BAB 8

82 7 0
                                    

AIR kolam yang jernih itu, dilihatnya tanpa sebarang riak. Edrea memeluk tubuh sendiri.

Semua tetamu sedang berbual-bual bersama Tuan Qaid dan yang lain di ruang tamu. Cuma dia tidak mahu ikut serta, jadi dia menghampiri sebuah kolam renang di balik sliding door yang tidak jauh dari ruang tamu.

Haih... Nafas dihembus perlahan.

Sebab utama dia tidak ikut serta ialah dia tidak mahu orang bertanyakan apa-apa mengenainya. Terutama sekali berkenaan keluarga.

" Untung you, ek. Datang-datang saja terus jadi cucu angkat. Ilmu apa you guna? Ajarlah I. Manalah tahu dengan ilmu you tu, I boleh jadi isteri Cal." Sindir gadis seksi tadi yang dikenali sebagai Natasya. Dia berdiri di samping Edrea. Dari tadi dia mencari peluang untuk bercakap dengan gadis ini. Dan disaat menyedari gadis kampung ini sedang bersendirian, dia apa lagi?

Ambil peluang ini sebaik mungkinlah!

" Alhamdulillah... Walaupun saya ni tak berpelajaran tinggi macam awak, tapi saya masih ada ilmu agama di dalam dada. Saya tahu berdosa seseorang tu mengamalkan ilmu syirik dan berdosa bila menuduh orang yang tak buat pun perkara tu. Kalau awak nak tahu, dosa menuduh tu lebih besar daripada membunuh, tau. Jadi daripada awak menuduh yang bukan-bukan, baik bunuh saja orang tu." Tenang Edrea membalas. Langsung tidak mengerling pada Natasya di sebelahnya.

Natasya ketap bibir. Niatnya ingin menyakitkan hati minah ini, alih-alih dia pula yang terkena.

Tak boleh jadi!

"So, you tak berpelajaran tinggi? Ish, jauh betul taraf you dengan keluarga ni. Buat-buat malulah sikit. Orang tu simpati saja dekat you." Natasya mengendahkan saja kata-kata Edrea tadi seperti angin lalu.

"Buat apa nak malu sedangkan saya elok saja berpakaian? Lainlah kalau saya pakai baju ketat. Barulah saya ada rasa malu. Mana taknya? Orang Islam, tapi berpakaian macam telanjang. Siapa saja tak malu, kan? Baik bungkus diri dengan kain kafan saja. Sama-sama ketat." Kata Edrea dengan makna tersirat. Masih dia ingat pesanan Cal sewaktu pertama kali mereka berjumpa untuk mempertahankan diri sendiri apabila dicaci.

" You kutuk I?"

"Mana ada saya kutuk siapa-siapa. Saya cuma cakap benda betul. Ke... Awak terasa?" Makin berapi-api dada Natasya mendengarkan ucapan Edrea sesaat lalu. Digenggam kedua belah tangannya dengan sangat erat.

"Tapikan... Tak salah pun kalau awak terasa. Sekurang-kurangnya awak sedar kesilapan sendiri. Saya doakan awak cepat berubah. Jangan lupa doakan untuk saya sekali."

" Ish, kau ni kan!" Dengan pantas, Edrea memusingkan badannya apabila Natasya bertindak dengan menolaknya. Disebabkan itu, tubuh Natasya pula yang terjatuh ke kolam renang itu.

DEBUSH!

Habis basah stoking yang dipakai Edrea saat air kolam mengenainya saat Natasya terjatuh.

"Help!" Jerit Natasya meminta pertolongan.

Kesemua tetamu terus menuju ke kolam renang dek mendengar jeritan seseorang meminta pertolongan.

Edrea tidak berbuat apa. Dia hanya menyaksikannya tanpa ada rasa ingin menolong. Bukannya dia sombong, tetapi Natasya yang masuk sendiri. Bukan kerana perbuatannya.

Cal segera menyuruh Xian untuk menyelamatkan gadis itu. Walaupun keadaan sekarang boleh dikatan sebagai darurat, dia tidak mahu menyelamatkan gadis di dalam kolam itu yang merupakan bukan muhrimnya. Lagi pula Xian sebagai lelaki bukan muslim ada untuk membantu.

DEBUSH!

"Berat gila dia ni! Makan tong ke apa?" Rungut Xian. Perlahan-perlahan, Xian membawa Natasya yang sudah tidak menyedarkan diri itu ke tepi kolam.

