BAB 40

85 11 3
                                    

PRANGG!!

Bunyi kaca pecah, bergema di seluruh ruangan bawah tanah ini. Kaki Kai masih setia menapak masuk ke dalam. Sehinggalah dia muncul di tempat yang bercahaya. Terdapat susuk tubuh Natisya bersendirian disitu. Tangan gadis itu pula, habis berlumuran darah.

"Natisya..." Kai mendekati. Cebisan kaca yang berada pada gengaman Natisya, diambil lalu dicampak. Rambut yang menutupi dahi gadis itu, diseka ke belakang telinga.

Turun naik dada Natisya mencari nafas. Hatinya sakit. Sakit sangat! Ibarat hadirnya sebilah belati tajam yang menusuk ke dalam dadanya secara perlahan-lahan. Dia disini menahan sakit yang bermaharajalela, namun disana...senang berbahagia.

Adilkah?

Tak! Langsung tak! Perasaan dendam pada Edrea semakin hari...semakan memuncak naik. Akan dia pastikan suatu hari nanti dendamnya akan terbalas.

Separuh wajah yang ditutupi sehelai kain nipis berwarna hitam itu, Kai renung. Mata Natisya kemerahan. Malah, sangat tajam mata itu merenung satu gambar hologram yang terpapar di dinding. Dan disitu jugalah, botol kaca tadi mendarat.

"Natisya...calm down." Bahu Natisya, diusap lembut. Cuba menenangkan hati si gadis.

"No!" Tangan Kai ditepis kuat. "I'm not your Erine! Don't think you can do anything you want to me like you do to her!" Bengang apabila Kai dengan selamba memegang tubuhnya. Dia bukan Erine! Dia, Erine Natisya! Bukan Erine yang sebelum ini yang telah tewas!

"Okay, okay, I'm sorry. But please, control your emotions..." Sungguh, perangai Erine dan Natisya sangat berbeza. Walaupun Erine kadang kala tidak dapat mengawal perasaan, dia akan terpujuk juga dengan kata-kata Kai. Namun...Natisya lain. Sangat lain.

"Aku tak ada masa untuk bertenang! Sekarang, aku nak kau buat kerja kau! Aku ada ‘hal’ yang aku kena uruskan. Pergi!" Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Kai keluar dari sini.

Setelah memastikan kelibat Kai sudah berlalu, Natisya tarik senyuman sinis disebalik kain nipis itu. "Edrea...aku akan pastikan kau akan menderita. Sama seperti apa yang aku rasa sekarang ni."

Pisau diatas meja, dicapai lalu dibenamkan pada wajah Edrea di hologram. Gambar yang diambil oleh anak buahnya di Pulau Langkawi dan terdapat.... Cal di pangkuan Edrea.

Senyuman pada wajah-wajah itu, semakin membuatkan hati Natisya terbakar.




*****



TERAPUNG-APUNG kedua belah tangan Edrea keudara tak ubah seperti orang buta. Entah ke mana Cal membawanya pergi pun tidak tahulah. Usai solat Isyak berjemaah bersama-sama, Cal terus menyuruh Edrea bersiap-siap segera. Katanya ada kejutan.

"Abang nak bawak Rea pergi mana ni? Jangan buang tabiat nak main nenek-nenek malam-malam ni. Karang yang munculnya nenek kebayan, berdesup kita lari nanti." Sempat pula Edrea melawak.

"Depan sikit je lagi." Kata Cal. Saat kaki mereka memijak pasir lembut, sipi-sipi bunyi pukulan ombak menjengah ke pendengaran. Lapisan kulit mereka yang terdedah, bercumbu dengan tiupan angin pantai. Sejuk.

Tiba-tiba langkah kaki Cal berhenti. Secara automatik Edrea juga sama. "Abang kira sampai 3 baru sayang buka mata, ek?"

"Okey," Edrea bersetuju. Ikutkan saja permintaan sang suami. Telapak tangan Cal yang menutup mata isterinya, perlahan-lahan dijatuhkan ke bawah. Usai Cal menghabiskan pengiraannya selama tiga saat, Edrea membuka kelopak mata.

Serta-merta, mulut Edrea terlopong. Dalam masa yang sama, menahan air mata kegembiraan daripada keluar dari kolamnya. Bertapa cantiknya hiasan candlelight dinner yang terhidang dihadapan mata ini.

"Abang tak pandai nak beromantik macam lelaki lain...but hope you like it." Melihatkan reaksi isterinya, bibir Cal melakarkan senyuman manis. Seraya itu juga, Cal jatuhkan lututnya ke pasir pantai. Biarlah kotor sekalipun. Asalkan dia dapat memenuhi keinginannya sendiri.

Lantas sebuah kotak kecil berwarna merah, Cal keluarkan dari saku seluarnya lalu dihalakan pada Edrea. Apabila kotak itu dibuka, maka terlihatlah sebentuk cincin didalamnya.

Edrea terpana.

"My dear wife...abang tahu perkahwinan kita dibina pada awalnya bukan atas dasar cinta. But..at the first time I saw you...hati abang mulai dijentik satu rasa yang abang sendiri pun tak sedar bila ia muncul. Hinggalah hari Tok Daddy minta abang kahwini L, abang rasa buntu. Abang nak, tapi dalam masa yang sama, abang takut. Boleh ke L terima abang sebagai suami? Benci ke L pada abang lepas tahu yang L sakit disebabkan kecuain abang? Setiap malam abang solat istikharah minta petunjuk dari-Nya. Dan Alhamdulillah...abang dah jumpa jawapannya. Abang akad L sebagai isteri abang secara sah. Walaupun tiada majlis macam orang lain. Dekat hospital pulak tu." Cal tertawa perlahan.

Cal berdehem. "Bersaksikan cakerawala yang tak terhitung di langit malam dan bilangan buih di lautan sana, saya, ASP Cal, ingin melaporkan bahawa hati Muhammad Caled Qyser telah pun dicuri oleh seorang wanita yang bernama Girzelle Edrea sehingga menyebabkan mangsa tidak berdaya untuk menolak rasa cinta yang berpusu-pusu menerjah ke sanubarinya. Dan sebagai hukuman setimpal, pihak tertuduh hendaklah setia di sisi mangsa sehingga ke akhir hayat. So....will you stay loyal to me, Mrs Cal?"

Air mata yang ditahan, akhirnya menuruni pipi jua. Sebak. Namun, bibir tetap dihiasi dengan senyuman. "Saya selaku tertuduh, akan menerima hukuman yang telah dinyatakan oleh pihak tuan atas perbuatan yang telah saya lakukan pada mangsa. Saya berjanji akan terus setia bersama si mangsa hingga ajal memisahkan kami." Sahut Edrea.

Bait-bait ayat si isteri, hampir membuatkan Cal tumbang disitu juga. "Maka dengan itu, termeterainya perjanjian di antara kita berdua. Jika ada sebarang pertukaran dikemudian hari, harap maaf kerana permohonan tidak akan dilayan. Jadi, Tuan Puteri...izinkan Tuan Putera menyarungkan sebentuk cincin ini ke jari Tuan Puteri agar nama beta sentiasa terpahat di hati Tuan Puteri. Setiap masa dan saat." Edrea menyambut huluran tangan Cal. Perlahan-lahan, cincin bermata berlian itu selamat menghiasi jari Edrea.

Tanda janji mereka telah termeterai.

Setia hingga ke hujung nyawa. Walau apa jua yang berlaku.

Selamanya...







BAYANG RAHSIA Where stories live. Discover now