SELESAI saja mengerjakan solat Isyak, Cal termenung di atas sejadah yang masih terdampar. Banyak perkara yang sedang bermain-main di mindanya. Sehinggakan dia tidak dapat memprosesnya satu persatu.'Buktikanlah rasa tu dengan berkahwin. Cal tak terfikir ke? Macam mana dia nak uruskan diri sendiri dengan keadaan sekarang ni? Memang betul doktor kata hanya untuk tempoh masa sementara. Tapi tetap menyukarkan dia. Contohlah malam-malam dia nak ke tandas, siapa yang nak tolong dia? Kalau Ir pun bukannya boleh. Dia orang tak ada ikatan darah.' Kata-kata Tuan Qaid terngiang-ngiang di kepala.
"Assalamualaikum..." Sapa satu suara dari belakang menyedarkan Cal dari lamunannya. Dia langsung menoleh.
"Waalaikumussalam," Jawab Cal. Sopan.
"Dari tadi pak cik nampak kamu termenung sorang-sorang. Ada ahli keluarga kamu ke di sini?" Lelaki berusia 60an itu menghenyak punggung di hadapan Cal.
"Sepupu saya." Dua patah Cal membalas. Senyuman pahit dilebarkan.
"Kamu ada masalah? Kalau nak berkongsi, ceritalah pada pak cik. Mana tahu pak cik boleh bantu?"
"Ergh..." Bolehkah dia ceritakan? Tapi dia memang memerlukan pandangan orang yang lebih berpengalaman untuk menyelesaikan masalahnya.
"Sebenarnya begini...." Akhirnya, Cal bercerita dari awal pertemuannya dan Rea, sampailah ke hari dimana Edrea diculik disebabkan kecuaiannya. Tidak dilupakan juga pandangan yang diberikan oleh Tuan Qaid.
"Macam tu rupanya..." Pak cik itu menjatuhkan kepala beberapa kali.
Akhirnya, Cal berasa lega setelah menceritakan segalanya. Bagaikan sedikit bebanan di kepalanya dibebaskan beterbangan.
"Jadi, apa pendapat pak cik?"
"Kalau ditanya, pak cik setuju dengan cadangan Tok Daddy kamu tu."
"Dengan berkahwin? Tapi kami tak saling mencintai pun. Apatah lagi sayang." Itulah perkara yang membuatkan Cal susah untuk menerima. Dia takut dengan ikatan yang diikat ini, tidak selamanya bersatu kerana tiada cinta.
"Cinta boleh dipupuk, Cal. Sedangkan cinta selepas kahwin lebih indah berbanding sebaliknya. Cinta monyet tu hanya sekadar hasutan syaitan untuk menyesatkan manusia ke arah kemaksiatan." Ujar lelaki 60an itu.
Cal terdiam sejenak. Kepala dijatuhkan kebawah. Memikirkan secara logik dek akal.
"Jika kamu masih tak mampu membuat keputusan, berdoalah pada Allah. Minta Dia tunjukkan jalan penyelesaian. Pak cik yakin, kamu boleh selesaikan masalah ini dengan baik. Percayalah..." Bahu Cal, disentuh.
Hampir seminit Cal berfikir, dia langsung mengangkat kepala. Namun, pak cik itu sudah tiada.
Aik? Mana pak cik tu pergi?
KOSONG. Itulah perkataan utama yang dirasakan Edrea saat dia tersedar dari 'tidur panjang'.
Paling ke kanan, terdapat beg pakaian di atas almari kecil. Paling ke kiri, Edrea di sapa dengan figura seorang lelaki yang sedang lena di sofa berangkai 3.
Kemudian, dia merenung segelas air di atas meja. Kerongkongnya terasa kering. Dengan perlahan, tangannya naik mengalihkan penyedut oksigen lalu Edrea mengesot sedikit ke tepi. Cuba mencapai gelas air itu. Namun malangnya, secara tidak sengaja gelas itu jatuh ke bawah.
PRANG!
Akibat bunyi yang dihasilkan, Cal langsung tersedar dari mimpinya. Rambut yang serabai di raup ke belakang. Laju dia menganalisis bunyi tadi. Alangkah terkejutnya saat matanya saling bertentangan dengan anak mata Edrea.
Dia dah sedar?
Bingkas Cal bangun merapati katil hospital. Serpihan kaca diperhatikan.
"Kau nak air?" Cal menyoal dengan suara serak basah. Tidak berniat untuk menunggu balasan daripada Edrea terlebih dahulu, Cal mengambil gelas yang lain di dalam rak meja. Air dituangkan lalu dia membantu Edrea meminumnya.
Edrea tidak membantah. Dihabiskan segelas air itu sehingga ke titisan terakhir. Dia takut kalau dia yang pegang, nanti gelas itu akan bercium lantai buat kali kedua pula.
Gelas kosong, ditaruhkan ke meja. "Aku bersihkan ni dulu. Lepastu aku panggilkan doktor." Usai berkata, Cal menguap sekali. Penyapu dan penyodok yang berada di sudut bilik, diambil lalu Cal mula membersihkan cebisan-cebisan kaca pecah itu.
Edrea memandang perbuatan Cal dengan rasa serba-salah. Dia yang jatuhkan, tapi Cal pula yang kena bersihkan.
Selesai, kedua objek tersebut diletakkan ke tempat asal. "Aku pergi panggil doktor," Maklum Cal seraya menapak keluar.
Usai setengah jam Cal duduk bersendirian di luar, Cal melangkah masuk ke dalam bilik wad kembali. Dipandang sekujur tubuh berbalut selimut yang sudah kembali lena.
Seperti yang diberitahu doktor tempoh hari, kedua kaki Edrea mengalami kecederaan teruk yang mungkin disebabkan oleh dipukul dengan objek keras. Sehinggakan tulang kakinya retak. Jadi mungkin akan mengalami masa untuk pulih semula.
Namun, tempoh sementara itu boleh jadi sebulan mahupun lebih. Bergantung pada individu itu sendiri.
Cal menghela nafas panjang.
"Arghh! Lepaskan aku!" Edrea berkata dalam tidurnya. Habis basah dahinya berkeringat.
"Sakit..." Rintih Edrea pula. Beberapa saat setelah itu, dia lena semula.
Cal menyaksikan adegan tersebut tanpa berbuat apa. Dia mahu tolong pun, bukannya mereka boleh bersentuhan. Jadi, dia hanya dapat lihat saja.
Jam dinding dikerling seketika. Jelas menunjukkan kini sudah menginjak ke angka 1 pagi.
'Jika kamu masih tak mampu membuat keputusan, berdoalah pada Allah. Minta Dia tunjukkan jalan penyelesaian. Pak cik yakin, kamu boleh selesaikan masalah ini dengan baik. Percayalah...' Teringat akan kata Pak cik yang dijumpainya tadi, Cal membuat keputusan untuk ke surau hospital.
YOU ARE READING
BAYANG RAHSIA
Mystery / Thriller" Memaafkan memang mudah. Tapi untuk melupakannya tersangatlah payah." Girzelle Edrea, namanya tidak seunik alur cerita yang telah Ditulis. Gadis polos itu bagaikan burung yang dikurung di dalam sangkar. Tambahan pula setelah peristiwa 2 tahun lepas...