SILING putih itu direnung bagai nak tembus sambil dia berpeluk tubuh. Sesekali mulut mengeluarkan dengusan kecil. Ayat terakhir yang dilontarkan oleh Tuan Qaid sering berulang tayang di fikiran.
"Entah sempat ke tak Tok Daddy nak merasa ada cicit sendiri...."
"Panjang betul merungut. Abang fikirkan apa tu?" Soal Edrea yang berada di sofa berhadapan katil. Tangan setia bergerak melipat pakaian mereka berdua.
Cal toleh pada isterinya. "Tak ada apa. Pasal kerja je." Lambat-lambat Cal membalas.
Edrea pandang Cal buat beberapa saat. "Abang nak tahu sesuatu tak? Selama lima bulan kita kahwin, abang tak pernah bawak balik masalah dekat tempat kerja ke rumah. Jadi tak payah nak menipu Rea." Cantas Edrea. Satu fakta mengenai suaminya.
Cal tersenyum senget. She knows me. "Pasal Tok Daddy." Akhirnya Cal mengaku juga.
"Kenapa?" Edrea menyoal tanpa mengangkat wajahnya.
"Tok Daddy nak cicit. Tok Daddy kata dia takut tak sempat nak merasa ada cicit sendiri." Tangan Edrea kaku. Angkat kepala, dia pandang Cal. Raut wajah Cal serius saja. Jadi dia tak rasa yang Cal sedang berbohong padanya.
"H..habis tu?"
"Abang tak akan paksa selagi L belum bersedia untuk galas tanggungjawab sebagai ibu. Jadi jangan risau." Cal berkata. Prinsip yang dipegang teguh sejak hari pertama mereka mendirikan rumah tangga.
Nafas perlahan, Edrea hembuskan. "Kalau Rea cakap yang Rea dah bersedia untuk jadi ibu?" Sejurus Edrea mengatakan barisan ayat itu, telefon Cal menjerit.
Lekas Cal mengambil gajet elektroniknya dan menuju ke koridor bilik. Dibiarkan saja sliding door sedikit terbuka.
"Hello, mummy?" Cal menyapa setelah panggilan bersambung.
"Ada lagi rupanya anak bertuah mummy ni. Kenapa dah lama tak call? Kali terakhir Qys call bagitahu mummy yang Qys nak kahwin. Amboi.... mentang-mentang dah beristeri terus lupa mummy dekat sini, ek?" Sela Puan Qadira. Dia memang menggelarkan Cal dengan panggilan Qys.
"Bukan lupalah mummy. Qys sibuk sikit. Tak sempat nak call. Mummy sihat?"
"Hmm, sihat alhamdulillah. Menantu mummy sihat tak?"
"Dia sihat. Qys mummy tak tanya pulak?" Cal seolah-olah cemburu. Yang sedang bercakap ini tak ditanya pula.
"Elok je suara yang telinga mummy tengah dengar ni. So maknanya Qys sihat walafiat. Menantu mummy aje mummy tak tahu. Muka, suara, perangai, semua mummy tak tahu pasal dia. Qys hanya bagitahu nama dia Edrea aje." Sememangnya itu satu kebenaran. Puan Qadira tidak pernah bersua muka dengan menantunya sendiri. Salah satu faktornya ialah dia jauh beribu batu dari Malaysia. Hendak pulang pun tidak sempat kerana suaminya sibuk menguruskan syarikat disini.
"Bukan Qys sengaja nak berahsia. Qys nak kenalkan mummy dengan isteri Qys depan-depan. Barulah surprise. Jadi bila mummy nak balik?" Cal bertanya. Kalau nak bawa Edrea ke sana, memang lambat lagilah. Dia banyak kerja. Hari tu pun hanya bercuti dalam negara.
"Daddy kata kalau tak ada apa-apa masalah, bulan depan boleh balik." Maklum Puan Qadira.
"Baguslah tu. Jangan tak jadi pula."
"Ye, ye. Jangan lupa kirim salam dekat menantu mummy. Bagitahu dia yang mummy tak cerewet dan bukan persis tipikal mak mertua dalam tv tu. Orangnya baik dan penyayang. Plus, cantik." Selorohnya. Sempat mengangkat bakul sendiri!
"Patik menurut perintah, tuanku. Assalamualaikum..." Setelah Puan Qadira menjawab salam, Cal terus mematikan talian. Telefon disimpan dalam kocek seluar.
"Abang tahu L dekat pintu." Tanpa menoleh, Cal bersuara. Sejak dari awal dia sudah perasan akan kehadiran Edrea disitu.
Lambat-lambat Edrea menghampiri Cal. "Sorry sebab Rea curi-curi dengar abang berbual tadi." Pintanya. Tahu akan kesalahan diri.
"Come," Cal menarik tangan isteri lalu tubuh Edrea dikunci diantara Cal dan penghadang balkoni. Cal jatuhkan kepala pada rambut isterinya.
"Abang tak marah. Lagipun bukan siapa-siapa. Mummy je."
Edrea saksikan gugusan bintang di langit malam. "Dia sihat?" Walaupun Edrea tidak kenal ibu mertunya sendiri, dia tetap bertanya.
"Sihat. Dia kirim salam dekat menantu dia."
Edrea mengumam perlahan. Menjawab salam. Manakala Cal mengukirkan senyuman. "Mummy kata bulan depan dia balik. Dah tak sabar dia nak jumpa menantu dia.""Mummy memang panggil abang, Qys ke?"
"Hmm,"
Masing-masing kunci mulut untuk beberapa saat. "Apa yang L cakap tadi tu memang betul atau hanya sekadar kesian dekat Tok Daddy?" Kebisuan mereka dipecahkan. Cal mahukan kepastian.
Edrea memejamkan kelopak mata. "Rea memang dah bersedia nak jadi ibu untuk anak-anak kita..."
******
SEPASANG mata tajam memerhatikan Cal dan Edrea dari luar kediaman Tuan Qaid. Sengaja dipakai pakaian serba hitam supaya tidak dikesan oleh sesiapa.
Dia tarik senyuman sinis. "There's no happy ending for you, Girzelle Edrea..." Cermin mata hitam dipakai sebelum dia pergi meninggalkan perkarangan rumah ini. Rambut panjangnya dibiarkan berterbangan ditiup angin malam.
*******
ARIN mengecilkan matanya ke arah luar melalui tingkap biliknya. Awalnya dia sekadar ingin mengambil angin malam kerana tidak dapat melelapkan mata. Tetapi...dia sepertinya ternampak sebuah kereta yang diparkir diluar pagar rumah.
Siapakah itu?
Orang jahat atau hanya sekadar berhenti berehat?
YOU ARE READING
BAYANG RAHSIA
Mystery / Thriller" Memaafkan memang mudah. Tapi untuk melupakannya tersangatlah payah." Girzelle Edrea, namanya tidak seunik alur cerita yang telah Ditulis. Gadis polos itu bagaikan burung yang dikurung di dalam sangkar. Tambahan pula setelah peristiwa 2 tahun lepas...