MM 35

277 28 7
                                    

Seperti yang dijanjikan , pada hujung minggu itu Alyssa dan Rayyan sungguh sibuk kerana mereka telah dilantik oleh Nawfal supaya membantunya dalam ' projek memujuk tuan puteri '.

Alyssa diberi tugasan untuk memujuk Iris supaya menemaninya ke majlis makan malam yang kononnya diadakan oleh syarikat bagi menggantikan daddy yang tidak dapat hadir kerana hal-hal tertentu.

Manakala , Rayyan ditugaskan untuk mencari satu tempat yang berdekatan dengan pantai serta menguruskan menu bagi makan malam mereka.

Nawfal pula sibuk mencari idea untuk membuat kejutan kepada Iris. Mereka bertiga bekerjasama membantu antara satu sama lain.

Ibu bapa Iris beserta abang-abangnya sudah dimaklumkan awal bagi mengelakkan berlakunya salah faham antara mereka.

Pagi Sabtu yang membosankan. Iris turun lambat ke ruangan makan kerana mengemas bilik tidurnya. Pelik bila ruangan makan itu senyap sahaja.

" Mak Mah ! Oh , Mak Mah ! " panggilan Iris tidak disahut.

Dia menuju ke pintu utama. Pintu yang terbuka separa lebar memudahkannya untuk menjenguk kepala ke luar.

" Mak Mah ! Oh , Mak Mah ! " panggilnya lagi.

" Iya ?! Mak Mah dekat luar ni. Tengah siram pokok bunga. " sahut Mak Mah sedikit kuat.

Iris berjalan mencari Mak Mah yang sedang menyiram pokok bunga. Nampak saja tubuh tua itu , Iris terus bersuara.

" Mak Mah , jumpa pun. "

" Kenapa cari Mak Mah ni Fya ? " soal Mak Mah. Kerja menyiram pokok dihentikan sebentar.

" Mak Mahhh .. " leret Iris sambil berjalan memeluk Mak Mah.

" Eh eh .. Fya ni .. Mak Mah busuk lah , bau peluh. Kamu okay ke tidak ? Kenapa ni ? " ucap Mak Mah risau.

" Ya tak okay .. mana semua orang pergi Mak Mah ? Sunyi je. Nak makan pun tak ada kawan tau. " Iris mengadu persis kanak-kanak.

" lah .. apa lah kamu ni. Mak Mah ingatkan kenapa. Hm , semua orang keluar. Mama kamu katanya ada hal dengan persatuan. Papa dengan abang-abang kamu pulak pergi main golf dengan klien " balas Mak Mah.

" Alah .. " muncung Iris sudah panjang sedepa.

Mak Mah hanya menggeleng kepala melihat kelakuan anak majikannya.

" Tak apalah Mak Mah. Fya masuk dalam dulu , nak sarapan. Kalau nak minta Fya tolong apa-apa , panggil je okay ? " pesan Iris sebelum masuk ke rumah.

###

krukk ..

Perut Iris berbunyi. Dia mengusap-usap perutnya lalu membuka tudung saji untuk melihat makanan yang disediakan oleh Mak Mah.

' yummy !! mee hoon goreng ! ' Iris mengonyak senyum lebar.

Pinggan di tepi sinki di ambil beserta sudu dan garfu lalu di bawa ke kitchen island. Mee hoon goreng disenduk ke dalam pinggan dengan bacaan basmalah dia memulakan suapan ke mulut.

Baru saja dua hingga tiga kali suapan. Telefonnya berbunyi.

Alyssa Dahlia

Panggilan di slide ke atas.

" Hello ? "

" Fya !!! "

Skrin telefon dijarakkan sedikit dari telinga. Alyssa ni apa hal pula , nak menjerit-jerit. Bebel Iris perlahan.

" Hm , kau nak apa ni ? "

" Wehh !! Kau kena tolong aku !! "

Iris semakin pelik dengan Alyssa. Macam kelam-kabut pun ada juga.

MISTER MEOW ©Where stories live. Discover now