BAB 35

104 9 2
                                    


WALAUPUN hajat nak ke pantai tidak tercapai, sekurang-kurangnya dapat jugalah Edrea keluar bersiar-siar daripada duduk terperuk dekat rumah. Pergi taman permainan berdekatan kawasan rumah pun jadilah. Daripada tak ada, kan?

"Abang.... Rea rasa macam nak makan ais krim la..." Pinta Edrea. Dah berapa banyak kali dia nampak penjaja-penjaja duk menjual ais krim dengan menaiki motor di sekitar taman ni. Sampaikan terliur dibuatnya bila tengok budak-budak makan.

Mendengarkan permintaan sang isteri itu, Cal berhentikan kerusi roda yang ditolaknya di sebelah bangku. Lock kerusi beroda itu, Cal jatuhkan. "L nak ais krim apa?" Soal Cal. Ikutkan saja kemahuan isterinya. Lagipun bukan selalu mereka dapat meluangkan masa bersama seperti ini. Esok Cal dah mula kerja.

"Apa-apa je. Rea tak kesah. Asalkan bukan durian." Buah durian memang digilai ramai orang di Malaysia, tapi Edrea tersangat sangatlah tak suka! Bau saja dia dah tak tahan sampai termuntah. Apatah lagi nak sumbat dalam perut.

"Anything else?"

"Tadi Rea ternampak ada orang jual cotton candy. Nak boleh?"

"Okey. Jangan pergi mana-mana pula. Tunggu dekat sini." Pesan Cal. Isterinya ini bukan boleh kira. Karang kerusi roda disini, tapi orangnya ke lain memandang Edrea sudah mampu berjalan sekarang walaupun perlahan macam siput.

"Aip, aip, Mr guard!" Edrea mengangkat tabik.

Cal sorok senyumannya lalu beredar.

"Malu-malu pulak abang guard ni." Bisiknya. Lihat suaminya dari jauh, bibir Edrea secara automatik melakarkan senyuman. Tanpa dia sedari yang Cal telahpun bertakhta di hatinya. Betullah apa yang pernah Cal kata, 'Cinta boleh dipupuk.'

"Rea?" Puas angau dengan suami sendiri, Edrea tersentak saat dirinya disapa seseorang. Pusing kepala, terus seluruh bulu romanya menegak. Kedua belah tangannya turun bergetar hebat. Dugaan apakah ini?

"K...Kai." Serta-merta peristiwa ketika dia diculik di hadapan pasar raya beberapa bulan lepas, kembali berulang tayang. 'I'm sorry...' Suara yang sama.

"Dah lama kita tak jumpa. Tak sangka pula kau masih ingat aku." Kata Kai.

Jari-jemari Edrea bersatu lalu digenggam erat. "K...kau apa khabar?"

"Aku okey. Kau pula, kenapa sampai pakai wheel chair ni?"

'Kau sendiri tahu, Kai!' Bentak Edrea di dalam hati. "Aku accident 2 bulan lepas." Bohong Edrea. Tiada guna pun jika dia berkata jujur sedangkan Kai sendiri tahu punca keadaannya jadi begini.

"Glad you're okay now." Ujar Kai. Untuk pengetahuan semua, Kai berasal daripada UK dan dia juga bukan beragama Islam. Malah, tiada pegangan agama atau lebih dikenali sebagai Atheist. Sekian.

Edrea hanya mampu tersenyum. Beberapa kali Edrea berzikir di dalam hati untuk mengusir perasaan resah yang ada padanya.

"So, kau datang sorang ke?" Kai bertanya, sekaligus menukar topik.

"Tak. Aku datang dengan-" Ucapan Edrea terhenti apabila Cal tiba-tiba muncul. "Sayang... Your ice cream and cotton candy." Cal suakan dua makanan manis itu pada isterinya.

"Thank you, abang." Terima kasih juga kerana muncul pada saat yang sangat tepat. Hilang sedikit rasa resahnya.

"Siapa ni?" Soal Cal. Dari jauh lagi Cal dah nampak isterinya sedang berbual dengan seorang lelaki asing. Dan kerana itu jugalah, dia paksa pak cik penjual itu untuk buat laju-laju.

"Ini Kai. Kawan universiti Rea dulu." Jawab Edrea walhal dia langsung tak ingin memperkenalkan mereka pun.

Kai menyuakan tangannya pada Cal. Lambat-lambat, Cal turut melakukan hal yang sama. "Cal. Her beloved husband." Cal menaikkan sebelah bibir. Sinis.

"Okeylah, aku tak nak kacau kau orang berdua. Nice to meet you, Mr Cal." Lantas, Kai pergi meninggalkan Cal dan Edrea disitu.

Pandang isterinya yang kian terbisu, Cal pasti ada sesuatu yang tidak kena. Tangan itu juga kelihatan bergetar. "Are you okay, sayang?"

"Ye...yeah! Rea okey. Abang duduklah. Meh kita makan cotton candy ni. Tak habis Rea makan sorang." Nada Edrea bertukar ceria. Segera dia hapuskan manusia yang bernama Kai itu di fikirannya.

Cal melabuhkan duduk di atas bangku. "Makanlah. I hate sweets."

Edrea senyum penuh makna. Secubit dia mengambil gula-gula kapas itu sebelum menyuakannya pada Cal. "Nganga mulut. Aaa!"

"Manislah..." Komen Cal seraya melarikan kepalanya ke arah lain.

"Please... Sikit ni je."

"Tak nak,"

"Kalau abang tak makan, maksudnya abang tak sayangkan Rea." Mengugut.

Cal membisu.

"Hmm, nampaknya abang memang tak sayangkan Rea pun." Hampir saja Edrea menyuapkan gula-gula kapas itu ke dalam mulutnya, Cal dengan pantas mengigit makanan manis itu terlebih dahulu. Membuatkan mata Edrea terkelip-kelip beberapa kali.

"Makan ais krim tu cepat. Cair dah tu," Kata Cal.

'Dia tak tahu ke yang aku tengah cair macam ais krim dah sekarang ni!!!' Hati Edrea menjerit.


---------------------


BERGEMA  tawa  seorang gadis saat Kai melangkah masuk ke dalam bilik yang suram ini. Berhenti betul-betul dihadapan satu meja, Kai berhenti.

"Natisya,"

Natisya terus membisu apabila menyedari kehadiran seseorang. Namun, dia langsung tidak berpaling kehadapan.

"Aku dah letak alat tu seperti yang kau suruh." Maklum Kai. Pertemuan diantara Kai dan Edrea sudah semestinya telah dirancang sejak awal. Muncul saja peluang keemasan, Kai dengan pantas meletakkan alat yang disuruh oleh Natisya itu. Yang paling penting, tanpa disedari.

"Great. You may go." Kata Natisya, tegas.
Kai pandang belakang kerusi itu sebelum melangkah keluar. Walaupun Erine sudah ditangkap, 'penggantinya' masih ada.

















Sapa pulak Natisya ni, ekk?? 🤔

BAYANG RAHSIA Where stories live. Discover now