BAB 23

76 8 0
                                    

JIKA diikutkan, sudah lama Cal tiba di rumah setelah berjumpa dengan Nik petang tadi. Tapi dia melencong ke tempat lain untuk membeli sesuatu terlebih dahulu. Ditambah pula dengan jalan jammed lagi. Itu yang dia pulang agak lewat.

Masuk bilik, figura isterinya dicari. Dekat bawah tiada, dalam bilik pun...tiada?

Dua beg kertas ditangan, ditaruhkan ke atas katil. "L!" Serunya. Pintu tandas diketuk beberapa kali. Tiada sahutan kedengaran, Cal langsung membukanya tatkala objek itu tidak berkunci.

Kosong.

"L!" Baru hendak menapak keluar, kedengaran bunyi barang jatuh dari arah wardrobe. Apabila mendekat, Cal mengeluh perlahan. Dia bukan main risau, elok pula si isteri duduk di atas lantai sambil mengelus seekor kucing.

"Dekat sini kau rupanya. Berjuta kali panggil tak menyahut." Ujar Cal mengalihkan perhatian Edrea.

"Eh? Awak panggil saya ke? Rasanya awak sebut huruf L tadi. Nama saya bukan mula dari huruf L. Itu yang saya tak menyahut." Sejak bila pula nama dia jadi 'L'? Bukan main arwah ibu dan ayah bagi nama unik dekat dia.

Cal duduk bertinggung di hadapan Edrea sebelum..."Aduh!" Dahi yang menjadi sasaran jentikan Cal, disentuh. Tidaklah kuat mana pun sebenarnya. Cuma lebih kepada terkejut dengan tindakan itu.

"Inilah jadinya bila lupa nama sendiri." Komen Cal. Edrea angkat kepala ke atas. Sedang berfikir kefaktaan suaminya itu. Nama sendiri? Girzelle... Elle? Disingkatkan jadi 'L'?

Faham!

"Ouh...." Angguk beberapa kali dengan mulut terbuka. Rambut yang jatuh menutupi dahi apabila dia menunduk, diselitkan ke belakang telinga. "Comelkan dia?" Si bulus yang agak berat itu diangkat.

"Hmm. Mana kau jumpa dia?" Cal ubah posisi kepada bersila. Lenguh pula bertinggung lama-lama.

"Belakang rumah. Sampai hati awak tipu saya, kan? Hari tu kata ada singa. Tapi si montel ni aje yang ada. Sengaja nak takutkan orang." Edrea mencebik. Masih dia ingat ugutan Cal semasa hari pertama dia menjejakkan kaki di sini. Ingatkan betul-betul ada. Rupanya dusta belaka!

Hampeh! Baru ingat nak tangkap gambar dengan singa. Tak payah pergi zoo dah.

"Dah kau banyak tanya." Cal mengelus lembut kepala Aurora. Lama Cal tidak berbuat begini kerana kekangan masa yang terhad. Hanya yang lain menguruskan si montel ini sampai gemuk.

Aurora bangun lalu menghenyakkan tubuh di atas riba Cal. Edrea terkelu.

"Ini kucing awak ke?" Manja betul binatang berbulu ini dengan Cal.

"Yup. It's Aurora."

"Cantiknya nama. Pandai awak letak." Edrea mengengsot sedikit ke hadapan. Mendekatkan jarak antara mereka. Aurora yang sudah terlena di riba Cal, dielus lagi. Dia geram tengok kucing!

"Actually...bukan aku yang letak. But my sister. Kau pernah dengarkan yang satu-satunya cucu perempuan Tok Daddy meninggal beberapa tahun lepas?"

Edrea angguk. Ya, dia tahu.

"Masa dia kecil, dia selalu sangat sebut 'Yoya' bila nampak kucing. Tapi tulah, beberapa bulan lepas tu dia pergi tinggalkan aku." Cal menunduk, memandang riba sendiri.

"Saya faham. Tak senang untuk kita ikhlaskan orang yang kita sayang tu pergi tinggalkan kita. Terutamanya ahli keluarga sendiri. Darah daging awak." Bagaimana Edrea hendak katakan yang dia tak faham perasaan Cal? Dia kehilangan arwah ayah sejak dia berumur dua belas tahun lagi. Dan tahun ini, dia kehilangan ibu. Dibuang dari keluarga. Tak ubah seperti sampah.

"Esok awak kerja?" Edrea mengubah topik perbualan.

"Hmm," Cal mengumam.

"Okey," Masa untuk jalankan misi pertama!

"Appointment kau esok nanti aku suruh Ir hantarkan."

"Tapi mesti Abang Naz pun kerja jugak esok." Cantas Edrea.

"Dia kerja dengan aku. Tak akan jadi masalah besar kalau aku suruh dia masuk petang sekalipun." Kata Cal. Mudah.

"Eh? Dia kerja dengan awak? Bukan awak pak guard ke?" Meluru Edrea bertanya setelah Cal mengucapkan ayat tadi.

Terhenti tangan Cal yang sedang mengelus badan Aurora itu. "Jom. Aku mandikan kau. Nanti boleh solat Maghrib sekali." Tubuh nyenyak itu dijatuhkan ke tepi lalu Cal berura-ura mahu mengendong tubuh Edrea.

"Saya boleh mandi sendirilah! Saya bukannya budak kecik." Edrea menepis tangan Cal. Tidaklah terlalu kuat.

Namun Cal tak mengalah. "Kau tetap budak kecik pada aku." Sejurus itu, tubuh Edrea sudahpun dicempungnya.

"Awak sengaja nak dukung saya sebenarnya, kan?" Tak faham betullah! Bukannya tak ada kerusi roda sampai kena berdukung bagai.

"Maybe... yes." Selamba, Cal mengiyakan. Siapa lagi yang dia mahu dukung melainkan isteri sendiri, bukan?

"What?!"






BAYANG RAHSIA Where stories live. Discover now