MM 26

269 34 8
                                    

" ABANG ! " Izhan menjerit saat melihat gerangan yang membuka pintu bilik pejabat itu.

" Iz ! Lama tak jumpa " mereka bersalaman dan berpelukan. Walaupun mereka hanya sepupu , tetapi disebabkan kekangan masa mereka susah untuk bersua muka.

Mereka berbual-bual mengenai hal-hal semasa. Pada ketika itu , dia teringat akan kanak-kanak yang bernama Lee Kyung Woo tadi.

" Iz , kau kenal ke dengan Lee Kyung Woo? " tanya Nawfal ingin tahu.

" Oh , Kyung ke? Dia selalu jugak datang sini. Tapi mak dia duduk dekat cafe je , kalau dia dah penat nanti dia cari kat sana. Kadang mak dia tinggalkan dia kat sini kalau ada urusan penting. Kiranya dia dah jadi pelanggan tetap dekat sini lah. Ha kenapa abang tanya ni? " Izhan menerangkan dengan panjang lebar.

" Tak adalah. Abang ada bagi satu kucing kat dia free of charge. So , kalau orang lain nak Beli dia jangan pula kau bagi. " Nawfal memberi amaran sebelum berjalan ke arah pintu.

" Abang bagi kucing yang mana? " Jerit Izhan sedikit kuat.

" Abang bagi Mochi dekat dia. Ingat , jangan lupa pula." Nawfal terus keluar dari pejabat menuju ke tempat anak-anaknya.

###

" Miko ! Rindunya papa dengan kamu ni.. " kucing yang bernama Miko di angkat lalu dia melagakan kepalanya dengan kepala kucing itu.

Miko dikucup rindu. Sudah lama dia tidak memeluk tubuh gebu itu. Dia melepaskan rindu pada kucing kegemarannya. Bukan itu sahaja , dia turut melakukan perkara yang Sama pada kucing-kucingnya yang lain.

Sebaik sahaja dia melepaskan rindu , dia mengambil Miko untuk di bawa ke tempat makan. Miko di belai-belai manja sambil menikmati makanan.

Apabila Miko sudah kenyang , dia tidur di peha Nawfal. Sedar tidak sedar , Nawfal mula melupakan apa yang terjadi pada tengah hari tadi.

Namun , semuanya hanya seketika bila mana dia mendapat panggilan dari seseorang.

KRINGG !

Panggilan di angkat.

" Hello ? "

" Nawfal , Afya ada dengan kau ke ? " tanya lelaki itu di dalam panggilan.

Jantungnya tiba-tiba sahaja berdegup kencang saat lelaki di dalam panggilan itu menyebut sebaris nama itu.

" Hello ? Nawfal ? Hello ? " panggilan dari sebelah sana menyentak lamunannya seketika.

" Ha. ya , ya ? Kenapa bang ? Saya tak ada dengan dia sekarang ni. " soal Nawfal semula.

" Mama kata dia tak balik lagi dari tengah hari tadi. Kut lah kau ada dengan dia. Hm , ada apa-apa yang jadi di luar pengetahuan Aku ke? " gaya Arfadz bertanya saja sama seperti Arfan menyoal musuhnya. Mungkin genetik kembar yang menyebabkan mereka mempunyai sikap yang hampir sama.

" Tak ada apa yang jadi pun. Tak apa lah , saya cuba call dia lagi and cari dekat tempat-tempat yang dia selalu pergi.

" Alright , apa-apa hal jangan lupa Inform aku. " pesan Arfadz sebelum mematikan panggilan.

Titt..

' Iris.. where. are. you. ? ' gumam Nawfal.

Dia keluar dari cafe itu tanpa memberitahu Izhan. Jaket dan juga helmet di pakai. Kunci di pusing kan , enjin motornya berderum kuat sebelum meninggalkan cafe itu.

###

Langit hampir gelap , mungkin disebabkan matahari hampir terbenam mungkin juga disebabkan awan mendung yang akan menurunkan hujan untuk menyembah bumi.

MISTER MEOW ©Where stories live. Discover now