MM 34

247 29 3
                                    

Mereka bergelak ketawa sehingga tidak sedar bahawa mereka hampir melanggar pengunjung di gallery itu.

" Hati-hati !! " Jerit Eqram lalu memaut pinggang Iris daripada terjatuh.

Iris kaku.

Mata Hazel Eqram terlalu memukaunya. Wajah mereka terlalu dekat sehingga Iris boleh mendengar bunyi helaan nafas lelaki itu.

" M-maaf Cik. Saya tak sengaja. " suara itu mengembalikan mereka ke alam realiti.

Pengunjung itu meminta maaf lalu pergi meninggalkan mereka berdua.

" Ehem " Eqram berdehem sambil mengusap belakang tengkuknya untuk mengurangkan Rasa kekok.

Iris pula membetulkan baju serta beg sandangnya. Dia meneruskan perjalanan ke kioks tadi dan berpura-pura tidak tahu apa yang terjadi.


###


Dup. Dap. Dup. Dap.

Kenapa dengan jantung Aku ni ?! Laju lain macam je. Fuhh ! Tenang Iris , buat saja macam tiada apa yang berlaku.

Mata hazel dia terlalu memukau gadis yang melihat termasuk dirinya. Ditambahkan pula dengan warna kulitnya yang maskulin menampakkan dia lebih kacak dan berkarisma.

PAP !

Dahinya di pukul untuk menghilangkan bayangan wajah Inspector itu.

' Kenapalah Aku asyik teringat part tu. ' bebel Iris , dia marah akan kelalian dirinya sehingga menyebabkan kemalangan yang tidak di jangka itu.

" Cik Iris ! Puas saya cari Cik tadi. " tegur satu suara.

" Oh , awak Kimi. Kenapa cari saya ya ? "

" saya cuma nak pesan , barang yang Cik Iris nak saya dah letak dekat kaunter. " balas Kimi dengan senyuman.

" Alright , thanks. saya ke sana sekarang. " Iris berjalan ke arah kaunter pembayaran untuk membuat bayaran atas barang yang di pesan sebentar tadi.

Selesai membayar , dia meminta pekerja lelaki di kioks itu untuk meletakkan barangan lukisannya ke dalam but kereta.

Dia pergi ke bilik pejabat Mia untuk mencari Alyssa. Hari sudah lewat petang , jadi dia perlu pulang ke rumah.

TOK ! TOK !

" masuk ! " Laung Mia dari dalam pejabat.

CAK ! Iris mengintai rakannya di sebalik pintu.

" Afya ! Masuk lah cepat , Aku ada benda nak tanya ni. " gesa Mia.

Alyssa pula menarik Iris yang berada di nuka pintu untuk duduk di sofa yang disediakan.

" Oit .. oit .. Cuba bawak bersabar. Korang ni nak tanya apa ? Buat suspen Aku je. " geram Iris.

" Okay , macam ni .. siapa lelaki hensem berbadan sado yang berbual dengan kau tadi ? " soal Mia ingin tahu.

Baru saja Iris ingin menjawab pertanyaan Mia , Alyssa pula memotong percakapannya.

" Habis tu Nawfal kau nak letak mana weh ?! " soal Alyssa dengan nada hampir meninggi.

" Jap , jap. Aku tak faham lah , lelaki ? Lelaki mana pulak ni ? " Sungguh dia bingung. Sudah lah di serang dengan pelbagai soalan.

" SERIOUSLY KAU LUPA ?! " jerit Alyssa dan Mia serentak.

Iris sudah menutup kedua belah telinganya menggunakan tangan. Sesudah reda baru lah dia melepaskan.

MISTER MEOW ©Where stories live. Discover now