awal lagi nak tamat🤫
"KAU kejam!"
"Jantan jenis apa kau ni?"
"Mana semua janji kau pada aku? Mana?!" Terus-terusan suara Edrea memberontak. Penuh rasa marah. Sehinggakan mata gadis itu terbuka luas.
"Aku minta maaf! Aku tak sepatutnya buat kau macam tu." Pinta Cal. Api yang marak dihadapannya membuatkan cairan peluh membasahi satu muka Cal.
"Maaf? Kau ingat dengan maaf kau tu, boleh sembuhkan kaki aku? Boleh hilangkan gelaran cacat yang ada pada aku?!" Sekilas, Cal pandang kaki Edrea sebelum memandang wajah bengis itu. Bau nanah menusuk ke dalam hidung. Namun, Edrea berdiri dengan stabil walhal kakinya penuh nanah dan darah.
"Aku tak sengaja! Tolong jangan seksa aku sampai macam ni. Kita boleh bincang elok-elok." Sekuat mana pun Cal meronta, ianya tetap tidak mampu melepaskan tali yang membelit tubuhnya di sebatang pokok besar ini. Tak ubah seperti dibelit 'tali pinggang'.
"Bincang? Apa lagi yang kau nak bincang?! Kau dah musnahkan hidup aku! Sebab kau, aku kena halau! Sebab kau, aku jadi anak yatim piatu! Dan sebab kau, aku cacat!" Tong minyak disimbah ke badan Cal. Lalu, memetik api dipetik sebelum Edrea melemparnya ke arah Cal.
"Selamat tinggal, Cal..." Beberapa detik setelah itu, api mula marak. Bermula dari kaki, hinggalah ke badan Cal.
"Arghh!!" Panas!
Laju Cal membuka kelopak mata. Tindakan refleks, dia terduduk dari perbaringan. Nafasnya menjadi tidak teratur. Namun, disaat dia terpandang figura seseorang yang sedang lena di atas katil, Cal mengurut dadanya. Cuba menenangkan diri. Istighfar turut dibaca di dalam hati.
Ya, Allah... Dia bermimpi rupanya. Peluh didahi, dilap kasar. Kemudian, Cal meluru ke arah Edrea yang sedang diulit mimpi.
Pipi mulus itu, diusapnya. Naik ke hidung, lalu ke ukiran kening semula jadi itu. Sangat sempurna ciptaan Tuhan buatnya ini.
"My wife...." Serunya perlahan, tidak mengharapkan isterinya terjaga. Cecair di dahi Edrea dilap dengan lembut.
Girzelle Edrea.... Wanita yang telah sah bergelar isteri kepada Muhammad Caled Qyser tengah hari tadi. Sama seperti mimpinya, dilaksanakan di hospital.
"Ibu..." Rintih Edrea dengan mata terpejam rapat. Tergeleng-geleng kepala Edrea seperti menidakkan sesuatu.
"Sakit... Lepaskan aku..." Lagi dan lagi. Mimpi ngeri muncul kembali.
"Shhhh.... Aku ada." Cal menepuk-nepuk belakang badan isterinya. Baru sekarang dia mampu berbuat begini. Jika sebelumnya, dia hanya boleh lihat. Tidak boleh memujuk seperti sekarang.
Lama mereka begitu, Edrea lena semula.
Namun, Cal masih setia mendodoikan Edrea.
Bagaikan deja vu.
.
CELIK saja mata, manusia pertama yang dicari ialah Cal. Tapi malangnya, sofa panjang itu sudah tidak berpenghuni. Kemana suaminya pergi? Dia tetap pergi kerjakah walaupun hari minggu?
Sangkaan Edrea meleset saat dia mengalihkan kepala ke kiri. Alangkah terkejutnya apabila melihat Cal yang sedang tidur di kerusi disebelah katil ini. Kepala Cal pula dilentokkan di sisi katil.
