BAB 50

30 7 0
                                    

MENARI-NARI jemari Edrea di atas papan kekunci. Laju sepantas arnab. Kalau dah setiap hari menghadap alat elektronik ini, memang lajulah jari menekan setiap huruf sebab dah hafal kedudukannya.

Khusyuk Edrea terganggu apabila mendengar Cal berdehem dihadapannya. Edrea lekas angkat kepala. Memandang Cal yang sedang menghulurkan sesuatu padanya.

"Siap. Abang tunggu dekat luar." MacBook di atas riba, Edrea jatuhkan ke tepi. Objek serba hitam yang Cal beri, Edrea sambut baik.

"Kita nak ke mana?" Tanyanya. Tiba-tiba saja Cal ajak keluar. Sekarang pun dah pukul 11.15 malam. Dengan persalinan serba hitam ini yang sama seperti Cal. Nak ajak dia merompak ke apa?

"Date. Siap cepat. Lambat, abang tinggal." Cal buka langkah. Meninggalkan bilik tidur mereka. Dia akan tunggu Edrea di luar terus.

Edrea menyungging bibirnya ke atas. "Eleh! Kalau lambat dia tinggal konon. Habis? Dia nak dating dengan siapa? Hantu? Ke pontianak?" Edrea bermonolog sendirian. Tak logik betul ugutan Cal tadi. Dia siap lambat-lambat baru tahu. Nanti tengoklah ada orang tinggal ke tak.

"I heard!" Pungkas satu suara di sebalik pintu. Telinga Cal belum pekak untuk mendengar apa yang dikata oleh isterinya tadi. Kakinya jejak tak sampai selangkah pun dari pintu bilik. Nak mengumpat pun tak tunggu dia turun dulu!

Edrea menekup mulut sendiri. Alamak! Terus dia bergegas menuju ke wardrobe. Baik dia siap cepat sebelum Cal bertukar menjadi naga jadian!

Hampir sepuluh minit, sepersalinan pakaian yang diberi oleh Cal sudah sedia tersarung di tubuhnya. Seluar slack, hoodie labuh sampai ke paha dan seledang.

Setelah mencapai telefon bimbitnya, Edrea terus melangkah turun ke bawah lalu ke luar rumah. Mendekati Cal yang berdiri di samping sebuah motosikal berkuasa tinggi.

"Kita nak naik motor ke?" Edrea bertanya. Walaupun mata dia dah nampak yang Cal sudah mengenakan topi keledar setona dengan pakaian mereka tetapi lelaki itu memegang satu topi keledar berwarna putih ditangan.

Tak lain tak bukan... mestilah untuknya, kan?

"Tak, kita naik bas. Tunggulah kejap sejam dua nanti bas tu sampailah." Seloroh Cal. Topi keledar berwarna putih itu disarung ke kepala isterinya. Dah tahu, tapi tanya lagi. Sempat Cal mengepit hidung Edrea sebelum menutup cermin visor.

"Abang!" Ish, tak pasal-pasal hidung dia jadi mangsa!

"Naik," Cal menyuruh.

Manakala Edrea menjeling. "Sabarlah. Lain kali pilihlah motor yang rendah-rendah sikit. Ini guna yang tinggi." Omelnya. Susah betul nak naik!

"Sayang tu yang pendek sangat. Jangan nak salahkan motor pulak." Cal membantu Edrea sehingga wanita itu sudah berada di belakangnya.

"Bukan pendek. Tapi tak sampai." Edrea membetulkan ucapan suaminya. Bila masa dia pendek? Dia cuma tak sampai aje. Dua benda tu berbeza okeh!

"Samalah tu. Tak sampai sebab pendek. Dah, peluk abang cepat."

"Tak nak,"

"Nak peluk ke tak?" Enjin, Cal mula hidupkan.

"Tak," Cal tersenyum senget. Oh, tak nak ye....

Kuat motosikal berkuasa tinggi itu mengaum. Dalam kiraan tiga, berdesup Kawasaki Ninja 250 itu membelah jalan. Secara automatik membuatkan Edrea memeluk tubuh Cal.

"Abang! Bawaklah slow-slow! Ini nak terus ke alam barzakh!" Belakang badan Cal, Edrea tepuk beberapa kali.

