MM 25

293 35 7
                                    

Nawfal jalani harinya di kolej seperti biasa. Hari itu , dia tidak mempunyai kelas pada sebelah petang jadi dia memilih untuk bertemu dengan ' anak-anaknya '.

Ketika hendak menghidupkan motornya , Rayyan datang menyapa.

" Nawfal ! " Panggil Rayyan sambil berlari anak ke tempat parking motor.

Dia mengangkat kepala memandang ke arah suara itu. Kening dijungkitkan tanda mengapa?

" Kau nak pergi mana lepas ni? " soal Rayyan.

" Pergi jenguk anak-anak Aku " balas Nawfal selamba.

PAP !

Bunyi sesuatu yang berat jatuh menghempaskan lantai menarik perhatian mereka berdua.

Mata tu. Penuh dengan kekecewaan. Gadis itu mengutip barang yang jatuh dan berpaling pergi tanpa kata.

Rayyan dan Nawfal saling berpandangan sesama sendiri.

•••


' hopefully hari ni Nawfal tak busy , boleh ajak dia outing ' bisik hati Iris.

Keluar dari Dewan Kuliah , Iris berjalan menuju ke cafe. Saat itu , matanya terpandang akan dua susuk tubuh di tempat parking motor.

Gotcha !

Alang-alang dah jumpa baik cakap terus , kan ? Iris berlari anak ke arah mereka yang ketika itu sedang rancak berbual. Sesudah hampir dengan tempat mereka , Iris memperlahankan langkah ingin membuat kejutan.

Semakin dekat dia dengan tempat mereka , apa yang di bicarakan menampar halwa telinga.

" Kau nak pergi mana lepas ni? " soal Rayyan.

" Pergi jenguk anak-anak Aku " balas Nawfal selamba.

PAP !

Fail serta buku rujukannya terlepas dari pegangan tangan.

Bunyi itu menarik perhatian dua lelaki yang sedang berbual di hadapannya. Matanya memandang ke wajah Nawfal yang tiada cacat celanya itu. Apa yang di rasakan ketika itu hanyalah satu.

Sakit.

Rasa dikhianati. Kenapa perasaan sebegini hadir di dalam hatinya?

Air mata yang hampir menitis jatuh dikesat cepat. Dia menunduk mengutip barang yang terjatuh di atas lantai itu.

Iris terus melangkah pergi tanpa memalingkan lagi wajahnya. Dia perlu menenangkan hatinya serta akal fikirannya yang sedang di timpa kejutan.

Kereta yang di parking berdekatan dengan bangunan utama kolej di tuju. Alat kawalan jauh di tekan untuk meng ' unlock ' keretanya.

Masuk sahaja ke dalam kereta , dia terus menghidupkan enjin dan berdesup pergi meninggalkan perkarangan kolej. Kini yang tinggal hanyalah asap keretanya.

" IRIS !! TUNGGU !! " Nawfal menjerit.

Kelibat kereta yang semakin jauh membuatkan dia memperlahankan larian.

" aw- awak dah sa-salah faham.. " tercungap-cungap Nawfal berkata.

###

Kereta di pandu melebihi had yang ditetapkan. Iris membelok di selekoh tajam dengan laju sehingga hampir menyebabkan kemalangan jalan raya.

'' Aku nak jenguk anak-anak Aku "

" Anak-anak aku "

Hanya sebaris ayat mempu membuatkan hati dan perasaannya tidak keruan.

MISTER MEOW ©Where stories live. Discover now