"DASAR abuya!" Pekik Luq. Terasa seperti mahu bertukar menjadi makhluk hijau pun ada apabila kotak parkir keretanya sudah kosong. Ini tak lain tak bukan si Xian dah ambil!"Aku geram betullah dengan yang sekor tu. Pasal semalam pun aku tak amuk dia lagi, pagi ni hal lain pulak! Stress! Macam mana aku nak pergi kerja ni?!" Luq mengaru kulit kepala walaupun tidak gatal. Semalam pun nasib baik Irvanz yang mengambil Luq dan Karl di masjid. Bila pulang, Xian tiada di rumah. Ikutkan hati mahu tunggu lelaki cina itu pulang, nak marah habis-habisan. Tapi dia tertidur pula. Entah pukul berapalah si Xian tu balik.
"Pagi-pagi tak elok stres. Nanti rezeki tak masuk. Tenang... Cool... Relax..." Kata Karl untuk menurunkan kemarahan Luq.
Namun, makin membara api itu jadinya. "Banyaklah kau punya relax! Jangan sampai aku marah kau pulak!"
"Kau marah sampai nak roboh rumah ni pun, bukannya kau boleh sampai ke office." Sampuk Irvanz yang baru muncul di garaj kereta. Dari dalam rumah lagi dia dah dengar orang gila terpekik dekat luar.
"Kau senanglah cakap! Yang dia rembat kereta aku, bukan kereta kau!"
"Mungkin dia dah tahu padah curi kereta aku. Itu yang dia curi kereta kau." Ungkap Irvanz seraya menuju ke arah kereta miliknya.
"Setuju!" Sahut Karl. Pernah sekali Karl menggunakan kereta Irvanz tanpa meminta izin terlebih dahulu. Tak pasal-pasal kena basuh kereta Irvanz selama sebulan sebagai hukuman. Setelah itu, dia memang dah serik nak curi barang Irvanz lagi!
"Apa setuju setuju, hah? Ingat ni parlimen ke apa?" Cantas Luq.
"Kalau macam tu kau kena akad nikah dekat parlimen. Karang tok kadi tak boleh setuju."
"Itu sah, bongok!"
"Masuk!" Kata Irvanz berbaur arahan. Sekaligus memberhentikan pergaduhan di antara mereka itu. Agaknya kalau sehari tak bergaduh, tak lengkap hidup.
"Masuk apa?" Soal Karl, berloyar buruk.
"Jamban!" Sahut Luq. Dah tenang lagi bersuluh maksud Irvanz itu, boleh pula main-main.
"Tapi kepala aku je muat."
"Kau memang sengaja nak menaikkan darah aku ke apa ni?"
"Eloklah tu. Kau kan ada darah rendah. Insyaallah dengan usaha aku ni, darah kau boleh naik dan jadi normal macam aku." Karl tersenyum bangga. Rancangan yang boek, kan?
"Kepala otak kau! Bila masa aku ada darah rendah, hah?" Pandai-pandai saja kata Luq mempunyai masalah darah rendah. Sedangkan darahnya normal sejak dulu.
"Masuk sebelum aku tinggal!" Irvanz yang sudah berada di dalam perut keretanya, mengugut. Serabut mendengar suara-suara sumbang yang tak habis-habis bergaduh seperti anak kecil.
"Tunggu!"
🎀🎀🎀
TERPEJAM mata Xian saat air bancuhan kekasih hati pengarang jantungnya masuk ke dalam esofagus. Walaupun hanya air teh tarik, rasanya sangat istimewa daripada buatan orang lain. Mungkin kerana orangnya pun istimewa juga.
"Jamahlah nasi goreng tu, Xian. Pak cik memang sengaja suruh Bunga masak lebih sikit pagi tadi." Kata Ustaz Mukhtar. Dia cuma beritahu Bunga yang mereka ada tetamu pagi ini. Dia tak cakap pun siapa.
Satu suap, mata Xian terpejam. Sedapnyalah air tangan buah hati... Sudahlah cantik, sopan-santun dan pandai masak. Cukup pakej!
"Maaflah. Pak cik terlupa nak bagi kunci kereta semalam. Tak pasal-pasal Xian kena ambil Bunga dulu." Kalau diikutkan, Xian perlu hantar kereta ke rumah saja. Tapi boleh pula dia terlupa hendak beri kunci kereta. Jadinya menyusahkan Xian lagi untuk menghantar Bunga.
"Tak apa. Saya tak kesah pun." Suka lagi adalah!
"Tapi kamu tak kerja ke hari ni?"
"Pasal tu pak cik jangan risau. Saya dah inform bos yang saya masuk lambat sikit." Awal-awal pagi lagi Xian dah ketuk pintu bilik Irvanz dan mengatakan hal itu. Nasib baik dibenarkan.
"Alhamdulillah," Ucap Ustaz Mukhtar.
Setelah memastikan penampilannya sudah lengkap dan bertutup, Bunga membawa langkah ke dapur untuk bersarapan sebelum ke kedai. "Eh? Encik Xian buat apa dekat sini?" Soal Bunga kehairanan apabila lelaki itu berada di meja makan bersama abah.
"Inilah tetamu yang abah maksudkan." Tutur Ustaz Mukhtar.
Tarik kerusi, Bunga labuhkan duduk berhadapan Xian. "Laa, Bunga ingatkan siapalah tadi." Bunga mencedokkan nasi goreng ke atas pinggannya.
Xian tersenyum segaris.
"Tambah, Encik Xian?"
"Saya dah kenyang. Sedap awak masak." Pujinya.
Bunga hanya tersenyum sebelum dia berpaling memandang abah. "Abah parking kereta dekat mana? Bunga tengok kat luar tak ada. Semalam pun abah balik dengan Encik Xian." Sewaktu melihat kereta itu tiada semasa Bunga membuang sampah pagi tadi, baru dia teringat yang abah dihantar oleh Encik Xian semalam. Bukan dengan kereta abah.
"Ada je. Tapi dekat masjidlah." Tersedak Bunga dibuatnya saat Ustaz Mukhtar berkata sedemikian. Dekat masjid? Habis tu macam mana dia nak pergi kedai?
Pantas Xian menghulurkan segelas air teh tarik pada Bunga. Haih, comel betul.
Selepas minum, barulah Bunga berasa lega. "Habis tu Bunga nak pergi kedai macam mana ni? Tak akan nak jalan kaki." Bunga merungut pada abahnya.
"Sebab tulah Xian datang ke rumah. Nanti dia hantarkan Bunga dekat masjid. Ambil kereta. Abah terlupa nak bagi kunci pada dia semalam."
"Tak menyusahkan Encik Xian ke?" Bunga ajukan soalan kepada Xian.
"Tak. Langsung tak. Saya lagi suka dapat tolong orang." Tambahan orang yang dia suka. Ahaks!
YOU ARE READING
BAYANG RAHSIA
Mystery / Thriller" Memaafkan memang mudah. Tapi untuk melupakannya tersangatlah payah." Girzelle Edrea, namanya tidak seunik alur cerita yang telah Ditulis. Gadis polos itu bagaikan burung yang dikurung di dalam sangkar. Tambahan pula setelah peristiwa 2 tahun lepas...