" Okay , erm.. guna aku-kau senang sikit kan? " Nawfal memandang mereka berdua. Anggukkan itu membuatkan dia meneruskan kembali apa yang mahu diucapakan.
" Aku bawak korang ke sini sebab nak tunjuk satu benda. Jadi, jom ikut aku ke aras bawah tanah " mereka semua berjalan menuju ke aras bawah tanah.
Suasana yang gelap dan suram membuatkan Arfan dan Irhas berpandangan. Perjalanan mereka terhenti di hadapan satu pintu besi.
CLAK !
Selak dibuka.
Bau hanyir darah membuatkan Arfan dan Irhas berasa loya. Bagi Nawfal , ia hanya perkara biasa.
Mereka berhenti di bawah satu lampu di mana terdapat seorang lelaki yang sedang diikat pada kerusi tersebut.
Lelaki itu dalam keadaan cedera parah. Kakinya luka besar pada bahagian betis sehingga menampakkan daging. Mukanya pula dipenuhi dengan lebam.
" Ipan , apa kau buat ni?! " Irhas bersuara dengan kuat.
Nawfal memandang lalu dia membuat isyarat supaya senyap. Dia mengarahkan dua anak buahnya supaya memegang tangan ' sampah ' itu.
Irhas yang mahu mara ke arah Nawfal dihalang oleh orang kanan Nawfal.
Meja disebelah itu , tersusun pelbagai jenis pisau serta senjata lain. Dari yang kecil sehingga yang besar. Dia membuat pilihan untuk memilih pisau yang paling kecil.
Mangsanya dituju.
" Kenapa kau kacau family Tan Sri Amran? " Nawfal menyoal lelaki itu sambil memutar-mutarkan pisau yang berada di tangannya.
" Ak-aku tak boleh cakap " balasnya lemah.
Senyuman sinis ditayangkan.
" Aku tanya soalan senang pun kau tak boleh jawab ke?! " Nawfal mula bertindak menoreh wajah lelaki itu dari pipi hingga ke dagu.
" ARGHH !! Sakitttt !! To-tolong lepaskan ak-aku " rayuan lelaki itu tidak diendahkan.
Dari pisau kecil , dia mengambil kapak lalu di hayun ke kaki ' si sampah '.
KTAKK !
Bunyi tulang patah membuatkan Arfan dan Irhas menggeliat kegelian.
" ARGHHH !! "
Nawfal sudah mula mahu bertukar dari King of Engle kepada Monster Of Engle. Sekiranya Nawfal berada di dalam fasa itu , sesiapa yang menghalangnya turut menjadi mangsa.
" Last Aku tanya , kenapa kau kacau family Tan Sri Amran? "
" Ak-aku kacau di-diorang sebab Amran tak guna tu dengan keluarga dia , hidup atas HAK Aku lah bodoh !! " jeritan lelaki itu bergema di setiap sudut bilik itu.
Arfan tersentak. Benarkah selama ini mereka hidup di atas HAK lelaki itu. Dia bergerak ke arah lelaki itu. Irhas yang menghalang laluannya di tolak ke tepi.
" HAK apa yang kau cakap ni ha?! " soal Arfan keras.
" siapa kau dengan kami? macam mana kau kenal papa aku?! Baik kau cakap !! " giliran Arfan pula yang mengambil alih tempat Nawfal.
Kapak itu di hayun pada sebelah lagi kaki lelaki itu. Darah memancut keluar dengan banyak.
" ARGH !! " jeritan kembali kedengaran.
Nawfal hanya membiarkan Arfan membuat penyeksaan ke atas ' sampah ' itu. Dia menyuruh anak buah Nawfal memegang kedua belah tangan lelaki itu dengan kuat.
Gunting di meja diambil. Dia mengeluarkan lidah lelaki itu. Gelengan darinya tidak dipedulikan. Dia terus memotong lidah itu sehingga darah mengalir dengan lebat.
YOU ARE READING
MISTER MEOW ©
Romance[ Book 1 ] #mistermeow 📌 Status : Completed 📌 BELUM DI EDIT . Tengku Irfan Nawfal, seorang ketua mafia yang sangat digeruni oleh kumpulan-kumpulan mafia yang lain. Dia seorang yang kejam, namun dihatinya terdapat sebuah taman bunga...