BAB 4

95 8 0
                                    


TUBUHNYA bersandar elok pada bangunan kaki lima yang lenggang dengan kehadiran manusia. Walau bagaimanapun, fikirannya diibaratkan sedang berterbangan di langit biru. Pelbagai masalah yang difikirkannya.

Kemanakah dia mahu tinggal selepas ini?

Bagaimanakah dia mahu meneruskan hidupnya? Dia tidak mampu membuat kerja disebabkan ketiadaan alat elektronik.

Hanya pemacu pena terkandung manuskrip saja yang dia bawa. Itupun secara tidak sengaja terselit di kocek seluarnya.

Walau begitu, dia tetap tidak mampu berbuat apa. Dia tiada wang untuk membeli laptop mahupun menggunakan servis cyber cafe.

Dia dihalau sehelai sepinggang. Pakaian pun dia tiada, apatah lagi wang ringgit.

Hendak meminta tolong pada Mak Su dan Mak Lang? Tidak. Dia tidak akan kembali pada keluarga itu lagi sejak dirinya dihalau oleh Mak Long. Satu-satunya ahli keluarga yang dia punya, terpaksa dilepaskan demi kebahagiaan Mak Long.

Dia... sebatang kara.

Dahinya yang berlapik kain putih, diusap perlahan. Itulah kesan terkena paku di dinding saat kepalanya di hantuk oleh Mak Long.

Seorang hamba Allah telah membawanya ke klinik semalam di mana dia jatuh pengsan di tengah jalan. Hampir saja dilanggar. Mujur Allah masih memanjangkan umurnya.

Edrea bingkas bangkit. Dia harus mencari tempat selamat untuk berlindung memandangkan hari sudahpun ke petang.

Sebuah lorong yang tidak jauh dari kaki lima, dilaluinya. Beberapa kepingan kotak yang terdapat di sebelah tong sampah hijau berukuran besar, dikutipnya satu persatu. Dia tiada pilihan lain selain daripada tinggal di kaki lima buat masa sekarang.

" Woi! Kau buat apa dekat kawasan kita orang ni, hah?!" Jerkah si botak. Habis tercampak semua kepingan kotak yang dikutip Edrea.

Pantas, Edrea berpaling bagi mencari punca suara jerkahan tadi.

Dia tergamam. Setapak demi setapak, Edrea mengatur langkah mengundur ke belakang. 3 orang lelaki bersut hitam yang berdiri tidak jauh daripadanya, dipandang takut. Si... Siapa pula itu?

Insiden 2 tahun lepas kembali terpapar di kotak ingatan. Di lorong juga, dia dikejar oleh orang yang tidak dikenali. Adakah kejadian itu bakal berlaku lagi?

" Kau dah masuk tempat kami, jadi kau kena bayar!" Bentak seorang lagi lelaki. Mereka langsung mendekati tubuh gadis yang memasuki kawasan mereka itu.

Sejurus itu, Edrea mengundur ke belakang. "Maafkan saya, encik... Saya tak tahu ini tempat encik. Tolonglah... Saya tak ada duit untuk bayar." Kedua telapak tangan di satukan. Cuba memohon belas ihsan daripada mereka.

" Kau tak perlu bayar guna wang ringgit. Kau ikut kami saja sudah memadai." Ujar lelaki ketiga dengan nada sinis.

Tergeleng-geleng kepala Edrea tanda tidak bersetuju. Dia faham maksud itu dan dia tidak akan sesekali membenarkan dirinya diperlakukan sedemikian rupa. Biarlah segalanya terkorban, tetapi bukan maruahnya!

Dengan keputusan yang diambil, Edrea berpaling ke belakang. Langsung, dia buka langkah untuk melarikan diri. Dia tidak mahu berlama-lama lagi disitu!

" Woi! Mari sini, perempuan!" Aksi kejar-mengejar bermula. Tergopoh-gapoh Edrea berlari dengan kesakitan yang dirasai. Kakinya masih sakit akibat dipukul semalam.

" Tolong!" Tempik Edrea meminta pertolongan. Tolonglah jangan ulangi perkara yang sama.

"Woi!"

BUKK!!

Dahi Edrea terhantuk pada sesuatu yang keras. Namun tidaklah begitu keras sehingga membuatkan luka hantukkan berdarah kembali seperti terkena batu.

Dengan nafas tercungap-cungap, serta-merta Edrea berdiri di belakang jejaka itu tanpa mengangkat wajahnya." Tolong saya, encik.."

" Kau jangan nak jadi hero pula dekat sini! Bagi balik perempuan tu!" Jerkah si botak. Kacau daun betullah!

" I'm not a hero, but I'm Cal." Sejurus itu juga, jejaka itu menghayunkan kakinya mengenai kepala si botak sehingga membuatkan lelaki jahat itu tersembam ke jalan tar.

" Arghh!"

Terkejut bukan kepalang, hampir saja Edrea menjerit saat menyaksikan aksi tersebut. Jadi dia menutup saja kedua belah matanya. Dia takut!

Laju saja 2 orang lagi lelaki itu membalas perbuatan jejaka yang dikenali sebagai Cal. Salah seorang dari mereka terus mengacukan penumbuk pada perut Cal.

Namun, Cal lebih pantas membaca gerak geri mereka, dengan sekali hayunan, perut 2 orang lelaki itu disepaknya kuat sehingga mereka menerima nasib yang sama seperti si botak. Terbongkok mereka akibat berasa senak di bahagian perut.

Si botak mula bangkit. Objek dibelakang seluarnya diseluk. Lekas, dia menghalakan pisau lipat itu ke arah dada Cal.

Tindakan pantas, Cal menahan tangan si botak dan melipatnya ke belakang. "Jangan ganggu dia lagi. Kau faham tak?!" Pisau lipat itu serta-merta terbang dek ditepis Cal.

Gari yang tergantung di tempat tali pinggangnya, diambil sebelum menggari tangan si botak dari belakang. "Remember my name, bro." Bahu si botak ditepuk sebanyak dua kali.

Saat itu juga, siren kenderaan polis bergema di kawasan itu.

Selesai saja menahan 3 orang penyangak disitu, Cal langsung mendekati Edrea yang masih berdiri seperti tugu negara sambil menekup mata.

"Semuanya dah selesai."

Perlahan-lahan, Edrea menjatuhkan kedua belah tangannya. Matanya membulat seketika bagaikan bertemu hantu.

Bagaimana dia boleh tidak perasan?!

" Pak guard?!"











Don porget tu bot!! Kamsahamnidun!🙏

BAYANG RAHSIA Where stories live. Discover now