CAL mengurut-ngurut pelipis sendiri. Kusut otaknya saat ini. Sehinggakan kerja yang menimbun di atas meja itu langsung tidak diusik.
Sekembalinya dia ke pejabat, dia hanya termenung tanpa melakukan apa-apa. Dia dibelenggu rasa yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata setelah mendengar kisah yang terjadi kepada Edrea yang berpunca daripada dirinya.
"Haih..." Keluh Cal. Rambutnya diraup ke belakang.
Nik menjengukkan sedikit kepalanya pada pintu yang sengaja dikuak sedikit. Dia dengar-dengar Cal sudah datang ke pejabat hari ini. Jadi dia datanglah terus. Pintu ditutup setelah dia merempuh masuk.
"Jauh termenung," Nik menyapa. Dia buka pintu pun Cal tidak perasan, masuk pun tak perasankah? Jauh betul mengelamun.
Cal mengangkat wajah. Dipandang kawan sekerjanya itu yang sudah melabuhkan duduk berhadapan mejanya.
"Nak apa?" Serius Cal bertanya. Langsung tiada senyuman di bibirnya.
"Macam mana misi hari tu? Awal kau balik." Nik bertanya. Setahu Nik, sepatutnya misi yang diketuai oleh Cal itu dijalankan selama 2 minggu. Alih-alih mereka sudah pulang. Tak sampai 2 minggu pun!
"Dah settle, jadi baliklah. Buat apa lama-lama dekat kawasan orang pula?" Nik mengecilkan matanya memandang Cal. Apa pasal serius semacam saja ni?
"Kau dah kenapa serius sangat ni? Rilekslah bro! Macam mati bini dah kau ni." Komen Nik. Selalunya Cal tidak serius begini kalau berbual bukan mengenai kerja.
Cal sepi.
"Ke... Aurora dah mati? Itu yang termenung jauh sampai Pluto ni?"
"Bahasa kau tu elok sikit, eh. Dia masih bernyawa dekat rumah." Kalau hal itu terjadi betul-betul, Nik orang pertama yang dia akan cari! Benda lain boleh main tapi bukan yang ini.
"Dah tu? Lapar?"
"Aku dah kenyang." Bohong. Walhal bekal makanan yang dibawa pun belum dijamah. Elok saja objek merah jambu itu berada di sudut meja.
"Habis?" Boleh naik darah Nik kalau begini. Sekali ditanya, sekali dijawab. Cekik karang baru tahu!
"Tak ada apalah. Serabut buat kerja ni aje," Dalih Cal lagi. Dia lentokkan kepala ke kerusi.
"Sejak bila kau pandai berahsia ni, ek? Nak tipu pun agak-agaklah! Fail-fail ni aku tengok tak bergerak pun."
"Bukan nak berahsia. Tapi memang tak penting pun," Putus Cal. Dia bukannya mahu berahsia, cuma hal ini melibatkan orang lain juga. Malahan, ahli keluarga sendiri.
"Inilah kawan. Nak bila perlu. Bila tak nak, dibuang begitu saja. Aku keluar dululah macam tu. Bukannya ber'function' pun dekat sini." Nada Nik sengaja dikendurkan. Berlakon merajuk.
Nik bangun berdiri. Namun, Cal memintas laju.
"Ergh, fine! Duduk balik," Nik menghenyakkan punggung kembali. Sedaya-upaya disorok senyuman di bibirnya itu. Mission accomplished!
"Nak tahu sangat kan?" Cal menolak kerusinya ke belakang. Satu fail diambil dari rak disitu sebelum dia kembali ke tempat asal. "Nah, ambik. Baca." Dahi Nik muka menunjukkan kerutan. Fail apa pula ni?
Dibelek-belek setiap helaian fail itu. Satu persatu patah perkataan dibacanya tanpa tertinggal. Reaksi wajah yang ditunjukkan jelas menunjukkan betapa dia terkejut akan isi fail itu.
"Serius?" Mahukan jawapan lanjut.
"Macam yang kau baca." Cal mengiyakan. Betullah, tiada apa yang boleh dia sembunyikan dari pengetahuan sahabatnya yang ini. Sama seperti Irvanz.
"Habis tu macam mana?"
"Itu yang aku tak tahu sekarang ni." Sekali lagi, wajah sendiri di raupnya.
"Jujur." Perlahan, Nik menuturkan kata.
"Maksudnya?"
"Jujur saja pada dia. Aku yakin, dia boleh terima kalau kau sendiri yang bagitahu daripada dia dapat tahu dari mulut orang lain. Takut hal lain pula yang timbul nanti."
"Susahlah. Benda ni bukan hal kecil. Aku takut dia yang tak boleh terima nanti." Akhirnya, Cal meluahkan rasa yang membelenggu dirinya sejak tadi.
