MM 2

647 54 10
                                    

Hampir setengah hari di kolej. Iris keluar dari dewan kuliah lalu menuju ke cafe. Baru saja beberapa langkah dia keluar dari kelas, satu laungan membuatkan Iris terhenti.

" Afya ! " panggilan itu membuatkan Iris terhenti daripada meneruskan perjalanan.

Pusing sahaja ke belakang, Iris terkejut dan terkaku. Dia , dia lah lelaki yang telah mematahkan hatinya serta memainkan perasaannya.

Mikhael Benjamin. Sebaris nama yang ingin dia lupuskan dari kotak fikirannya. Susuk tubuh yang sangat ingin dia balun sampai lunyai .

Tapi, bagus juga bila dia dah tunjukkan perangai sebenarnya sebelum kami ke alam perkahwinan.

" Sayang , I'm sorry dear. Perempuan itu hanya rakan sekuliah sahaja, tak lebih dari tu. Please sayang .. mummy marahkan I sebab you nak putuskan pertunangan kita. " Rayuannya hampir saja membuatkan Iris lembut hati tapi cepat-cepat diingatkan tentang apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu.

" Sorry I dah tak nak ada apa-apa relationship dengan you. Mana pergi perempuan hari tu? Huh siap bersayang-sayang bagai. Ini lah lelaki dasar tak cukup satu. " Sembur Iris.

Kata-kata gadis di hadapannya ini memang tepat mengenai batang hidungnya. Dia sudah bertunang dengan Iris Afya tapi dalam masa yang sama dia bersama Qistina Amelia.

" Sudah , ke tepi I nak balik. " Halau Iris.

" Sayang , I'm really sorry. Please I tak mampu nak hidup tanpa you. " rayu Mikhael Benjamin lalu memaut lengan Iris.

" Hei ! Lepaslah Mikha ! " jerit Iris bila Mikhael bertindak menyentuhnya.

Tengku Irfan Nawfal's POV.

" Hei ! Lepaslah Mikha ! " Jeritan itu mengalihkan perhatian Nawfal dari menghadap iPhone 6+ nya.

Terlihat si lelaki mulai bertindak kasar, Nawfal berjalan cepat menuju ke tempat pergaduhan itu.

" Bro, tak gentle lah berkasar dengan perempuan. " Teguran itu membuatkan Mikha Naik berang.

" Eh kau siapa nak menyebok hal aku? " Soal Mikha geram.

" Aku .. "

" Dia pengganti you, kenalkan Boyfriend I " potong Iris sebelum sempat Nawfal menghabiskan Kata-katanya. Iris membuat isyarat mata kepada Nawfal.

" Err ya. Aku boyfriend dia, Irfan Nawfal. " Intro Nawfal sambil menghulurkan tangan.

" You jangan nak tipu I Fya. Sampai hati you buat I macam ni .. I ni tunang you , you tau tak?! " kata-kata Mikha sudah naik satu okta.

' what? Tunang? Gila apa minah ni dah ada tunang tapi kenalkan aku as a boyfriend dia. Inilah perempuan dah dapat yang helok still nak cari lain. ' kata Nawfal di dalam hati.

" Sorry sikit. Pembetulan okay, ex tunang. You buat hal I pulak yang kena tanggung. Dasar jantan tak guna. Pergi sana jangan ganggu hidup I. " Tembak Iris.

Iris bergerak ingin berlalu , tapi sekali lagi tangannya di rentap dari arah belakang.

" Fya sayang, please kita mula semula. I janji akan berubah. " Pujuk Mikha tanpa rasa bersalah untuk berjanji sedangkan sudah banyak yang telah ditabur.

MISTER MEOW ©Where stories live. Discover now