Bahagia itu bukan terletak pada harta,
Tetapi, pada cukupnya kasih sayang diantara kita berdua.
✿✿✿
Dua minggu selepas majlis pernikahan. Semua perkara menjadi seperti sedia kala. Nawfal yang sudah mula berjinak-jinak dengan mengambil tahu hal ehwal syarikat.
Bermula hari yang sedikit bosan di saat dia mula menjalani cuti semesta di kolej. Ingatkan sudah bersuami boleh juga dia bermanja-manja dengan Nawfal ketika cuti sebegini. Tapi, apakan daya suaminya perlu juga menghadirkan diri di syarikat keluarga.
Baru pukul sepuluh pagi, tapi dia sudah merendam kaki ke dalam kolam kerana tidak ada benda yang boleh dia lakukan. Lebih-lebih lagi dia berada di rumah mertuanya.
"Iris sayang.." panggil satu suara dari arah sliding door di tepi rumah.
Kepala di toleh ke arah pintu.
"Mommy!" jeritnya teruja.
Kaki cepat-cepat di keluarkan dari kolam lalu berjalan laju ke aarh ibu mertuanya.
"Aipp! Jangan lari. Nanti jatuh, Nawfal salahkan mommy pula sebab tak jaga isteri dia elok-elok." tegur Tengku Nadia di selitkan juga bersama gurauan.
" hehe.. sorry mommy.." tubuh tua itu dipeluk erat.
Rindu pula dia dengan mamanya di rumah. Enath sedang apa yang dilakukan oleh mamanya ketika ini.
"rindu mama ya?" soal Tengku Nadia.
"erm.. sangat.." kepala masih lagi berada dibahu mertuanya.
"jom."
"Jom? Ke mana mommy?" Iris blur seketika.
"kata rindu mama, jom lah siap-siap pergi sana." terang Tngku Nadia.
Bersinar mata Iris bila diajak bertemu dengan mamanya setelah hampir seminggu tidak brjumpa kerna faktor masa kerja suaminya.
"saya call abang dulu ya, nak bagitau kita nak keluar." kata Iris.
Tengku Nadia mengangguk saja sebelum berlalu naik ke atas untuk bersiap meemui besannya. telefon pintar yang diletakkan diatas meja kopi dicaapi. Nombor Nawfal dicari lalu dia membuat panggilan.
tut.. tut.. tut.. tut..
"hello, sayang. kenapa ni?" soal Nawfal dipanggilan dengana nada risau.
"saya nak minta izin pergi rumah mama boleh?sa-"
"sayang nak pergi dengan apa? Kalau sayang nak pergi seorang diri, abang tak benarkan. Tunggu abang balik , kita pergi sama." potong Nawfal.
"abang.. saya pergi dengan mommy. boleh?"
Lama juga Nawfal terdiam di panggilan. Dia berdehem sebentar sebelum mula bercakap kembali dengan isteri tercinta.
"ok, boleh. Sayang pack baju kita sikit dan paling penting.. baju kerja abang jangan lupa bawak, kita tidur semalam dua dekat rumah mama." pesan Nawfal.
YOU ARE READING
MISTER MEOW ©
Romance[ Book 1 ] #mistermeow 📌 Status : Completed 📌 BELUM DI EDIT . Tengku Irfan Nawfal, seorang ketua mafia yang sangat digeruni oleh kumpulan-kumpulan mafia yang lain. Dia seorang yang kejam, namun dihatinya terdapat sebuah taman bunga...