"Cubalah dulu. Kalau rasa susah sangat, biarlah dia selesakan diri dia dulu. Lepas tu, baru kau terus terang." Kata-kata Nik ada betulnya juga.
Cal seperti sedang berfikir sesuatu. Objek merah jambu itu ditenungnya lama.
Terus terang...?
KE kanan, ke kiri, Edrea bermundar-mandir sendirian di ruang tamu. Sekali sekala, dia menjengulkan kepala ke tingkap kaca. Perasaan risau semakin menebal apabila jam sudah pun menginjak ke angka 12 tengah malam.
"Mana Abang Naz ni? Tak balik-balik lagi ni." Sofa, menjadi tempat Edrea menghempaskan badannya. Semua penghuni rumah ini telah diulit mimpi. Hanya dia saja yang masih menanti kepulangan abangnya. Semua lampu pun telah dimatikan kecuali di ruang tamu ini.
Setelah dia menceritakan segala kepada Abang Naz, lelaki itu terus keluar entah ke mana. Dari pagi, sampailah ke tengah malam. Sudahlah Abang Naz pergi dengan menaiki motosikal. Walaupun kenderaan itu berkuasa tinggi, tapi bagaimana kalau ada sesuatu yang terjadi?
"Ish, sukalah tu buat orang risau!" Omelnya seorang diri.
"Sumpah! Bila abang balik, Rea rotan abang dengan buluh!" Edrea bangun menghampiri pintu kaca. Sliding door dikuak sedikit lalu dia melangkah ke kolam renang. Rasanya ini tempat kedua yang tenang di rumah ini. Satu, ditaman.
Edrea menghenyakkan punggungnya ke pinggir kolam dengan posisi bersila. Mata dipejam rapat saat menyedut oksigen ke dalam tubuh. Cuba menenangkan diri sendiri.
"Tak tidur lagi?" Sapa satu suara garau membuatkan Edrea tersentak. Laju Edrea membuka kelopak mata lalu berpaling pada lelaki di belakangnya.
Gulp!
"Be...belum. Tak boleh tidur." Balas Edrea sambil menatap air jernih itu kembali.
Sesaat, Cal menarik senyuman sinis. "Tak payah nak tipu. Kau tunggu Ir, kan? Risau?" Sebenarnya, dari tadi Cal menyaksikan perbuatan Edrea melalui CCTV. Mula-mula dia saja mahu memeriksa jikalau ada sesuatu yang mencurigakan di sekitar rumah, alih-alih nampak orang tengah membebel-bebel seorang diri pula.
Edrea tidak membalas. Dia pun tidak tahu kenapa, tapi dia berasa seram dengan Cal versi ini berbanding di kampung hari tu.
Entahlah!
"Tak payah nak risau. Adalah kerja yang dia buat dekat office. Lagipun dia tu lelaki, pandai jaga diri. Kau tu, pergi tidur. Tak elok anak dara duk sorang-sorang dekat luar tengah-tengah malam buta ni." Cal berkata.
Tak tunggu lama, Edrea bangun. "Baiklah. Saya masuk tidur dulu, good night." Selepas mengucapkan selamat malam, Edrea mengatur langkah masuk ke rumah dan menuju ke biliknya untuk beradu.
"Good night," Balas Cal perlahan seraya mengangkat kepala memandang langit gelap.
Cahaya bintang yang bertaburan mengingatnya kepada seseorang. Walaupun kecil, tapi mampu menyinari di kala malam.
Cal menyeluk sakunya sebelum mengeluarkan gajet elektronik. Nombor Irvanz di dailnya. Hampir seminit dia menanti.
"Kau dekat mana ni? Adik kau tengah risau tau tak?" Setelah talian bersambung, Cal mencantas laju.
"Hello? Encik?" Dahi Cal berkerut. Dipandang skrin telefonnya sebelum ditekap ke telinga semula. Nombor dah betul, tapi suara siapa tadi tu?
"Siapa ni?"
"Maaf, encik. Owner phone ni kemalangan. Sekarang tengah dibawa ke hospital." Maklum si pemanggil. Dia jumpa telefon ini sedikit jauh dari lokasi kemalangan berlaku. Mungkin tercampak.
"What? Hospital mana? Saya akan datang segera."
"Hospital..."
YOU ARE READING
BAYANG RAHSIA
Misterio / Suspenso" Memaafkan memang mudah. Tapi untuk melupakannya tersangatlah payah." Girzelle Edrea, namanya tidak seunik alur cerita yang telah Ditulis. Gadis polos itu bagaikan burung yang dikurung di dalam sangkar. Tambahan pula setelah peristiwa 2 tahun lepas...