BAB 17

89 6 0
                                    


MATAHARI kian terbit menggantikan bulan, Irvanz langsung menuju ke hospital setelah mendapat berita daripada Cal mengenai adiknya.

Apa yang berada di fikirannya hanyalah keadaan Edrea. Perut sendiri yang berkeroncong akibat belum bersarapan pun dibiarkan. Adiknya lebih penting!

Jengulkan kepala pada pintu yang sedia ternganga, dia disajikan dengan Edrea yang sedang menjamu makanan yang disediakan oleh pihak hospital. Dia terkejut kerana Edrea tidak makan dengan sendiri. Malah, disuap Cal yang berada di kerusi sebelah katil.

"Rea!" Kedua-dua manusia di situ tersentak. Laju mereka menoleh pada punca kehadiran suara itu.

"Abang..." Senyuman manis, Edrea tarik. Dari tadi dia kekok berdua-duaan dengan Cal walaupun dibiarkan pintu terbuka. Amat parah lagi apabila Cal memaksanya makan. Pakej kena suap lagi!

Malu ya amat! Tapi ditahan juga sehingga bubur habis.

Melihatkan Irvanz hampir, Cal mengangkat punggung. "Duduklah. Aku nak pergi office." Mangkuk, diletakkan ke atas meja. Cal mengerling sesaat pada wajah Edrea sebelum Cal membuka langkah. Meninggalkan bilik ini.

"Rea okey?"

"Okey!" Balasan Edrea itu sempat menjengah ke pendengaran Cal yang baru setapak dari pintu wad. Okey? Banyak kali meracau malam tadi dibilang okey? Nampaknya, gadis ini memang sejenis manusia yang suka berahsia. Sama seperti kejadian dia dihalau. Turut dirahsiakan.

Cal menapak kembali. Dia sudah lambat.

"Kaki sakit?"

"Tak rasa apa pun. Maklumlah... Dah dapat kad lain sekarang ni." Selamba Edrea bergurau. Walaupun ayatnya itu diajukan kepada diri sendiri. Semalam, doktor memberitahu bahawa kakinya mengalami lumpuh sementara disebabkan oleh keretakkan kuat pada tulang kaki. Namun, dia bernasib baik kerana kecederaan di kepala tidak teruk. Hanya luka saja.

"Haish! Apa cakap macam tu? Abang ni siang malam risaukan Rea, tahu tak? Boleh pula dikatakan begitu. Dah... Abang tak nak dengar Rea sebut-sebut kad lain tu lagi. Rea bukannya selamanya begini. Doktor kata sementara je kan?" Panjang berjela, Irvanz bermonolog. Lebih kepada geram sebenarnya. Orang kemain risaukan dia.

"Janganlah serius sangat. Gurau je lah!"

"Gurau tak kena tempat." Komen Irvanz. Ada lagi yang tak kena sebenarnya. Masa. Situasi.

"Ish, ye lah, ye lah. Abang tak pergi kerja ke?"

"Tak." Sepatah.

"Sebab apa?"

"Sebab boleh." Hambik kau! Edrea memandang Irvanz dengan riak tak percaya. Abang dia ke ni? Atau salah orang?

"Elok-eloklah..." Awalnya dia yang hendak bergurau, tapi setelah 'gurauan' abangnya itu, dia serik. Bukan biasa-biasa dia punya bergurau. Malah bertukar seram!

"Tengok atas." Segera Edrea mengangkat kepala ke atas. Menatap siling putih.

"Tengok bawah." Ikut juga. Kaki sendiri yang dilapisi selimut putih menjadi santapan mata.

"Kita dekat mana?" Soal Irvanz pula.

"Seriously? Kita dekat hospitallah. Tak akanlah Rea kena warded dekat mall pula." Apa kena dengan abangnya ini?

"Tahu rupanya, ingat tak sedar lagi. Dah tahu dekat hospital, yang pergi tanya tu kenapa? Jaga Rea lah."

"Abang jangan serius boleh tak? Rea macam tengah berbual dengan Cal dah ni." Irvanz menarik senyuman senget.

"Eh? Dah rindu ke? Agak-agaklah nak rindu pun. Tak sampai 10 minit lagi ni."

"Buat apa nak rindu pula?"Chameleon. Cepat betul intonasi Irvanz berubah. Tadi serius sangat.

BAYANG RAHSIA Where stories live. Discover now