SEHABIS mungkin Edrea cuba melelapkan mata, tetapi hampa. Semakin tidak mengantuk adalah!Permintaan Tuan Qaid masih terngiang-ngiang di minda. Dia pula, tidak tahu ingin memberikan jawapan bagaimana.
"Aku tahu kau tak tidur lagi." Sampuk Cal. Dia ubah posisi berbaring kepada duduk. Cal sendiri pun tidak mampu melelapkan mata. Padahal tubuh sudah kepenatan. Mata pula tak mahu memberikan kerjasama.
Edrea yang membelakangi Cal, perlahan mengubah posisi kepada bersandar. Namun, siling yang menjadi pilihan matanya merenung.
"Fikir pasal aku, kan?" Mata Edrea terbeliak. Laju dia pandang Cal. Macam mana dia tahu?
"Aku tahu. Tok Daddy dah cakap yang dia dah ceritakan pada kau." Sekali lagi, macam mana dia tahu apa yang berada di fikiran Edrea? Dia buat magic ke apa?
"Tak payahlah nak fikir sangat. Buat sakit kepala saja. Kalau rasa kau mampu uruskan diri sendiri, kau tolak. Aku cuma nak tolong kau je." Mudah.
"Tapi macam mana pula dengan awak? Mesti awak ada someone yang awak suka. Kalau awak kahwin dengan saya, saya akan susahkan awak lagi, tau? Awak nak ke macam tu?"
"Memang itu pun yang aku kena galas. So, tak ada istilah menyusahkan. Lagipun... Salah aku juga atas apa yang jadi ni." Kata Cal. Masih lagi mempersalahkan diri.
"Bukan salah awaklah..." Edrea membantah.
"Siapa yang tinggal kau sorang-sorang? Aku, kan? Jadi aku yang bersalah dan aku kena bertanggungjawab. Andai kata kau tak perlukan bantuan aku, aku boleh buat apa kan? Keputusan ditangan kau."
Sejujurnya, sedikit sebanyak hati rapuh Edrea mulai runtuh dengan kebaikan Cal padanya. Sejak hari pertama mereka bertemu sampailah sekarang.
"Dan andai kata saya terima, awak akan ceraikan saya lepas saya dah sembuh? Kita langsung tak saling suka sama suka. Mampu ke perkahwinan ni utuh?"
"Aku tak akan lepaskan orang yang aku dah akad. Lainlah ada hal munasabah yang membuatkan aku kena lepaskan dia. Lagipun... cinta boleh dipupuk. Sedangkan cinta selepas kahwin lebih indah berbanding sebaliknya. Cinta monyet tu hanya sekadar hasutan syaitan untuk menyesatkan manusia ke arah kemaksiatan. Kau pun tahu, kan?" Nasihat Pak cik yang dijumpainya tempoh hari, dikongsikan.
Edrea terpana. Kata-kata yang penuh makna itu menyerap masuk ke sanubari.
"Dah, pergi tidur. Jangan fikir banyak sangat pula. Kau tu belum sembuh sepenuhnya lagi." Cal berdiri. Seperti hari-hari sebelumnya, pada waktu begini dia akan ke surau hospital.
"Err, awak." Baru setapak, langkah Cal mati.
"Boleh saya pinjam telefon awak? Saya nak tanya Abang Naz." Pinta Edrea dengan senyuman di bibir. Tanpa sengaja, dia mengerdipkan mata beberapa kali kerana pedih. Dimasuki habuk.
Namun, Cal tersentak. Sedaya upaya dia tahan bibirnya dari melakarkan senyuman saat menyaksikan wajah yang... comel?
Haish! Dihalau pergi fikiran itu. Lekas, dia seluk poket dan menghulurkan telefon bimbitnya kepada Edrea. "Aku nak pergi surau. Lepas call, tidur."
"Terima kasih,"
"Hmm," Cal meluru keluar. Telinga sendiri rasanya sudah bertukar merah. Aduh! Buat malu jelah!
.
DEBARAN kian menjalar ke seluruh tubuh pengantin lelaki saat berjabat tangan dengan tok kadi. Basmallah dibaca di dalam hati sebelum dia melafazkan akad. Lancar.
"Sah?" Soal Tok Kadi kepada para saksi.
"Sah!"
"Sah!"
"Sah!" Sahut mereka.
"Alhamdulillah...." Ucap pengantin lelaki seraya meraup wajahnya. Maka dengan itu, Girzelle Edrea sudah sah menjadi miliknya secara mutlak. Walaupun tiada sebarang majlis diadakan bagi menjemput saudara mara. Malahan, akad nikah dilaksanakan di hospital terus. Bak kata orang, hal yang baik jangan ditangguh.
"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kalau tiada apa, kami mahu minta diri dulu." Tok Kadi dan dua orang yang mengiringinya, bangkit. Mereka terus bersalaman dengan ahli keluarga pengantin.
"Sila, sila. Terima kasih banyak-banyak." Ujar Tuan Qaid.
Mereka bertiga senyum. "Assalamualaikum."
Salam dijawab oleh manusia di dalam bilik wad itu. Setelah kelibat tiga orang tadi hilang, Tuan Qaid langsung meluru ke arah pengantin lelaki yang berada di sebelah katil hospital. Lantas, Tuan Qaid menghulurkan bekas merah. "Rea sudah sah jadi isteri Ir. Ir jagalah dia elok-elok seperti sebelum-sebelum ni. Tok Daddy doakan kau orang bahagia hingga ke syurga." Bahu Irvanz, ditepuk lembut.
Edrea langsung tidak mengangkat wajahnya. Malah, saat akad nikah tadi pun, dia begini. Hanya air mata yang setia mengalir tanpa dia sedari.
"Rea... Bagi tangan. Abang nak sarungkan cincin." Pinta Irvanz, lembut.
Edrea kemam bibir. Perlahan-lahan, dia angkat kepala. Bukan figura Irvanz, suaminya yang menyapa. Malah, Cal yang sedang berdiri di hadapannya. Bersandar elok pada dinding. Tanpa sebarang senyuman. Turut memandang ke arahnya.
Sampai hati awak, Cal...
Bila saya dah mula sukakan awak, begini yang awak balas?
Mana janji awak nak tolong saya?
Mana pergi segala rasa bersalah awak tu?
Dan bagaimana awak sanggup lihat saya menjadi milik orang lain sedangkan awak mahu nikahi saya?
Oh, Tuhan... Hati Edrea memberontak. Dia alih pandangan kepada Irvanz. Tanpa disangka, abang sendiri menjadi suaminya. Macam mana dia mahu hadap muka yang dulunya dianggap abang ini?
Biarkan diri dibelenggu pelbagai rasa, Edrea hulurkan juga tangannya. Membiarkan cincin yang disarung Irvanz, menghiasi jari manisnya.
Cal menyaksikan adegan itu tanpa sebarang riak di wajah.
Kenapa hati dia sakit?
Kenapa dia tidak mampu membantah sedangkan dia sudah membuat keputusan untuk bertanggungjawab kepada gadis itu?
TAMAT
YOU ARE READING
BAYANG RAHSIA
Mystery / Thriller" Memaafkan memang mudah. Tapi untuk melupakannya tersangatlah payah." Girzelle Edrea, namanya tidak seunik alur cerita yang telah Ditulis. Gadis polos itu bagaikan burung yang dikurung di dalam sangkar. Tambahan pula setelah peristiwa 2 tahun lepas...