MM 42

256 29 11
                                    

Bilik itu sesungguhnya sangat kotor dan berbau hapak. Entah berapa lama sudah ditinggalkan pun dia tidak tahu. Bercakap tentang 'di tinggalkan' ini , meremang pula bulu romanya.

"Apalah bengongnya dia orang ni.. buka ikatan tangan tapi tak buka ikatan kaki. Then , pergi macam tu tanpa ikat balik? Yuks ! Baik aku je yang jadi penculik macam ni " bebel Iris.

Ikatan dikaki dibuka. Saat matanya jatuh pada pergelangan kaki dan tangan , nafas dihela. Redha bahawa ikatan itu meninggalkan kesan lebam pada kulitnya. Cahaya bulan dari luar yang masuk dari celah-celah kaca tingkap yang pecah itu menerangi sedikit ruangan bilik itu.

Dia bangun menuju ke arah pintu untuk mencuba nasib. Manalah tahu mereka terlupa untuk mengunci pintu , boleh juga dia menyusup keluar melepaskan diri dari ' teratak buruk ' mereka ini. Tombol pintu dipulas perlahan.

Tik !

" omg !!! " terjerit perlahan dia saat jangkaannya benar belaka tentang bahawa mereka semua ini baru sahaja belajar menculik. Pintu dibuka perlahan lalu dia menjengukkan kepala keluar.

Kosong!

Hehe.. Peluang hanya datang sekali , jadi janganlah kita mensia-siakannya.

Dia keluar dari bilik itu dengan perlahan-lahan lalu menutup kembali pintu itu supaya kehilangannya tidak dapat dikesan dengan cepat. Kaki melangkah menyeberangi bahagian-bahagian bilik yang bersebelahan dengan tempat dia duduki tadi.

Sambil mencari jalan keluar , dia meneroka tempat itu dengan senang hatinya. Mungkin perasaan risau tadi telah bertukar menjadi sedikit keberanian bila dia mendapat tahu bahawa mereka semua ini tidak lah terlalu cerdik dalam menjaga orang tebusan.

Dia berjalan melintasi satu bilik yang berpintu kayu. Baru hendak merasa bebas tiba-tiba dia terdengar satu suara yang sedang berjalan ke arah tempatnya. Tanpa berfikir panjang , pintu bilik berwarna coklat gelap itu dibuka. Lantas, dengan sepantas kilat dia menyembunyikan diri dibilik itu.

" fuhh! sempat pun. " bisiknya.

Telinga dirapatkan ke permukaan pintu bagi memastikan orang-orang itu pergi menjauhi tempat persembunyiannya. Lega hatinya apabila mereka sudah beredar. Baru saja dia hendak membukanya, dia dikejutkan dengan sepakan tin dari arah belakangnya.

Tung! Tang! Tung!

Perlahan-lahan kepala dipusingkan ke belakang, bulu romanya menegak apabila suasana seakan-akan sejuk dengan tiba-tiba.

Ma! Maphh--!

Dia terjerit tetapi sempat ditutup mulutnya menggunakan telapak tangan. Cahaya yang samar-samar menyukarkan pandangannya. Kaki bergerak perlahan menuju ke arah 'bayang' itu.

Matanya membulat besar melihat aapa yang disajikan didepan matanya. Gilakah penculik-penculik itu semua?! Can you guys see that?! Mereka di ikat dengan rantai besi. Manakala wajah mereka penuh dengan lebam-lebam dan juga luka.

Leher lelaki dan wanita itu disentuh untuk mencari denyutan nadi. Fuh! Lega kerana mereka masih lagi bernafas.

"pe-pergi!" halau lelaki itu keras.

"pergi minta pertolongan.. jangan sampai tertangkap." sampuk wanita itu pula dalam keadaan yang terlalu lemah.

" sa-saya.. baiklah. Saya akan cari pertolongan." janji Iris.

Dia bangun dari melutut, bersedia hendak berjalan keluar. Namun langkahnya terhenti saat terdengar butir bicara pasangan itu.

"Sa-sayangg.. I'm sorry. I tak dapat jaga you dengan baik.."

MISTER MEOW ©Where stories live. Discover now