Waktu pagi yang nyaman di kediaman Dato' Afendi.
Alyssa bangun untuk membersihkan diri serta menjalankan kewajibannya. Setelah selesai bersiap , dia mencapai barang-barangnya lalu turun ke bawah.
Handphonenya cuba dihidupkan. Namun , tidak juga hidup. Jam di dinding dilihat. Tepat pukul 7:58 a.m.
' mati ke? nanti jelah Aku charge ' Alyssa terus menyambung menyuap sarapan yang dibuat oleh mommynya.
" My , Lyssa pergi dulu. " Alyssa meminta diri.
Kunci keretanya dicapai saat dia melalui ruang tamu.
Kereta dihidupkan. Charge dipasang lalu disambungkan ke telefonnya. Sebaik sahaja telefonnya hidup , berpusu-pusu notification masuk.
Kereta dipandu dengan cermat sehingga sampai ke destinasi.
Jam hampir menunjukkan pukul 8.30 a.m. Alyssa sudah tidak mempunyai banyak masa , kerana kelasnya akan bermula sebentar lagi.
Enjin di matikan. Buku rujukan dan beberapa lagi barangan penting di bawa keluar dari kereta.
Jam tangan dilihat , 8:29 a.m. Dia berlari anak menuju ke Dewan kuliah.
" Ah ! Tolong lah sempat sebelum prof. Masuk " gumam Alyssa.
Lagi beberapa meter saja lagi untuk dia sampai ke muka pintu, terpacak satu susuk tubuh yang sangat dia kenali. Gadis itu membuat isyarat loser ke arah Alyssa lalu masuk ke Dewan kuliah , tidak lupa juga untuk dia menutup pintu.
Alyssa termengah-mengah dihadapan pintu Dewan. Pintu Cuba di buka tapi tidak boleh. Dia mengintai dari cermin di pintu itu.
Prof. Mariya sedang bercakap di hadapan.
Alyssa mendapat idea untuk mengetuk sahaja pintu itu supaya orang di dalam perasan akan kehadiarannya di situ.
TOK ! TOK ! TOK !
Kelihatannya prof. Mariya perasan akan kehadiran Alyssa disitu. Prof. Mariya berjalan ke arah pintu.
Rambut yang hampir serabai dibetulkan , bibir terukir senyuman bila mana pintu dibuka dari dalam.
" Ya , awak nak apa Miss Alyssa Dahlia? " soal Prof. Mariya tegas.
" Erm , prof. Saya nak masuk class prof. Tapi , tadi Ada student yang kunci saya dekat luar tak bag- " tidak habis lagi Alyssa menerangkan apa yang berlaku , prof. Mariya sudah memotong Kata-katanya.
" Awak tau tak awak dah lambat masuk kelas saya hampir 10 minit? Ini pun awak masih nak salahkan orang lain lagi? Saya tak Kira, awak berdiri dekat sini sampai habis kelas saya. " arah prof. Mariya.
Alyssa berdiri disitu hampir satu jam setengah. Kaki yang tersarung kasut tumit 5 inci membuatkan lututnya lenguh. Mata-mata yang memerhati tidak dihiraukan.
KRINGGG !
Loceng berbunyi melegakan hati Alyssa
CLAK !
" Miss Alyssa , pastikan awak siapkan assignment saya dan hantar next week. Lain Kali jangan lambat lagi ke kelas saya atau saya akan laporkan dekat ketua dekan dan ayah awak. Faham? " kata prof. Mariya.
" Faham , prof. " Kepala ditunduk kepada Prof Mariya sebelum dia berlalu pergi.
Rakan-rakan sekuliahnya mula berpusu-pusu keluar dari Dewan. Dia berjalan jauh dari situ dan berhenti di salah satu bangku yang di sediakan.
Kasut tumit dibuka, kakinya yang lenguh diurut perlahan.
" Lyssa ! " Jerit satu suara dari arah jam 9.
YOU ARE READING
MISTER MEOW ©
Romance[ Book 1 ] #mistermeow 📌 Status : Completed 📌 BELUM DI EDIT . Tengku Irfan Nawfal, seorang ketua mafia yang sangat digeruni oleh kumpulan-kumpulan mafia yang lain. Dia seorang yang kejam, namun dihatinya terdapat sebuah taman bunga...