SELESAI melakukan kerja, Edrea menutup alat elektronik yang digunakan untuk mengarang imaginasinya. Dari posisi berbaring di atas katil, Edrea ubah kepada duduk bersila.
Sejujurnya dia masih teringatkan pertemuannya dengan Kai petang tadi. Pelbagai perasaan bercampur baur diminda. Sungguh dia tak pernah menyangka yang kawan baiknya sendiri, sanggup tikam belakangnya. Sakit. Sakit sangat.
Kai dan Arin. Dua manusia inilah kawan yang paling rapat dengannya semasa dia melanjutkan pelajaran beberapa tahun yang lepas sebelum dia berhenti. Malah, arwah ibu juga mengenali Kai kerana sudah beberapa kali Edrea dan Arin mengajak Kai melawat kampung memandangkan jejaka itu lahir di negara luar dan membesar di sana sebelum pulang ke negara kelahiran bapa jejaka itu.
Teringatkan momen-momen mereka bertiga dikampung, perasaan rindu pada tempatnya membesar tiba-tiba menjengah. Paling rindu, sudah tentunya belaian kasih arwah ibu. Namun malangnya, dia tak sempat melihat ibu buat kali terakhir. Dan dia... tak dapat cium ibu. Peluk ibu.
"Rea rindukan ibu..." Rintihnya perlahan. Setitik air mata yang jatuh, diseka.
Setelah itu, Edrea membuka laci rak disebelah katil lalu mengeluarkan satu kotak. Rantai leher pemberian ibu dikeluarkan lalu ditilik. Edrea hanya menyimpan objek itu tanpa memakainya bukan sebab dia tak suka. Tetapi setiap kali melihat rantai leher itu, dia pasti teringatkan kejadian dirinya dan ibu 'dihabiskan' oleh Mak Long.
Edrea menggengam kemas rantai leher itu. Mata turut menjadi tajam. Mak Long...
Manusia yang dah merosakkan hidupnya.
Manusia yang dah membuatkannya kehilangan ibu. Hilang segalanya.
"Sayang?" Sapaan suaminya menyentakkan Edrea daripada hanyut dengan perasaan negatif yang tanpa disedari menjengah otaknya. Istighfar dibaca beberapa kali sebelum dia angkat wajah memandang Cal yang melangkah masuk ke dalam bilik tidur mereka dan mendekatinya.
Senyuman, Edrea ukirkan.
"Kenapa tak tidur lagi?" Cal bertanya seraya melabuhkan duduk di birai katil.
"Tengah menulis tadi sampai tak perasan dah pukul 11." Balas Edrea.
Cal pandang rantai emas ditangan isterinya. "Kenapa tak pakai?"
"Sayang... Ni satu-satunya pemberian ibu yang ada pada Rea." Tidak menipu, tapi ini alasan kedua. Bukan yang pertama.
Ibu? Edrea tak pernah pun ceritakan tentang keluarganya pada Cal. Pasal Irvanz tolak tepi sebab Cal dah tahu.
"L tak pernah pun cerita dekat abang tentang keluarga L." Ucap Cal. Berharap sangat Edrea ceritakan padanya.
"Apa yang abang nak tahu?" Rantai emas itu, Edrea simpan kedalam kotak kembali.
"Everything."
"Arwah ayah meninggal masa Rea umur 8 tahun. Ibu dengan mak sedaralah yang jaga Rea sejak dari tu. Tapi beberapa bulan lepas, ibu pulak tinggalkan Rea." Tak tunjuk riak sedih, malah Edrea tersenyum.
"Keluarga abang?" Sambung Edrea lagi. Dia pun tak tahu tentang keluarga mertuanya.
"Mommy dan Daddy menetap di US. Tapi mereka hantar abang ke sini untuk temankan Tok Daddy masa abang sekolah menengah." Kata Cal.
Edrea menganggukkan kepala sambil mengusap-usap kotak ditangan.
"L rindukan arwah ibu dan ayah? Nak balik kampung ziarah kubur dia orang?" Cal bertanya.
"Tipulah kalau kata tak rindu. Tapi... Rea tak nak balik kampung dah. Cukup doakan mereka dari jauh." Suara itu semakin kendur.
Cal tahu kenapa Edrea tak mahu pulang ke kampung lagi kerana dia pernah terdengar perbualan Edrea dan Irvanz sebelum ini.
YOU ARE READING
BAYANG RAHSIA
Mystery / Thriller" Memaafkan memang mudah. Tapi untuk melupakannya tersangatlah payah." Girzelle Edrea, namanya tidak seunik alur cerita yang telah Ditulis. Gadis polos itu bagaikan burung yang dikurung di dalam sangkar. Tambahan pula setelah peristiwa 2 tahun lepas...