LENGAN Cal, Edrea peluk dengan kemas. Mereka jalan beriringan menuju ke arah makam yang sudah lenggang dengan kehadiran orang kampung. Namun, figura Irvanz masih berada disitu.Saat mata milik Edrea dan abangnya bertemu, Edrea tarik senyuman kelat. Dia dapat lihat riak kerisauan yang terlakar di wajah itu.
Tiada seorang pun ibu saudaranya yang berada disini. Yang tinggal hanyalah Irvanz dan Arin.
Ke manakah yang lain?
Tiada seorang pun kah yang kesahkan tentang Arin?
"Ma...kenapa cepat sangat mama tinggalkan Rin... Rin dah tak ada sesiapa lagi, ma..." Arin hamburkan tangisannya di tepi kubur permaisuri hatinya. Langsung tidak menghiraukan orang di sekeliling yang memerhati.
"Dengan siapa lagi Rin nak bermanja lepas ni? Rin ada mama sorang je. Baru sehari aje mama pergi, hidup Rin dah sunyi sangat ma..." Arin genggam tanah yang masih merah itu.
"Rin nak ikut mama... Mama tariklah Rin sekali.. Rin dah tak nak hidup lagi..." Makin lebat air mata Arin membasahi pipi.
Edrea menatap sayu pada sepupunya. Dia pandang suaminya, lalu Cal mengangguk. "Pergilah,"
Kekuatan dikumpul sebelum Edrea merungkaikan pelukan. Mendekati Arin, Edrea labuhkan duduk di atas tikar. "Arin..." Serunya. Dia tahu Arin masih tidak sedar akan kehadirannya.
Arin berpaling. "Rea..." Lantas, Edrea memeluk tubuh ramping itu. Air matanya juga serta merta jatuh. Dia faham perasaan Arin kerana dia pun pernah mengalami yang sama.
Dan dia juga tahu, Arin tak pernah merasai pengalaman sebegini. Ketika arwah Pak Long meninggalkan pun, Arin dan Edrea masih kecil. Tak tahu apa-apa.
"Rea...aku dah tak ada sesiapa dalam dunia ni... Aku nak mati."
"Kau ada aku, Rin... Kita kan sepupu dan sahabat dunia akhirat. Aku akan sentiasa ada untuk kau."
"Tolong ampunkan dosa yang mama dah buat pada kau, Rea... Aku tahu kau sakit sangat masa tu. Dan bertapa bodohnya aku, aku biarkan kau kena pukul, kena halau. Aku manusia paling tak guna! Maafkan aku, Rea.." Arin eratkan lagi pelukan mereka.
"Aku dah lama maafkan Mak Long. Kau pun tak pernah buat salah dengan aku. Aku tahu kau dah cuba sedaya upaya untuk tolong, tapi nak buat macam mana...benda dah jadi. Aku tak pernah salahkan kau." Kepala Arin yang ditutupi sehelai tudung bawal, Edrea usap. Lembut.
Memaafkan memang mudah. Tapi untuk melupakannya tersangatlah payah. Kata-kata maaf memang senang dilafazkan. Sesiapa saja mampu menuturkannya. Namun, tak semua mampu melupakan momen-momen tersebut. Edrea bermonolog dalaman.
"Aku nak ikut mama aku..."
"Aku ada dengan kau." Mata yang terpejam, Edrea buka. Maka, baru nisan yang tertera nama ibunya kelihatan di tepi makam arwah Mak Long.
Ya Tuhan...
Aku faham, Rin. Sebab dulu aku pun fikirkan hal yang sama.
"Dengan siapa lagi aku nak bermanja lepas ni, Rea? Dengan siapa lagi aku nak mengadu? Mama aku dah tak ada!"
"Aku kan ada. Sentiasa akan ada untuk kau. Bila-bila masa yang kau perlukan."
"Aku tak sangguplah kehilangan mama aku."
"Aku pun tak sanggup kehilangan kau. Kau satu-satunya kawan baik aku. Sepupu aku. Aku dah hilang 'seorang kawan', aku tak nak hilang kau pula." Cukuplah dia hilang seorang. Dia tak mampu untuk hilang seorang lagi.
YOU ARE READING
BAYANG RAHSIA
Mystery / Thriller" Memaafkan memang mudah. Tapi untuk melupakannya tersangatlah payah." Girzelle Edrea, namanya tidak seunik alur cerita yang telah Ditulis. Gadis polos itu bagaikan burung yang dikurung di dalam sangkar. Tambahan pula setelah peristiwa 2 tahun lepas...