Jam baru menunjukkan pukul 8 : 15 p.m lagi 15 minit Alyssa akan datang mengambilnya di rumah.
Dress labuh di badan ditilik untuk kali yang ke berapa. Wajahnya di solek nipis kerana mukanya sudah sedia neutral beauty.
TOK ! TOK !
Ketukan di pintu mengejut Iris.
" Fya , Alyssa dah sampai dekat bawah ni. Cepat turun. " pesan Puan Sri Imanrose.
Purse di ambil. Kad pengenalan , lesen memandu serta beberapa kad credit dicek. Duit cash dalam rm 300 turut diselitkan ke dalam purse. Handphonenya di masukkan ke dalam purse.
' fuh ! Ngam-ngam je muat. ' setelah selesai dia keluar dengan berhati-hati menuju ke arah tangga.
Sampai di anak tangga yang terakhir , dia menjadi tidak selesa bila mana banyak mata yang sedang memerhatikannya. Iris berdehem bagi mengurangkan rasa janggal.
" lah kenapa tak gerak lagi ni ? Kata majlis mula pukul berapa tadi. " Celah Puan Sri Imanrose yang datang dari arah dapur.
Mereka yang lain mula tersedar lalu pura-pura membuat kerja lain. Ada yang menonton televisyen dan ada yang bermain telefon.
" Erm , mak ngah dan pak ngah. Kami mintak diri dulu ya ? " putus Alyssa.
" Iyalah , baik-baik memandu. "
Masuk saja ke dalam kereta , Alyssa memandang wajah Iris tanpa kelip. Iris pula tidak senang duduk , malu apabila asyik ditenung sedari tadi.
" Woi , kau nak gerak ke tak ni ? Pandang Aku apa hal ? Ada yang tak kena ke dengan Aku sampai kau pandang Aku macam nak telan ni ? " ucap Iris gusar.
Enjin kereta di hidupkan dengan kelam-kabut bila disergah sepupunya itu. Lotus Evora milik Alyssa keluar dari perkarangan rumah lalu mula membelah jalan raya. Hanya suara radio yang kedengaran.
Iris yang memandang keluar tingkap tidak di endahkan. Alyssa menghantar pesanan ringkas kepada Nawfal bahawa mereka sedang dalam perjalanan.
Hampir satu 30 minit perjalanan , Iris mula sedar yang mereka sedang berada di atas highway menuju ke pantai.
" Lyssa ? Kata nak pergi Majlis makan malam syarikat Pak Long ? Kenapa kit- "
" Ouh , jangan risau. Majlis Tu buat dekat hotel yang berdekatan dengan pantai " penyataan Alyssa sedikit sebanyak membuatkan Iris lega.
Sampai saja di hotel. Mereka masuk di ruang yang di sediakan. Alyssa pergi ke kaunter untuk menguruskan tentang meja makan mereka.
Decorasi yang terdapat di situ sungguh mengagumkan. Ditambahkan lagi dengan warna coklat cair yang seakan-akan keemasan menambahkan lagi seri ruangan itu.
" Fya , jom. Meja Kita dekat sana. " ujar Alyssa lalu berjalan ke arah meja yang sedikit jauh dari pandangan orang lain.
Semakin pelik Iris dibuatnya. Alyssa yang seperti cacing kepanasan itu sungguh membuatkan Iris Rasa hendak menghempuk-hempuk kepala sepupunya itu.
" Alyssa Dahlia ! Are you okay ? " soal Iris tegas.
" Erm , Fya.. Aku nak pergi restroom kejap. Kau order lah dulu ya ? " belum sempat Iris mahu membalas , Alyssa sudah hilang dari pandangan mata.
Haih. Iris mengeluh perlahan. Sedang dia memilih menu , dia di sapa oleh seorang kanak-kanak perempuan.
" Miss Iris ? " kanak-kanak perempuan itu menyoal ingin kepastian.
" Erm , yes. Kenapa ya ? " soal Iris kembali.
" Take this. " kanak-kanak perempuan itu memberi sepucuk surat kepada Iris.
YOU ARE READING
MISTER MEOW ©
Romance[ Book 1 ] #mistermeow 📌 Status : Completed 📌 BELUM DI EDIT . Tengku Irfan Nawfal, seorang ketua mafia yang sangat digeruni oleh kumpulan-kumpulan mafia yang lain. Dia seorang yang kejam, namun dihatinya terdapat sebuah taman bunga...