BAB 39

64 9 2
                                    

SEPANJANG 20 minit melalui jalan raya yang agak lenggang, Edrea membisu. Malah, berpeluk tubuh dengan bibir yang sengaja dimuncungkan. Tanda mogok.

Sudahlah dia macam hantu pagi-pagi buta ini! Bukan memakai tudung tapi telekung! Karang ada orang nampak dia dekat tepi jalan, pasti terus cabut lari. Mujur saja dia mengenakan baju t labuh dan berseluar palazo.

Sekilas, Cal pandang isterinya disebelah. "Bukan main panjang muncung tu. Abang culik L nak bawa pergi honeymoon. Bukan sempadan. Ke tak suka holiday dengan abang?" Soal Cal. Mata kembali fokus ke hadapan.

"Suka tu memanglah suka. Tapi agak-agaklah nak pergi bercuti pun. Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba datang taufan terus. Dah lah Rea tak bawak baju. Kepala pun tutup dengan telekung aje ni. Selipar pun tak ada." Akibat kena culik punya pasallah! Telefon pun dia tak bawa. Macam mana dia nak ambil gambar cantik-cantik nanti?

"Jangan risau, semua tu abang dah bawa. Telefon pun ada." Cal keluarkan telefon bimbit Edrea dari sakunya. Dia lebih pantas menyiapkan semua kelengkapan.

Sejujurnya Cal tiba di rumah satu jam sebelum dia 'menculik' Edrea lagi. Mungkin ketika Edrea telah bangun, Cal berada di garaj kereta untuk menaruh beg pakaiannya dan juga Edrea. Bila Cal masuk ke dalam bilik, dia lihat Edrea selesai solat.

"Bila masa abang ambil?"

"Penjahat lari pun abang sempat kejar, inikan pula kemas barang." Sempat lagi angkat bakul sendiri!

"Tapi kita nak bercuti dekat mana sebenarnya ni?"

"Rahsia... Tidurlah dulu. Dah sampai nanti abang kejut." Tak jadilah kejutan kalau beritahu awal-awal.

"Ala...bagilah clue."

"No clues. Now, sleep." Edrea menurut. Kepala direhatkan pada sisi pintu sehinggakan tidak sedar yang dia telah masuk ke alam mimpi.



******



MEREKA tiba di destinasi usai azan Subuh berkumandang pagi tadi. Dan setelah solat subuh berjemaah, Cal tidur balik. Penat sangat memandu agaknya. Edrea pula memang langsung tak penat. Hampir 4 jam perjalanan itu dia lena saja. Bangun-bangun, dah sampai.

Ikutkan hati sekarang juga Edrea berlari ke air biru yang terdampar luas di hadapannya ini. Namun, awal-awal Cal dah pesan yang kalau mahu ke mana-mana, pastikan Cal ada bersama. Alamatnya terperuk dalam bilik jelah di pagi yang indah ini. Sekadar merenung air pantai dari balkoni bilik.

Mata Edrea tertutup saat tiupan angin menyapa lapisan epidermis mukanya. Senyuman juga tak lekang dibibir. Gembira tak terkata apabila Cal memilih untuk membawanya bercuti ke Pulau Langkawi yang sungguh tenang pemandangannya.

Inilah salah satu faktor mengapa warna kegemarannya adalah biru. Dia sukakan pantai. Setiap kali melihatnya, pasti dia berasa 1000 masalahnya lesap ditiup angin.

Sedang asyik merenung ciptaan Tuhan sambil menongkat pada penghadang balkoni, tiba-tiba hadir sepasang tangan menjalar di pinggang Edrea. Memeluk dari belakang. Cal jatuhkan dagu ke bahu isterinya. "Morning..." Suara serak basah, menyapa gegendang telinga Edrea.

"Morning. Tapi kenapa bangun awal sangat? Rehatkanlah diri tu dulu. Petang nanti boleh pergi jalan-jalan." Kata Edrea. Sekarang baru jam 9 pagi. Tak sampai 5 jam pun suaminya tidur. Dia risau ada yang tumbang aje nanti.

"Hmm, abang tengah rest  lah ni." Cal eratkan lagi pelukan.

"Ini bukan rest. Ini menggatal!"

BAYANG RAHSIA Where stories live. Discover now