BAB 9

89 8 0
                                    

HARUMAN sambal semerbak ke seluruh pelusuk rumah. Sehinggakan Tuan Qaid yang berada di tingkat atas pun mampu menciumnya.

Dengan langkah perlahan, Tuan Qaid menghampiri dapur dan menyaksikan dua orang wanita yang sedang menghidangkan makanan di atas meja makan.

"Sedapnya, bau! Kak Yam masak apa ni?" Kerusi ditarik lalu Tuan Qaid melabuhkan punggungnya. Lauk yang terhidang di hadapan mata membuatkan nafsu makannya mulai menggelegak.

"Nasi lemak. Cuma hari ni special Tuan sebab bukan Kak Yam yang masak. Tapi Rea," Kak Yam menjeling pada Edrea yang sedang menatang dulang minuman.

Dulang itu diletakkan. Kemudian, cawan-cawan itu diterbalikkan sebelum Edrea menuangkan air teh panas yang terisi di dalam teko.

"Wow! Rea masak? Tok Daddy tak tahu pula Rea pandai masak masakan kampung. Biasanya orang muda ni pandai masak masakan barat saja." Komen Tuan Qaid. Jarang sekali melihat anak muda kini memasak. Terutama sekali masakan kampung. Kalau adalah gadis begini, memang untunglah bakal suaminya.

"Rea asal kampung, Tuan Qaid. Lagipun ibu dah cakap dari dulu lagi supaya Rea belajar memasak. Nanti suami lari katanya kalau tak pandai tanak nasi." Seloroh Edrea sambil mencedokkan nasi pula.

" Panggil Tok Daddy. Berapa kali nak cakap? Rea dah jadi cucu angkat Tok Daddy dah pun. Ir pun sama." Dari semalam lagi Tuan Qaid menyuruh Edrea memanggilnya sebagai Tok Daddy.

"Maaf Tuan.... Eh? Maksud saya Tok Daddy. Lidah keras. Itu yang susah sikit tu." Edrea tersengih menampakkan barisan giginya.

"Tak mengapa. Cubalah biasakan sekarang. Mana tahu jadi cucu menantu ke pula?" Seloroh Tuan Qaid. Sengaja diperlahan sedikit suaranya pada akhir perkataan.

"Hah?" Edrea keliru. Dia salah dengarkah tadi? Seraya itu, dia menghenyakkan punggung ke atas kerusi.

"Tadi Rea kata ibu yang ajar, ye? Mesti sedap masakannya, kan?" Tuan Qaid mengalihkan topik perbualan.

"Memang pun. Itulah masakan pertama yang Rea rasa bila lahir di dunia ni." Wajah Edrea berubah kendur. Namun, dia kekal tersenyum.

"Takziah atas apa yang berlaku. Tok Daddy harap Rea sabar. Ingatlah, walaupun keluarga kandung Rea tu dah tak mahukan Rea, Rea ada kami." Tuan Qaid tidak mengetahui apa pun tentang cerita sebenar. Perkara yang Irvanz ceritakan kepada Edrea pun dia tidak tahu. Tuan Qaid cuma mengagak saja. Dia tidak mahu bertanya lebih-lebih.

"Terima kasih," Ucapnya, entah keberapa kalinya.

"Terima kasih juga sebab sudi jadi cucu perempuan Tok Daddy. Memanglah Sya tu pun Tok Daddy dah anggap sebagai cucu Tok Daddy sendiri, tapi sekarang dia tengah sambung belajar. Jarang-jarang dapat jumpa." Edrea mendengarnya dengan tekun. Teringatkan cerita Abang Nazrin yang mengatakan cucu perempuan kandung Tuan Qaid telah meninggal dunia itu, lagilah membuatkan dia jatuh kasihan.

Suasana mendung di dapur menjadi ceria semula dengan kedatangan..." Good morning, eberibadeh! Putera Xian muncul untuk menghabiskan masakan Kak Yam!" Kerusi di tarik lalu Xian duduk. Tak sabar hendak makan!

"Morning," Sapa Irvanz sebelum duduk berhadapan Edrea.

"Hari ni Kak Yam MC, Rea gantikan." Kak Yam muncul lalu melabuhkan duduk di sebelah Edrea. Tuan Qaid memang menyuruhnya makan bersama mereka semua setiap hari. Awalnya hendak menolak, tetapi lama-kelamaan dia sudah terbiasa.

"Rea masak?" Irvanz memandang tidak percaya pada adiknya. Penuh hidangan yang terhidang ini adalah masakan Edrea? Seriuslah?

Senyuman Edrea sudah menjadi jawapan kepada soalannya.

"Meh la, makan. Tok Daddy tak sabar dah nak rasa ni. Ir, baca doa." Seperti biasa, Irvanz membacakan doa makan sebelum mereka mula menjamah hidangan nasi lemak itu.

"Hmm, sedap! Nanti masakkan untuk Tok Daddy lagi, ek?" Rasanya tersangatlah sedap! Tahap kepedasan sambal jatuh pada tahap sederhana. Tidak terlalu pedas dan tidak terlalu manis. Sedang-sedang saja. Dan itulah yang Tuan Qaid gemari!

"Nampaknya job Kak Yam dah diambil orang." Seloroh Kak Yam membuatkan semua disitu tertawa perlahan.

"Luq dengan Ray mana? Kenapa tak ajak turun sekali?" Soal Tuan Qaid kepada Xian. Secawan air teh dicapai lalu dicicipnya perlahan.

"Dia orang tengah beradu lagi." Jawab Xian mudah. Dia sudah mengejut mereka berdua berjuta-juta kali. Kali ke sejuta satu, dia sudah malas. Baik turun makan dulu.

Suasana menjadi sepi. Masing-masing leka menikmati hidangan itu. Sehinggalah muncul satu figura, "Cal, marilah makan dulu. Rea yang masak hari ni." Sapa Tuan Qaid pada cucunya.

Edrea mengerling pada Cal yanga hanya mengenakan t-shirt putih dan berseluar slack hitam itu. Bukankah pak guard memakai kemeja putih?

"Cal dah lambat."

" Kalau ye pun, minumlah dulu. Awal lagi ni." Cal pasrah. Dia labuhkan juga duduknya bersebelahan Tuan Qaid.

" Err, saya bekalkan makanan untuk awaklah kalau macam tu. Sekejap," Bingkas Edrea berdiri dan hilang ke dapur.

Kak Yam turut bangun bagi membantu Edrea. Lagipun, di mana tempat terletaknya bekas makanan itu sudah semestinya tidak diketahuinya.

"Cal," Seru Irvanz.

Cal segera berpaling. Diangkat sebelah keningnya yang membawa maksud 'Apa?'

"Betul ke kau bagitahu Rea yang kau kerja guard?"

Hampir saja Xian tersembur. Ditampar-tampar dada sendiri bagi menghilangkan sedak. Guard? Cal?

"Yes," Ringkas.

"Tak nak jujur ke? Elok-elok kerja best, nak juga jadi guard. Buang tabiat ke apa?" Kata Irvanz lagi.

"Nanti-nantilah, bukannya penting pun," Tuan Qaid dan Xian sekadar menjadi pendengar.











BAYANG RAHSIA Where stories live. Discover now