni. Nanti bila Mak Ngah kena saman, Haura suruh suami Haura tarik balik saman tu, ek." Seloroh Puan Zulaiha.

" Aip, aip, captain!" Haura mengangkat tabik. Akan dia pastikan cita-citanya yang satu itu bakal tercapai!

Edrea ketawa perlahan. Sejujurnya dia suka vibes seperti ini. Tinggal di kampung bersama ahli keluarga.

KEDEGANG!!!

Mati terus tawa semua manusia di ruang tamu itu saat pintu kayu rumah pusaka arwah emak mereka dikuak dari luar. Dengan tiadanya salam atau sapaan, menonong saja Puan Aliyah masuk ke dalam rumah dengan Arin yang mengejarnya di belakang.

" Kau dah kenapa ni, Long? Dengan tiada salamnya, terus rempuh masuk." Puan Hazira bingkas berdiri. Setan mana pula yang tidak habis-habis menghasut Puan Aliyah ini lagi?

" Kau diam! Mari sini kau," Rambut perang milik Edrea, ditarik. Dengan kesakitan yang dirasai, Edrea langsung berdiri dan mengikuti Mak Longnya.

" Sakit, mak long."

" Long! Kau nak buat apa dengan anak aku tu?!" Langsung, Puan Zulaiha mendapatkan Puan Aliyah. Namun malangnya, hanya dengan sekali rentapan, Puan Zulaiha terjatuh ke lantai kayu.

Ya Tuhanku, apalah yang dia mahu lakukan pada anakku itu..?

" Kak Ngah!" Puan Zulaikha laju menerpa ke arah kakaknya.

" Sejak bila kau pandai menggatal, hah?! Berani kau suruh boyfriend kau kutuk Limah?! Kau ni memang biadap!" Tamparan kuat dihadiahkan pada pipi mulus Edrea.

" Ma! Ma buat apa ni, ma?!" Terbuntang biji matanya saat menyaksikan tindakan ibu sendiri.

" Rin diam! Biar ma sekolahkan budak ni pula. Mentang-mentang semua orang sanjung kau... Kau sedap-sedap saja biadap dengan orang tua, ek? Limah tu nak tanya khabar kau saja, tapi kenapa kau pergi kutuk dia?! Aih, kau ni!" Sekali lagi rambut Edrea ditarik dengan sangat kuat.

Muka Edrea habis dibasahkan oleh air mata. Luka kemalangan 2 tahun lepas di kepalanya kian terasa sakit semula. Dia mahu melawan, tapi dia tidak berdaya untuk melakukannya.

" Long! Kau dah gila ke, hah?!" Tubuh Puan Aliyah, ditolak Puan Hazira. Sungguh, kakaknya sudah melampau! Dihadapan Puan Zulaiha pun dia sanggup kerjakan anak saudaranya itu. Semata-mata demi sahabat? Dia memang dah gila!

" Ouh, kau pun nak jadi biadap macam budak ni ke?! Eh, budak! Kau dah guna-gunakan keluarga aku, kan?!" Tempik Puan Aliyah kuat.

Saat Puan Hazira ingin memberhentikan tindakan kakaknya itu pada Edrea, dia terdengar suara kecil Haura yang menangis seorang diri di tempat mereka bersantai sebentar tadi. Jadi mahu tidak mahu, dia harus mendapatkan anaknya terlebih dahulu.

Dipusing-pusing kepala Edrea sebelum dihantukkan pada dinding kayu. Tubuh Edrea terus terkulai layu ke atas lantai. Titisan darah menuruni ke dahinya apabila terkena paku di dinding kayu itu. Tiada apa yang mampu yang dia lakukan. Merelakan saja dirinya disakiti.

" Kau patut mati je, budak!" Puan Aliyah mengangkat kakinya lalu menyepak belakang badan Edrea yang kian layu. Biar dia mati!

" Arghh! Sakit mak long!" Raungnya kesakitan.

" Baik kau mati sajalah! Hidup pun menyusahkan semua orang!" Rambut Edrea ditarik lagi lalu dilempar ke dinding di sebelah kiri pula.

" Kak long! Cukup!" Air mata bercucuran jatuh di pipi Puan Zulaiha. Sakit hatinya melihatkan keadaan anaknya yang dianiaya oleh kakak sendiri. Sedaya upaya dia cuba bangun berdiri. Dia harus hentikannya. Dia tidak mahu peristiwa dua tahun lalu berulang lagi.

" Ma, sudahlah tu!"

" Cukup? Ini baru cukup!" Pasu bunga di atas rak, dicapai lalu dihentakkan ke kepala Edrea. Namun, kepala orang lain yang menjadi mangsa..

" Kak Ngah!" Baru saja Puan Hazira kembali ke hadapan setelah membawa Haura ke bilik mereka, kelihatan pasu bunga yang berukuran agak besar itu telah dihentak pada kepala kakaknya.

" Kenapa kau pertahankan sangat budak ni, hah?!"

" I...ibu...." Dengan kudrat yang kian terbatas, Edrea mengesot pada ibu yang kini tidak menyedarkan diri.

Ya Allah, ya Tuhanku... Kau selamatkanlah ibuku... Aku redha jika aku yang pergi dulu, tapi bukan dirinya...









TERHUYUNG-HAYANG tubuh Edrea melangkah. Kudratnya semakin melemah. Bila-bila masa saja dia bakalan tumbang. Waktu malam begini, dia dihalau keluar.

" Kau keluar dari rumah ni sekarang! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Jangan kau sesekali muncul depan kita orang. Kau bukan lagi ahli keluarga ni. Pergi!" Tubuh Edrea dicampak ke luar dari rumah kayu yang tinggi itu.

Langsung tiada belas kasihan buat Edrea yang separuh mati dikerjakannya. Dia harus cepat menghalau gadis ini sebelum kepulangan Puan Hazira dan Puan Nadhira yang sedang berada di hospital. Lain pula drama yang terjadi nanti.

" Ibu..." Rintih Edrea perlahan.

" Ibu kau dah tak ada, kau faham tak?! Dan ini semua berpunca daripada kau! Kalau bukan sebab dia nak selamatkan kau, dia tak akan mati. Adik aku tak akan mati!"

Kata-kata Mak Long, masih segar diingatan. Sekarang, dia tidak punya siapa-siapa. Dia tidak punya tempat tinggal. Dia hilang segalanya.

Apa yang dia bawa hanyalah rantai pemberian terakhir ibu sempena hari lahirnya yang jatuh pada hari ini. Namun, hari ini bukanlah hari yang mengembirakan. Malahan hari yang memusnahkan segala.

" Ibu..." Hujan lebat menuruni bumi membuatkan mata Edrea semakin kabur untuk melihat ke sekeliling. Dia tiada hala tuju. Dengan kaki yang melemah, dia rebah di atas jalan.

PINNN!!!




























BAYANG RAHSIA Where stories live. Discover now