MALU. Malu. Malu! Edrea bukan mainlah menahan malu yang teramat sangat. Tapi boleh pula ekspresi Cal hanya selamba seperti tiada apa yang berlaku. Sudahlah orang ramai! Jadi terpaksalah Edrea menutup mukanya dengan kedua telapak tangan.Beberapa minit yang lalu sebelum mereka turun, Edrea sudah menyuruh Cal mengambilkan kerusi roda untuknya. Alih-alih, Cal terus mencempung tubuhnya. Puas dipujuk Cal agar menurunkannya, tapi tetap tidak berhasil apabila Cal mengugut.
Tak makan saman betul! Nak saja dilempang muka selamba ini laju-laju!
"Tengah baca doa ke mengutuk?" Sindir Cal yang sedari tadi melihat bibir isterinya terkumat-kamit seperti berkata sesuatu.
"Dua-dua." Cal tarik senyuman. Langsung tidak diendahkan manusia-manusia lain yang berada di sekeliling mereka. Sampai di kereta, Cal membuka pintu lalu meletakkan Edrea di tempat penumpang di sebelah pemandu. Telapak tangan Edrea yang masih menutup muka, Cal jatuhkan ke bawah. Tali pinggang turut dipakaikan.
Namun, Edrea masam mencuka. Tubuh sendiri dipeluk seraya berpaling ke arah lain. Dia masih tidak puas hati mengenai hal tadi. Merajuk!
Cup!
Pantas, satu ciuman dilabuhkan di pipi Edrea sebelum Cal menutup pintu dan berlari masuk ke tempat pemandu.
Perbuatan mengejuk itu secara tidak langsung membuatkan Edrea keras membatu. Bagaikan terkena renjatan elektrik. Pipinya pula jelas sudah berona merah.
Apa saja tindakan Cal pasti tak terduga!
Cal memulakan pemanduannya dengan tenang. Sekilas dia pandang Edrea yang tidak bergerak seperti tugu negara itu. "Tomato fresh dari ladang nak dihantar ke mana?" Sejak dua menjak ni, suka sangat Cal mengusik isterinya itu. Entah kenapa.
Mungkin seronok kot?
Tersedar dari 'renjatan' tadi, Edrea lekas mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Sepi. Tiada seorang pun yang membuka mulut. Apatah lagi memulakan perbualan.
Beberapa minit setelah itu, mata Edrea tertumpu pada anggota polis yang menunggang motosikal berkuasa tinggi di bahu jalan. Ralit dia tenung.
Wow! Kacak!
"Suami kau hidup lagi. Jangan ada niat nak madukan aku." Kebisuan mereka dipecahkan.
"Kalau saya tengok lelaki lain, bukannya saya boleh madukan awak pun. Awak tu, ya. Entah-entah tiga madu terus awak bagi dekat saya. Cukupkan kuota, kan?" Balas Edrea selamba.
"Nak layan kau sorang pun dah penat, memang taklah aku cari yang lain." Kata Cal. Sebelah tangan mengawal stereng kereta manakala sebelah lagi direhatkan tengah-tengah tempat duduk mereka.
Edrea julingkan mata ke atas. "Apa-apa jelah. Yang penting, saya suka tengok abang polis. Awak boleh pergi jauh-jauh sikit."
"Kau menyesal kahwin dengan aku?" Tiba-tiba Cal menyoal soalan itu. Sengaja hendak menguji.
"Dah kenapa tanya tiba-tiba ni?" Edrea hairan.
"Aku cuma guard, bukan macam abang polis kau tu." Walaupun Cal bertutur kata, tapi fokus utama hanya ditumpukan pada pemanduannya.
"Saya gurau je lah. Janganlah ambil hati...." Alahai, niat hendak bergurau, jadi sebaliknya pula. "Lagipun rare apa? Jarang-jarang pak guard handsome. Kalau nak cari bakal isteri, tinggal petik jari je. Orang berdesup datang punya." Sambung Edrea lagi.
"Termasuk kau?" Sela Cal.
"Yeay! Dah sampai. Jom turun." Cantas Edrea. Membiarkan soalan itu tanpa jawapan kerana dia sendiri pun tidak tahu harus membalas apa. Dengan pantas Edrea membuka pintu kereta. Menanti Cal membawakan kerusi roda yang berada di tempat duduk belakang kepadanya.
YOU ARE READING
BAYANG RAHSIA
Mystery / Thriller" Memaafkan memang mudah. Tapi untuk melupakannya tersangatlah payah." Girzelle Edrea, namanya tidak seunik alur cerita yang telah Ditulis. Gadis polos itu bagaikan burung yang dikurung di dalam sangkar. Tambahan pula setelah peristiwa 2 tahun lepas...