BAB 31

113 11 7
                                    


HAMPIR setengah jam Xian menanti diluar. Resah hati dia memikirkan keadaan lelaki separuh abad itu yang masih tiada khabar berita daripada doktor. Entah teruk atau sebaliknya.

Xian pun tidak tahu kenapa dia resah semacam. Padahal mereka bukannya mempunyai ikatan darah mahupun kenalan. Muncul tiba-tiba pula tu. Atau kerana dia merupakan saksi di tempat kejadian?

Wajah sendiri, Xian raup dengan kedua belah telapak tangan. Di saat itu juga gajet elektroniknya yang berada di dalam poket seluar mengeluarkan suara. Seluk poket, telefonnya dikeluarkan. Melihatkan nama Karl yang muncul di kaca skrin, Xian langsung menyeret ikon hijau.

"Hello?" Xian membuka bicara.

"Hello kepala bapak kau! Kau dekat mana ni, hah?!" Bengang Karl. Sesudah saja solat Isyak kemungkinan setengah jam yang lalu, Karl dan Luq terus menuju ke tempat parkir dimana kereta milik Luq berada. Namun, kotak parkir itu telah kosong. Apabila dicari-cari manusia berbangsa Cina itu disekitar masjid, juga tiada. Telefon berjuta kali pun tak berangkat. Mujur saja kali ke sejuta satu diangkat.

Teringat akan kawan-kawannya yang ditinggalkan di masjid, Xian tepuk dahi. Panik sangat tadi sampaikan kawan-kawan sendiri pun dia terlupa. "Weh! Aku terlupa! Tadi ada emergency, itu yang ak-"

Bicara Xian dipotong seseorang. "Banyaklah kau punya emergency! Dah bawak lari kereta aku, bagi macam-macam alasan pulak!" Cemuh Luq yang turut mendengarkan panggilan itu kerana Karl membuka pembesar suara.

"Bukan alasanlah! Memang betul. Aku di kli-" Panggilan ditutup oleh pihak sana tanpa sempat Xian menceritakan hal sebenar. Pongoh punya kawan! Bukannya dia sengaja! Ini dah dikira sebagai kes darurat! Tak akanlah dia nak tengok saja orang tumbang depan dia macam tengok bola!

"Nak..." Perasaan geram kian berterbangan apabila wajah lelaki berjubah putih itu menghiasi kornea mata saat Xian angkat kepala.

Bangun berdiri, lantas Xian ajukan soalan. "Pak cik tak apa-apa ke?" Soalnya berbaur kerisauan.

Pak cik itu tersenyum. "Pak cik okey. Tak ada yang serius pun. Kamu jangan risau." Balasnya.

Xian menghembuskan nafas kelegaan. "Kalau begitu, marilah saya hantarkan pak cik balik rumah." Ajak Xian.

"Kamu hantar pak cik dekat masjid tadi ajelah. Kereta pak cik ada dekat situ. Tak payah susah-susah nak hantar sampai ke rumah." Nanti susah pula kalau dia tinggalkan keretanya dimasjid. Tambahan pula anak perempuannya turut menggunakan kenderaan itu untuk ke tempat kerja.

"Pasal kereta, pak cik jangan risau. Esok saya hantarkan kereta tu ke rumah pak cik."

"Tapi anak perempuan pak cik nak guna kereta tu esok pagi. Dia kerja."

"Tak apa. Nanti pagi-pagi lagi saya hantar kereta tu ke rumah pak cik." Kata Xian. Dia langsung tidak berberat hati mahu menolong. Hendak biarkan pak cik ini memandu sendiri? Memang taklah jawapannya!

"Tak menyusahkan kamu ke?"

"Saya okey je, pak cik. Sekali-sekala dapat tolong orang, apa salahnya kan?" Aju Xian.

Pak cik itu mengangguk. "Terima kasih. Pak cik hargai sangat pertolongan kamu." Sungguh dia berasa sangat bertuah kerana bertemu dengan insan yang baik ini.

Bibir Xian ukirkan senyuman. "Saya pergi settlekan bil dulu. Pak cik tunggu dekat sini, tau." Xian terus beredar, meninggalkan pak cik itu untuk menyelesaikan bayaran bil.


✰✰✰✰✰


KE hulur, ke hilir Bunga bermundar-mandir sendirian di hadapan rumah sambil memeluk tubuh. Perasaan risau semakin menebal apabila jam sudahpun menunjukkan angka 11 malam dan bapanya masih belum pulang lagi dari masjid.

BAYANG RAHSIA Where stories live. Discover now