DENGUSAN perlahan, Cal lepaskan ke atmosfera. Sedari tadi dia memandang si isteri yang sedang duduk dikerusi sofa disudut bilik sambil Cal memeluk tubuh sendiri. Jika ditanya apa perbuatan yang paling menyesal dia lakukan...dia akan jawab kerana membawa novel milik isterinya ke percutian ini!Makan makan mereka yang telah di atur di tepi pantai sudah siap dijamu. Kira-kira sejam masa yang mereka luangkan bersama di situ. Disebabkan tidak mahu kemana-mana lagi pada malam ini, jadi mereka terus pulang ke bilik.
Tapi itulah...niat Cal yang pada awalnya ingin bermanja dengan isterinya, tidak kesampaian. Malah, si isteri sibuk melayan 'madunya' pula.
Siap tersengih-sengih lagi! Hati Cal disini hampir menjadi rentung. Tinggal nak jadi abu saja.
Cal berdehem beberapa kali seolah-olah sakit di bahagian kerongkong. Cubaan untuk menarik perhatian isterinya yang seperti sudah berada di dunia lain.
Sepi. Tiada sahutan. Malah, makin ralit isterinya ketawa perlahan disitu.
Meraup rambut ke belakang, Cal bangun dari posisi awalnya yang bersandar pada kepala katil. Kaki bergerak ke pintu bilik seusai mencapai sehelai jaket berwarna hitam.
DUMM!
Pintu bilik, Cal hempaskan. Kuat. Dan disebabkan itu, Edrea tersedar ke alam realiti. Dia kerling pada katil dan seterusnya ke arah pintu bilik yang menghasilkan bunyi sebentar tadi.
"Dia merajuk ke?" Edrea bermonolog sendirian. Novel yang berada ditangan, dia jatuhkan ke riba.
Punca utama dia membaca buku pada malam ini walaupun jam telah menginjak ke angka 11 adalah kerana dia mahu menyembunyikan rasa yang hadir dalam dirinya. Masih dia ingat ayat yang dituturkan oleh Cal saat makan malam di tepi pantai tadi.
'Abang nak tuntut hak yang dah hampir 5 bulan abang tangguh.'
Mana tak gemuruh jadinya?
Bukan niat dihati untuk mengelak. Dia tahu itu tugasnya sebagai seorang isteri. Malah, Cal dah beri masa yang sangat lama untuknya.
Duhai hati...mengapa kau begini?
Tak pasal-pasal suami dah merajuk. Jadi sekarang ni siapa nak pujuk?
Itulah kau! Khusyuk sangat sampaikan tak sedar yang diri dah mula berangan. Padahal mula-mula nak acah-acah buat sesuatu je! Hati Edrea mengutuk dirinya.
Masalah sekarang ni macam mana dia nak pujuk Cal? Dia bukannya handal dalam bab pujuk-memujuk ni. Kalau dalam mengarang cerita dia bolehlah buat. Ini realiti!
Inilah yang orang kata...sengaja cari masalah. Akhirnya kau juga yang susah!
*****
JARUM jam betul-betul berhenti pada angka 12 tengah malam. Walaupun begitu, suaminya masih belum pulang lagi sejak dia keluar sejam yang lalu. Ditelefon berkali-kali pun tidak diangkat. Baik buang je lah telefon tu! Ada pun tak guna!
Sukalah tu buat orang risau! Sampaikan tak tentu arah Edrea dibuatnya. Bermundar-mandir seperti orang gila di sekeliling bilik. Perasaan takut semerta-merta hilang begitu saja. Diganti dengan perasaan khawatir.
"Nak merajuk pun agak-agaklah. Ni dah tengah malam, kut!" Edrea membebel. Pelbagai lagilah omelan yang keluar dari ulas bibir itu. Tak henti-henti.
Namun, aksi itu terus berakhir disitu apabila gegendang telinga laju menghasilkan impuls saraf ke otak. Laju saja Edrea mendengar bunyi yang terhasil saat tombol pintu dibuka. Secara automatik Edrea berpaling. Maka, tersembul wajah Cal yang tampak kosong di balik pintu.
YOU ARE READING
BAYANG RAHSIA
Mystery / Thriller" Memaafkan memang mudah. Tapi untuk melupakannya tersangatlah payah." Girzelle Edrea, namanya tidak seunik alur cerita yang telah Ditulis. Gadis polos itu bagaikan burung yang dikurung di dalam sangkar. Tambahan pula setelah peristiwa 2 tahun lepas...