Kelas hari ini bermula pada jam 9. Tetapi , Iris keluar daripada rumah pada jam 6.30 pagi. Tanpa sarapan , tanpa berjumpa dengan ahli keluarganya.
Dia membawa keretanya tanpa hala tuju. Lampu hijau dia jalan , lampu merah dia berhenti. Orang belok dia belok , orang terus dia terus. Normal ke macam tu?
Tapi , pemanduannya terhenti di satu tempat. King Cafe. Dia keluar dari kereta , lalu menuju ke arah cafe itu. Sebelum dia masuk , dia sempat mengunci pintu kenderaannya.
' cafe apa ni ? ' detik hati Iris.
King Cafe di tubuhkan untuk pencinta kucing. Mereka boleh melawat , membeli serta berjumpa dengan vet yang ada di situ.
Tempat ini terbahagi kepada 2 iaitu satu bahagian cafe , manakala satu lagi bahagian klinik dan tempat untuk pengunjung datang bermain dengan haiwan itu.
Walaupun Iris seorang yang takutkan kucing , tetapi dia suka akan tempat-tempat sebegitu. Cantik dan yang paling penting.. simple.
Pintu cafe dibuka. Dia menuju ke kaunter untuk membuat serta mengambil pesanan sebelum duduk di salah satu tempat yang ada di situ.
Waffles dan hot latte menjadi menu untuk dia bersarapan pada pagi itu. Makanan yang masuk ke dalam mulutnya seperti tiada rasa. Mungkin di sebabkan dia tiada hati ingin makan tapi di sebabkan dia teringat pesanan mamanya.
PAK !
Iris terkejut bila dia di langgar oleh seseorang dari sebelah kanannya. Dia memandang wajah itu. Perkataan yang mampu keluar dari mulutnya ketika itu hanya satu. Comel.
Ya , kanak-kanak itu sungguh comel. Matanya yang sepet di padankan dengan kulit wajahnya yang putih kemerahan di tambahkan lagi dengan rambutnya yang berwarna hitam keperangan.
" I'm sorry miss " kata kanak-kanak itu sambil menunduk kepala memandang lantai.
Cute. Iris tersenyum. Kepala kanak-kanak itu di usap lalu dia berkata.
" Hey boy. It's okay. " sebaik sahaja dia berkata begitu , kanak-kanak lelaki itu mengangkat wajahnya.
" Chill , it's okay. Awak tak sengaja kan ? So , Where's your mom ? " soal Iris pelik bila melihat kanak-kanak itu berseorangan di situ.
" What should I call you ? Omma Ada work jadi dia tinggalkan saya dekat sini. " kata kanak-kanak itu.
" Erm you can call me kakak because I'm still student. Okay ? " dia menggosok lagi rambut itu.
" Alright ! " jerit kanak-kanak itu bersemangat.
" Have a sit , boy. " Pelawa Iris.
" Thank you " omg ! How cute this boy. Mata sepet-sepet nak ke mana?
" No problems. Awak nak makan apa-apa tak , order la kakak belanja. eh awak paham kan apa kakak cakapkan ni ? " tanya Iris was-was. Iyalah takut budak kecil ni tak paham apa yang dia katakan.
" Paham "
Mereka berbual-bual sambil menikmati makanan yang terhidang di depan mata. Sedang mereka berbual Iris terlupa akan sesuatu.
" Eh , kita tak kenalkan diri lagi kan? Rancak sangat berborak dengan awak. So , what is your name ? "
" My name is Lee Kyung Woo. What's your name , kakak ? " soal Kyung Woo dengan pelat.
" Okay , hai Kyung Woo. My name is Iris Afya. Nice to meet you " kata Iris lalu menghulurkan tangan untuk berjabat.
" Nice to meet you too " Kyung menyambut huluran tangan sambil mengukir senyuman yang tersangatlah comel.
YOU ARE READING
MISTER MEOW ©
Romance[ Book 1 ] #mistermeow 📌 Status : Completed 📌 BELUM DI EDIT . Tengku Irfan Nawfal, seorang ketua mafia yang sangat digeruni oleh kumpulan-kumpulan mafia yang lain. Dia seorang yang kejam, namun dihatinya terdapat sebuah taman bunga...