BAB 6

92 8 0
                                    

EDREA menunduk, menatap kaki sendiri yang berbalut stoking. Cal meninggalkannya di ruang sofa bersama lelaki-lelaki yang langsung tidak dikenalinya kerana pergi menjawab panggilan seseorang.

Dia takut melihatkan wajah mereka. Bagaikan mahu di telan saja dirinya ini. Adakah mereka tidak senang dengan kehadirannya di sini?

" Ehem," Deheman seorang lelaki berusia membuatkan Edrea mengangkat wajah. Pandangannya terus bersambung dengan lelaki tua itu.

" Apa nama kamu?" Soal lelaki yang merupakan datuk kepada Cal dengan nada serius. Tajam matanya menikam mata coklat milik gadis bertentangannya itu.

" Edrea," Tutur Edrea sepatah. Dia melirik sesaat pada yang lain sebelum menoleh kembali. Kenapa seram sangat muka dia orang ni?!

" Apa niat kau datang sini?" Giliran Raykarl pula menyoal. Sedingin kutub ais

Edrea tidak mampu membalas. Ditunduk saja kepalanya menatap karpet. Mana si Cal ni? Dia sudah tidak mampu menahan suasana yang tersangat canggung sekarang ini.

" Rampas harta?" Ujar Luqman yang sedang duduk di antara Raykarl dan Xian.

" Saya..."

" Hahahahahahaha! Tolonglah! Aku dah tak tahan tengok muka blur dia!" Cantas lelaki berbangsa Cina itu. Ketawa yang dihamburkannya mampu didengari sehingga ke dapur. Terhibur dengan reaksi polos gadis itu.

" Ish, kau ni. Baru je nak in action." Bahu Xian ditampar manja oleh Luqman. Kemain dia orang rancang untuk menjalankan prank kepada gadis yang dibawa pulang Cal setelah diberitahu beberapa minit sebelum mereka berdua tiba. Sekali dengan Tuan Qaid ikut serta. Tapi prank gone wrong. Tak pasal-pasal dah terkantoi.

Edrea jelas tidak menangkap apa-apa. Dia pandang satu persatu wajah yang berada di situ.

" Maaflah, kami saja nak berlakon. Bukan selalu ada orang baru datang rumah. Jadi, nama kamu Edrea? Umur berapa?" Kata Tuan Qaid setelah penat ketawa. Lucu juga drama sebentar tadi.

" 24." Jawab Edrea. Tenang sudah dirinya saat mengetahui perkara sebenar. Ish, buat terkejut orang sajalah! Baru saja hendak merancang untuk lari dari sini.

" Uishh! Muda lagi. So tengah study lah sekarang ni?" Soal Raykarl ingin tahu. Nampaknya gadis ini hanya tua dua tahun dari adiknya yang kini masih melanjutkan pelajaran.

" Tak. Dah berhenti 2 tahun lepas sebab.... hal keluarga."

Tuan Qaid, Raykarl, Luqman dan Xian mengangguk faham.

Melihatkan wajah raut wajah Edrea, Tuan Qaid terus berkata, " Mesti kamu penatkan? Pergilah berehat dekat atas. Kak Yam ada tu tengah siapkan bilik untuk kamu. Panggil saja dia, ya? Jangan malu-malu pula. Buat saja macam rumah sendiri." Semakin menebal perasaan malu dalam diri.

" Pergilah naik. Malam karang ada majlis, jadi pergilah rehat dulu. Kang rebah tengah orang ramai, tak ada sapa nak angkat. Berat!" Seloroh Xian. " By the way, nama saya Xian. Nama panjang, Lee FengXian. Nak panggil Xian boleh, Feng boleh. Kalau abang pun boleh!" Laju Xian memperkenalkan diri. Laju mengalahkan cheetah!

" Aku Luq dan ini Ray. Tak payah ber'abang' atau ber'encik'. Panggil nama saja." Edrea mengangguk perlahan.

" Terima kasih sebab bagi saya tumpang di rumah ini." Ucapan terima kasih ditujukan pada Tuan Qaid.

" Kalau nak duduk selama-lamanya pun boleh. Lagipun bolehlah Tok Daddy merasa ada cucu perempuan selain dari Sha." Sha, atau nama panjangnya Raysha. Adik kepada Raykarl.

Edrea mengulumkan senyuman pada Tuan Qaid. Terasa dirinya disayangi walaupun bukan dengan datuk kandung sendiri. Alangkah indah jika dia berpeluang merasai kasih sayang daripada datuk dan nenek kandung sendiri.











