IRVANZ melangkah masuk ke dalam bilik wad yang menempatkan adiknya. Serta-merta figura pertama yang menyapa kornea mata ialah Cal yang sedang terbaring di sofa panjang di sudut bilik.Beg kertas ditaruhkan ke meja kecil sebelum tangannya naik menggerakkan bahu Cal. "Cal, bangunlah." Kejutnya. Hari ini Irvanz datang lebih awal daripada biasa. Selalunya apabila dia datang, Cal sudah pun mencelikkan mata. Siap bersarapan lagi.
Kadangkala Irvanz kasihan melihat kawan baiknya itu. Sanggup berjaga malam di hospital setelah pulang dari tempat kerja. Hampir tiga hari mereka bergilir-gilir menjaga Edrea di hospital. Waktu siang, giliran Irvanz manakala waktu malam, giliran Cal.
Saat Irvanz mahu berjaga malam, laju Cal menolak dengan alasan Irvanz memerlukan rehat yang cukup selepas pulang dari hospital tempoh hari. Bukannya Irvanz tidak mempercayai Cal. Malah, lebih daripada percaya. Cuma dia berada tidak enak. Cal sanggup menjaga adiknya di hospital walaupun penat bekerja masih belum reda.
Disebabkan giliran Irvanz pada siang hari, kerjanya di pejabat dilakukan dari hospital. Jika mempunyai urusan dengan klien, Cal mengarahkan Luqman, Raykarl dan Xian untuk mengambil alih. Irvanz hanya sekadar memantau dari jauh.
Merasakan tidurnya diganggu, Cal langsung membuka kelopak mata. "Awal kau datang hari ni?" Soalnya dengan suara serak basah. Cal mengubah posisi daripada baring, ke duduk. Memberikan ruang untuk Irvanz melabuhkan duduk disebelahnya. Rambut sendiri yang berserabai dibiarkan saja.
"Nik bagitahu kau ada meeting hari ni. So aku datanglah awal. Siap bawa bekal lagi tau! Bolehlah makan dekat kantin terus sebelum kau pergi office." Begitulah rutin Cal semenjak tiga hari ini. Bangun awal, makan di kantin, mandi di pejabat, datang hospital kembali.
"Thanks,"
"No hal. Patutnya aku yang ucap thanks. Aku dengan Rea dah banyak susahkan kau. Hari tu aku accident, sekarang Rea pula. Kes kau pun dah semakin banyak."
"Jangan mengarut boleh tak? Aku tak ada mood nak berdrama pagi-pagi buta ni," Cal memisat mata bagi menghilangkan kantuk. Kebiasaannya selepas solat Subuh, Cal tidak melelapkan mata pun. Cuma disebabkan semalam dia banyak kerja di pejabat, jadi penatnya masih tersisa. Itu yang terbongkang tidur tadi.
"Ye lah, ye lah." Pasrah. Baru saja hendak berdrama 7:30 pagi. " Oh! Sebelum aku terlupa, Tok Daddy pesan suruh kau balik petang nanti." Ujar Irvanz akan pesanan Tuan Qaid.
"Ada apa?" Cal hanya bertemu dengan Tuan Qaid hanya ketika datuknya itu datang melawat ke hospital. Selebihnya, mereka tidak bertentangan mata.
"Entah. Nak cucu menantu, kut?" Selamba badak Irvanz berkata.
"Banyaklah kau punya cucu menantu. Bayang pun tak nampak lagi." Sela Cal.
"Bayang dah muncul. Tapi kau yang sengaja buat-buat tak nampak." Kilas Irvanz dengan makna tersirat.
Cal menjogketkan sebelah keningnya. "Siapa pula ni?"
"Natasya," Mendengarkan nama itu, Cal langsung cemberut. "Kalau itu bayangnya, aku lebih rela jadi antertu. Dah lah kau, baik aku pergi makan. Cepat makan, cepat aku boleh settle kan semua ni." Bingkas, Cal bangun berdiri. Beg kertas dimeja kecil dicapainya.
"Malam ni tukar?"
"Still nope. Kau perlu banyakkan rehat." Kaki menuju ke pintu wad.
"Sampai bila? Aku dah sihat walafiat ni." Tak faham betullah perangai dia sorang ni.
"Aku just nak kau banyakkan rehat. Kalau tidak, siapa yang nak uruskan syarikat tu? Kau orang saja yang mampu tolong aku handle. Kau tahukan, aku kerja apa dan apa yang aku kena kerjakan? Aku harap kau orang boleh tolong aku. Tak ada orang yang aku percaya selain dari kau orang." Ujar Cal panjang berjela. Jikalau tiada Irvanz, Luqman, Raykarl dan Xian, entah bagaimanalah dia mahu uruskan syarikat keluarganya itu sendirian. Tambahan pula Cal mempunyai kerja tetap, tidak selalunya dia ada masa untuk menguruskan syarikat itu.
YOU ARE READING
BAYANG RAHSIA
Mystery / Thriller" Memaafkan memang mudah. Tapi untuk melupakannya tersangatlah payah." Girzelle Edrea, namanya tidak seunik alur cerita yang telah Ditulis. Gadis polos itu bagaikan burung yang dikurung di dalam sangkar. Tambahan pula setelah peristiwa 2 tahun lepas...