Edrea tidak berniat untuk mengejutnya. Malah, mengamati wajah itu. Tidur pun kacak walaupun rambut serabai sikit. Tanpa dia sedar, dia sudahpun mengulumkan senyuman.
"Handsome," Puji Edrea tiba-tiba. Nasib baik Cal tidur, jadi pujiannya tadi Cal tidak dengar.
"I know." Sahut Cal dengan suara serak basah. Dia sudah terjaga sebelum Edrea lagi. Awalnya dia mahu kembali tidur, tetapi tidak boleh. Jadi dilentokkan saja kepala ke sisi katil. Memandang wajah Edrea. Dan bila isterinya terjaga, dia sengaja buat-buat tidur. Takut kantoi usha isteri sendiri.
Edrea tersentak. Senyuman tadi kian mati. Diganti dengan perasaan malu. Langsung di alihkan pandangan ke arah bertentangan.
"Dah puas tenung? Kalau nak, tenung je lah lagi. Aku ada je. Tak ke mana pun." Cal meraup rambutnya ke belakang.
"Bila masa saya tenung awak? Jangan perasan boleh tak? Saya puji pelakon lelaki dalam tv tadi. Bukan awak." Membalas, tanpa berpaling. Sungguh, dia malu!
Sekilas, Cal pandang ke arah televisyen. "Dari tadi tv tu off." Fakta.
"Err... Maksud saya lelaki dalam majalah tu,"
"Tu majalah fesyen wanita. Celah mana datangnya lelaki?" Bidas Cal. Dah kantoi usha anak teruna orang tak mahu mengaku pula.
"Ish, apa-apa je lah. Saya nak mandi. Kejap lagi saya dah boleh balik." Sedaya upaya, Edrea menukarkan posisi kepada bersandar. Selimut dialihkan.
Mendengarkan penyataan isterinya itu, Cal langsung menapak ke pintu. Dalam hati, Edrea bersyukur kerana Cal pergi. Kalau tidak, macam mana dia nak mandi jika Cal berada di bilik ini. Dia masih malu. Tambahan dengan kejadian tadi. Nak saja hentak kepala sendiri ke dinding. Tak pasal-pasal kantoi!
Dari syukur, menjadi sebaliknya apabila Cal bukan berlalu keluar. Malah, mengunci pintu.
"Kenapa tak keluar? Saya nak mandi ni." Punat di samping katil, Edrea tekan. Memanggil jururawat yang selalu membantunya membersihkan diri.
"Kau isteri aku. Jadi biar aku tolong. Lagipun bukannya susah nak mandikan baby besar." Edrea ternganga. Oh, tidak!
"T..tak payahlah! Ada nurse yang akan bantu saya. Awak boleh keluar dulu." Jantung Edrea terasa mahu melompat keluar apabila Cal mendekat.
"Pangkat nurse tak setanding pangkat suami. Kenapa? Kau takut aku...." Semakin galak Cal mengusik. Ayat terakhir itu sengaja digunakan nada meleret. Senyuman sinis juga ditarik.
Edrea kelu. Dalam sesaat, "Arghh!" Jerit Edrea, terkejut apabila tubuhnya tiba-tiba saja terapung ke udara. Tindakan tidak terkawal, dia peluk leher Cal. Sampaikan tak berkelip biji matanya.
Tok! Tok! Tok!
Seorang jururawat wanita yang dikenali sengaja Zana, mengetuk pintu beberapa kali kerana pintu dikunci. "Cik Rea?"
Edrea mahu meminta tolong, tapi Cal lebih pantas memotong. " It's okay. Suami dia boleh tolong mandikan."
Faham, Zana langsung pergi.
YOU ARE READING
BAYANG RAHSIA
Misterio / Suspenso" Memaafkan memang mudah. Tapi untuk melupakannya tersangatlah payah." Girzelle Edrea, namanya tidak seunik alur cerita yang telah Ditulis. Gadis polos itu bagaikan burung yang dikurung di dalam sangkar. Tambahan pula setelah peristiwa 2 tahun lepas...