SEJADAH dilipat dua lalu disangkut pada penyidai yang telah disediakan. Begitu juga dengan telekung yang dipakainya.

Rambut perang Edrea, disebak ke belakang. Baju kurung biru muda bercorak bunga-bunga kecil yang terdapar pada katil itu direnungnya. Baju ini dihantar oleh Kak Yam sebelum dia solat Maghrib tadi.

Katanya Tuan Qaid yang menyuruh Edrea mengenakan baju tersebut. Sama seperti selendang putih disamping baju kurung itu.

Satu hal yang membuatkan Edrea hampir sebak adalah Tuan Qaid turut menyediakan stoking dan handsock bersih bersama. Mungkin Tuan Qaid perasan akan dirinya yang memakai itu.

Sumpah! Dia akan ingat jasa baik keluarga ini.

Tok! Tok! Tok!

Mendengarkan ketukan tersebut, Edrea segera mencapai tuala yang berada berdekatannya sebelum membuka pintu. Wajah Kak Yam menjengah ke penglihatannya.

" Kenapa Kak Yam?"

" Nah," Beg kertas berukuran besar dihulurkan kepada Edrea.

" Apa benda ni?" Huluran itu disambut baik.

" Entah, Encik Cal suruh bagi. Kak Yam turun dulu. Nak sambung buat kerja dekat dapur." Edrea mengangguk seraya tersenyum. Setelah Kak Yam menghilang, Edrea terus mengatup pintu bilik itu.
Sofa yang terdapat di dalam bilik ini menjadi tempat Edrea menghenyakkan punggung. Beg plastik itu langsung dibukanya. Terlopong mulutnya saat menyaksikan objek-objek yang berada di dalamnya.

" Kenapa Cal bagi pula ni? Dah lah mahal!" Satu persatu produk penjagaan wajah dikeluarkan. Ada juga beberapa alat solek dan krim sapu untuk meredakan parut.

Hendak dipulang semula, buatnya Cal fikir dia memilih pula. Jadi terima sajalah. Nanti dia akan ucapkan terima kasih pada lelaki itu.

Jam dinding dikerling. Alamak! Cepat-cepat Edrea bangun dan menuju ke katil untuk bersiap-siap.

Baju kurung biru muda bercorak bunga-bunga kecil yang setona dengan selendang, selamat tersarung di tubuhnya.

Warna biru. Itulah warna kegemarannya sejak dahulu. Warna yang lembut dan menenangkan seperti merenung langit dan lautan.

Dikemaskan sedikit selendang di kepalanya. Dia hanya melilitnya biasa, cuma dipastikan labuh melepasi paras dada. Selesai, stoking dipakaikan ke kaki sebelum dia mengatur langkah untuk turun ke tingkat bawah dan bergerak ke dapur.

" Kak Yam nak Rea tolong apa-apa tak?" Soal Edrea pada Kak Yam, pembantu rumah di sini.

" Dah pakai lawa-lawa, tak akanlah nak masuk dapur. Pergilah duduk luar." Sos blackpaper yang telah siap, dituangkan ke dalam mangkuk. Menu malam ini adalah berasaskan masakan Melayu dan juga Barat.

" Lawa? Rea pakai baju kurung saja ni. Bukannya pakai dress cuci lantai tu. Meh sini. Biar Rea hidangkan dekat luar." Mangkuk besar itu dirampasnya lembut. Walaupun baru petang tadi mereka bertemu, Edrea sepertinya sudah terbiasa berbual dengan Kak Yam. Mungkin kerana hanya Kak Yam saja perempuan yang ada di rumah ini.

" Haih..." Tergeleng-geleng kepala Kak Yam. Dia menyambung menyusun sayur-sayuran di atas meja pula.

Seusai semua hidangan sudah terhidang di atas meja ruang makan, Edrea membuat keputusan untuk mengambil angin diluar. Semakin ramai tetamu yang hadir membuatkan dia mulai naik segan.

Selipar sandal disauk ke kaki sebelum Edrea menghampiri kerusi yang berada di taman. Cantik sungguh taman ini dengan dihiasi lampu-lampu.

Angin malam dihirupnya dalam. Tenang. Kepala di dongakkan ke atas bagi menyaksikan cakerawala yang bertaburan di langit malam. Cantik sungguh ciptaan Tuhan.

" Nampaknya Rea masih sama macam dulu. Suka sangat tenung bintang." Sampuk satu suara garau menyentakkan Edrea.

Mulut Edrea terlopong luas. Bagaikan tidak percaya apa yang sedang terhidang di hadapan matanya sekarang ini.

Adakah ini mimpi?
















BAYANG RAHSIA Where stories live. Discover now