MM 33

278 33 4
                                    

STRETTT ..

Kerusi disebelah hadapan Iris di tarik. Baru saja di mahu melabuhkan punggung , satu suara menghentikan pergerakannya.

" I'm sorry sir. This chair is not available. Thank you. " ucap Iris tanpa mengalihkan pandangan daripada telefon bimbitnya.

Jeda.

Sekali lagi suasana di tempat mereka senyap seketika. Suara disekeliling mereka bagaikan tidak kedengaran , mereka berdua seolah-olah berada dalam dunia mereka sendiri.

" Iris Afya ! " Keras tutur kata Alyssa.

Bengang melihat perangai sepupunya itu. Entah apa yang merasukinya untuk berkelakuan sebegitu.

" It's okay , Alyssa. I boleh duduk dekat situ. " putus Nawfal tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Kerusi disebelah hadapan Alyssa ditarik. Mereka berdua berbual-bual tanpa sehingga pesanan mereka sampai. Dalam diam Nawfal mencuri pandang ke arah Iris.

Iris hanya mempedulikan Alyssa serta Nawfal yang sedang berbual. Dia hanya berpura-pura menyibukan diri dengan bermain telefon. Sedangkan dia sudah bosan asyik meng ' scroll ' Instagram dan juga Twitter.

Akhirnya , dia membuat keputusan untuk pergi ke tandas sebentar.

STRETTT ..

" kau nak pergi mana Fya ? " soal Alyssa.

" Ha ? Oh Aku nak pergi restroom kejap. " ucap Iris dan terus berlalu.

Keadaan cafe yang agak lengang membolehkan Rayyan duduk sebentar dengan rakan-rakannya.

" Sorry guys , customer ramai pulak hari ni. "

" Nah , tak de hal lah. By the way , Aku ada benda nak minta tolong ni. Especially , you Alyssa. " Nawfal memulakan kata aluan.

" Okay , apa yang you nak suruh I tolong ? "

" I nak you tolong pujuk Iris untuk keluar dinner hujung minggu ni. Please .. " rayu Nawfal.

" Nampaknya , kau dah pikirkan apa yang Aku cakap tadi. Bagus-bagus. Aku akan sokong kau dari belakang. "

" Harus lah. Tak tahan Aku asyik hadap muka dingin dia 24 jam. Uishh , takut aku " gurau Nawfal.

" Wait , wait. Apa yang you guys cakapkan ni ? I tak faham. " celah Alyssa.

" Oh , actually I ada salah faham sikit dengan Iris. Dia merajuk may be , I tengah buat plan lah ni nak pujuk dia. So , Alyssa please pujuk dia untuk join dinner Tu nanti. " terang Nawfal ringkas.

" Alright ! Tapi , you kena belanja I makan nanti "

" Boleh , yang penting dia tak tahu ini semua plan I " syukur Alyssa mahu membantunya.

" Nanti aku roger korang plan seterusnya. " putus Nawfal sebelum menukar cerita sebaik saja melihat kelibat itu.

Rayyan tersenyum melihat gelagat rakan-rakannya. Kelibat Iris yang keluar dari bahagian belakang membuatkan hatinya terdetik sesuatu.

' Iris , kau akan menangis sebab lambat sedar semuanya tentang Nawfal. Moga semuanya baik-baik saja. ' senyuman nipis diukirkan.

Iris terpaksa duduk disebelah Nawfal bila mana Rayyan duduk ditempatnya iaitu disebelah Alyssa.

Tiga pasang Mata memandang ke arah Iris. Sedar akan pandangan itu dia mengangkat wajahnya.

" Apa yang korang tengok ni ? " teguran Iris membuatkan mereka tersedar lalu berpura-pura memandang ke arah lain.

" Ha ? Err .. tak , tak de apa. Okay lah aku sambung kerja balik , ada customer baru masuk tadi. " Rayyan melarikan diri dari di soal.

MISTER MEOW ©Where stories live. Discover now