Beberapa wanita turut membantu bagi mengangkat Natasya ke atas. Melihatkan keadaan Natasya yang telah pengsan, salah seorang dari wanita disitu terus melakukan CPR ke atasnya.

"Uhuk! Uhuk!" Natasya langsung membuka kelopak matanya saat merasakan cecair yang mengalir naik ke kerongkongnya. Lekas, dia bangun terduduk.

" Alhamdulillah... Syukur Tasya selamat." Ujar Tuan Qaid. Mereka yang lain turut mengatakan ucapan itu. Syukur.

" Buang tabiat ke apa mandi kolam malam-malam buta ni?" Luqman bertanya.

"Bukan I mandilah! Dia! Dia yang tolak I sampai I jatuh!" Jari telunjuk Natasya dihalakan pada Edrea yang sekadar menjadi penonton itu. Dia mahu lihat, sampai bila gadis kampung ini mampu berlagak. Dia yakin, Cal akan mempercayainya.

"Rea?" Irvanz pandang Edrea disebelahnya, meminta penjelasan.

"Bukan Rea yang tolak. Rea cuma elak bila dia nak tolak Rea. Last-last dia yang jatuh." Ceritanya perlahan. Hanya Irvanz yang mendengarinya. Edrea tahu yang Irvanz mempercayainya.

"Betul ke kau ni?" Raykarl angkat sebelah kening. Dia pandang wajah Edrea yang jelas berdiam diri saja. Langsung tidak berkata seperti tiada apa yang berlaku.

" Betul! I tak tipu. Mujur saja I hidup lagi. Kalau tak, dia orang pertama yang I kacau!" Sengaja Natasya berkata dengan kuat untuk menarik perhatian Cal. Tanyalah sesuatu, Cal...

" Jujur saja. Betul dia tolak kau?" Akhirnya, Cal membuka mulut.

Natasya mengangguk laju.

" Okey. Aku check CCTV." Mata Natasya terbuntang. CCTV...? Oh, tidak!

Irvanz menarik senyuman senget. Dari tadi dia yakin Cal tidak akan senang-senang mempercayai sesiapa tanpa sebarang bukti.

Natasya ditampar  debaran yang maha hebat apabila Cal menyeluk poketnya dan mengeluarkan telefon bimbit.

"Habis bateri pula." Nafas lega, Natasya hembuskan.

" Oh! Dalam phone Tok Daddy pun ada rekod CCTV." Segera Tuan Qaid menghulurkan alat elektroniknya kepada Cal.

Ish, menyibuk betul orang tua ni, gumam Natasya di dalam hati. Peluh mulai menitis ke dahinya.

"So.... Nak mengaku atau nak aku cakap?" Cal mengugut. Kejadian beberapa minit yang lalu telah ditontonnya. Rakam itu jelas memaparkan Natasya yang cuba menolak Edrea. Namun, dia yang terjatuh.

"I..."

"Tak mengapalah. Kamu pergilah balik dulu, Tasya. Habis basah kuyup dah tu. Yang lain, boleh masuk semula. Kita sambung borak-borak." Cantas Tuan Qaid. Dia tahu apa yang bakal diceritakan oleh cucunya. Dia pun tidak mahu memalukan Natasya dihadapan khalayak ramai.

Semua tetamu kembali memasuki ke dalam rumah mengikuti Tuan Qaid.
Manakala Cal, Luqman, Raykarl, Xian, Irvanz, Edrea dan Natasya, kekal disitu.

"Lain kali, tak payah nak berlagak jadi mangsa keadaan kalau sebenarnya kau puncanya. Tengok, tak pasal-pasal kau malukan diri sendiri." Seusai itu, Cal mengatur langkah.

"Jangan lupa touch-up, muka kau dah macam hantu Kak Limah dah tu." Xian menyindir lalu melangkah masuk diikuti Raykarl dan Luqman yang tertawa dibelakangnya.

Natasya ketap bibir sendiri. Dia memandang tajam pada Edrea. Tunggu kau... Aku akan balas dendam!

"Shooting dah habis, so kau dah boleh balik. Siap sedialah bila pergi office nanti, takut kena serang dengan 'peminat' nombor satu drama ni. Jom masuk, Rea. Biar saja dia tu." Mereka berdua berlalu dari situ.

Sempat Edrea mengatakan sesuatu kepada Natasya. "I masuk dulu. You bawa kereta hati-hati, tau. Assalamualaikum." Semakin berapi Natasya mendengarkan itu.

Kau tunggu sajalah, perempuan!













BAYANG RAHSIA Where stories live. Discover now