"Mana ada orang bawak superbike macam bawak kura-kura! Lagipun bukan laju sangat pun ni! Masih dikira slow!" Balas Cal dengan suara yang ditinggikan sedikit. Melawan bunyi enjin motosikal ini.

Gila! Ini dia kata masih perlahan?! Ya Tuhan.... selamatkanlah aku!

Daripada perasaan takut, lama-kelamaan Edrea menjadi sedikit tenang saat angin malam tak henti-henti menampar tubuhnya.

Hampir 15 minit di atas jalan raya, Cal memberhentikan pacuan dua roda itu di tepi jalan. "Dah sampai."

Edrea pandang ke sekeliling. "Nak buat apa dekat sini?" Soalnya sambil menuruni motosikal. Dibantu oleh Cal. Dia ingatkan nak dating dekat mana. Rupanya di tepi jalan. Namun, pemandangan kawasan bandar di bawah sana dapat dilihat dari sini.

"Saja. Ambil angin malam." Cal buka topi keledar dikepalanya dan juga Edrea.

Kaki Edrea langsung mengekori langkah Cal. Kemudian, mereka duduk di atas penghadang jalan raya. "Abang pernah datang sini ke sebelum ni?" Aju Edrea.

"Selalu juga abang duduk sini dulu sebelum kita kahwin. Tenangkan fikiran. Lagipun waktu-waktu macam ni kereta tak banyak sangat." Memang benar apa yang Cal kata. Kenderaan yang lalu lalang di kawasan ini sangat lenggang.

"Lepas kahwin? Tak tenangkan fikiran kat sini dah?"

"Abang dah ada tempat nak release stress dekat rumah. So buat apa lagi nak datang sini?" Mata mereka bersambung buat beberapa saat sebelum Edrea melarikan matanya ke hadapan.

"Sayang..." Seru Cal. Dia lebih suka menggelar isterinya sebagai 'sayang' sekarang berbanding dengan satu huruf itu. Mungkin lebih terasa manisnya, kot?

Lambat-lambat, Edrea berpaling.

"Terima kasih." Dua patah perkataan, Cal tuturkan.

"Hah? Terima kasih untuk apa?" Edrea kehairanan. Rasanya dia tak buat apa-apa pun pada Cal hari ni sampaikan nak berterima kasih bagai.

"Terima kasih sebab dah muncul dalam hidup abang. Sayang ibaratkan gugusan bintang yang datang menerangi waktu malam abang, dan sebab sayang juga... abang percaya yang cinta itu wujud. Lagi-lagi kita bercinta lepas kahwin. Tanpa hubungan terlarang." Cal dekatkan jaraknya dengan Edrea. Sehingga bahu mereka berlaga.

Senyuman, Edrea tarik. "Kasih diterima. Tapi..."

"Hmm? Kenapa?"

"Terima kasih juga sebab sudi terima kekurangan Rea dulu. Jaga Rea, didik Rea, manjakan Rea, selalu beri semangat pada Rea. Terima kasih sangat-sangat abang." Kepala yang berbalut selendang, Edrea lentokkan pada bahu Cal.

Bahu Edrea dipeluk dari sisi. "I love you, wifey..." Cal berbisik.

Pipi Edrea terus berubah rona. Sedaya upaya dia kemam bibir sendiri. Dia rasa nak menjerit! Ini pertama kali Cal ucapkan perkataan dalam Bahasa Inggeris itu padanya!

Argh!

"Tak nak balas ke?" Wajah Edrea cuba diintai.

Terus Edrea menutup satu wajahnya dengan telapak tangan. "Janganlah tengok. Pusing sana!" Dia tengah malu ni!

Terlepas tawa dari ulas bibir Cal. Isterinya ini tak ubah seperti seorang kanak-kanak kecil di matanya. Comel. Rasa nak aje digigit.



*******

TANPA mereka berdua sedar, di sebalik pohon berukuran besar di belakang, terdapat satu pasang mata yang tajam merenung kemesraan mereka dari kejauhan.

Bibirnya diketap kuat. "Aku akan pastikan ketawa tu tak akan bertahan lama." Dendam di dada semakin menggelegak. Sampai masa, dia akan balas semuanya.

Itu janjinya.

Janji Erine Natisya...

Dia akan tuntut apa yang mereka telah lakukan pada kembarnya.

Dia akan pastikan hal itu bakal terlaksana.


















Tinggal beberapa bab je lagi!

BAYANG RAHSIA Where stories live. Discover now