Kawasan bilik yang tadinya hanya sedikit gelap bertambah gelap. Dia tidak tahu sama ada diluar itu malam ataupun siang. Di mana mereka ? Tak akan lah seorang pun tidak perasan akan ketiadaannya?
KLAK !
Kedudukannya diatas kerusi dibetulkan. Buat pengetahuan semua , selepas kali pertama lelaki pelik itu masuk dia telah mengarahkan anak buahnya supaya meletakkan Iris ke atas sebuah kerusi.
Sekali lagi bilik itu dikunjungi manusia selain dirinya. Dua susuk tubuh masuk menghadapnya. Lelaki memakai t-shirt hitam lengan pendek , manakala yang perempuan pula memakai baju dress ketat paras peha.
' Macam tak pakai baju. Baik kau bogel je. Berpeluk-peluk pulak depan aku , geli betul. ' gumam Iris menyampah.
Mana tidaknya , pasangan yang sedang menuju ke arahnya itu berpeluk sakan macam suami isteri.
" So , ni lah perampas tu ? " Perempuan itu berpeluk tubuh sambil menanyakan soalan kepada si lelaki.
" Yeah. Dia lah. " balas si lelaki pula.
Perempuan itu menarik kerusi kosong dan duduk bertentang dengan Iris sambil menyilang kaki. Lelaki tadi pula berdiri disisi perempuan itu.
" Kau tau kenapa kau Ada dekat sini? " pertanyaan itu tidak dibalas oleh Iris.
" HEI ! AKU TANYA NI , JAWAB LAH ! " tengkingan itu memecah ruang diantara mereka.
" EH PEREMPUAN. KARANG AKU CAKAP KAU NI BODOH KAU MARAH , DAH SAH-SAH LAH AKU TAK TAHU KENAPA ! " tengkingan dibalas dengan tengkingan oleh Iris.
Terdiam perempuan itu. Lelaki disebelahnya pula sudah tertawa seperti tiada hari esok. Perut lelaki itu disiku bersama jelingan mautnya.
" well , disebabkan kau tak tahu kenapa kan. Nah ! " satu sampul bersaiz A4 yang berwarna coklat diberi kepada Iris.
Jantung Iris saat itu berdebar semacam.
" Ops! Terlupa pula, kau kan kena ikat." ejek perempuan itu.
"You, buka ikatan tangan dia tu. " arah perempuan itu kepada lelaki disebelahnya.
Tali dibuka. Sampul dicapai , dia memandang ke arah dua manusia di hadapannya ini dengan perasaan yang.. entah lah.. Sampul yang agak tebal itu selamat dibuka.
DENG !
Kepingan-kepingan gambar itu dikeluarkan satu persatu. Dia kenal akan pemilik tubuh yang ada didalam gambar itu dan.. siapa pula gadis itu? Kenapa pula Nawfal memeluk dia?
Kepala dia terasa sakit tiba-tiba.. Satu memori yang tidak diketahui pemilik asalnya masuk menjegah ke dalam kotak fikirannya.
" eeeiyy , comel macam baby " kata kanak-kanak lelaki itu kepada.. dia?
Mulut memuncung apabila pipinya yang sedikit tembam itu dicubit-cubit oleh teman barunya itu. Tangan kecil itu mengemaskan rambutnya yang sudah serabai ditiup angin petang.
Sedang mereka bermain-main tiba-tiba Iris dikejutkan dengan satu suara.. Meremang seluruh badannya saat mendengar bunyi tu. Bibir merah itu menjadi pucat tidak berdarah.
Purr MEOWW ~~
Lain pula bagi Nawfal. Mata yang sepet itu menjadi bulat bercahaya melihat haiwan itu.
" comel !!! " kaki berlari mendapatkan kucing yang berdekatan tempat mereka main tadi.
Kucing diangkat dan dipeluk geram. Iris dipanggil untuk mendekat tetapi kanak-kanak perempuan itu tidak mahu , gelengan kepala menjadi jawapan kepada Nawfal.
YOU ARE READING
MISTER MEOW ©
Romance[ Book 1 ] #mistermeow 📌 Status : Completed 📌 BELUM DI EDIT . Tengku Irfan Nawfal, seorang ketua mafia yang sangat digeruni oleh kumpulan-kumpulan mafia yang lain. Dia seorang yang kejam, namun dihatinya terdapat sebuah taman bunga...