MM 27

270 30 6
                                    

BANG !

Peluru di lepaskan. Ini kah kesudahan kisah ini ? Mati di tembak penjahat demi menyelamatkan seseorang.. seseorang yang di puja dalam diam..

" NAWFAL !! "

Iris berlari ke arah Nawfal. Darah yang banyak pada tangan dia membuatkan Iris teragak-agak mahu memegang.

BUK !

Lelaki tadi jatuh menyembah bumi. Ya , dia mati pada jam 6.15 petang akibat daripada tersalah lepaskan tembakan. Darah yang Ada pada Nawfal ? Itu darah lelaki tadi , dia tak akan membazirkan darahnya untuk lawannya yang lemah seperti itu.

" Bu-bukan awak yang ke-kena? " gagap Iris.

" Awak harapkan saya yang kena ke? " Soal Nawfal serious.

" Ta-tak ! Saya cuma ingatkan awak yang di tembak " tegas Iris.

Nawfal berlalu. Dia menepuk pasir yang Ada di atas badannya. Iris hanya membuntuti langkah Nawfal. Segala panggilan daripada Iris di abaikan.

" TENGKU IRFAN NAWFAL ! I SAID STOP ! " jeritan nyaring Iris membuatkan langkah Nawfal terhenti.

Iris bergerak pantas ke arah Nawfal yang sudah berhenti.

" Awak tak dengar ke apa yang saya cakap tadi ? Apa lagi awak tak puas hati dekat saya ?! " luah Iris.

" AKU tak puas hati , Aku bengang , Aku marah dengan kau ! Kau faham tak ?! Kau tak tau ke bahaya jalan seorang diri ?! Dari KL sampai ke PD ?! APA SEMUA NI IRIS AFYA ?! KALAU KAU TAK RISAUKAN DIRI KAU , TAK KESIANKAN DIRI KAU ! TOLONG INGAT ORANG LAIN YANG RISAUKAN DIRI KAU ! SUSAH SANGAT KE HA ?! " akhirnya apa yang Nawfal pendam sedari tadi telah di luahkan.

Iris terdiam. terkaku. terkedu. Semua ' Ter ' lah. Nawfal tak pernah begini , dia tidak pernah meninggikan suara terhadap Aku.

Sakitnya rasa ni.

Iris mula mengundur diri perlahan-perlahan. Nawfal cuba memegang bahu Iris tetapi di tepis kuat oleh Iris.

" Ja-jangan muncul depan saya lagi ! Saya benci awak ! " Jerit Iris sebelum berlari ke arah keretanya dan berlalu pergi meninggalkan tempat itu.

" Huhh ! " Keluh Nawfal berat.

Telefonnya di keluarkan. Dia menghantar pesanan ringkas kepada seseorang untuk mengekori serta mengawasi segala gerak geri Iris sehingga sampai ke rumah.

###

TING !

" Iris otw balik dari PD.. "

Lega. Dia rasa lega bila dapat berita dari lelaki itu bahawa adikmya dalam keadaan baik. Cumanya , dia jadi risau bila mana lelaki itu tidak menelefonnya seperti biasa tetapi di ganti dengan satu pesanan ringkas.

' haihhh , apa lagi masalah Nawfal ? ' keluhan Arfan.

" Asal long ? Fya tak apa-apa kan ? " Arfadz bersuara bila terdengar alongnya mengeluh perlahan.

" Tak , dia tak apa-apa. " Kening Arfadz terjungkit.

Huhh. Keluhan kali ini lebih kuat dari yang pertama.

" Along ,.. " panggilan Arfadz membuatkan Arfan mengangkat kepala.

" Tak ada apalah. Kejap lagi Fya sampai dari PD. Nawfal baru inform tadi. Along masuk dulu ya. " Arfan bangun lalu menepuk bahu adiknya.

Arfadz hanya memandang alongnya pergi meninggalkan ruang tamu itu. Kali ini dia pula yang melepaskan keluhan.

Dia duduk di ruang tamu untuk menunggu kepulangan adiknya. Hampir sejam juga dia menonton television sambil menunggu , akhirnya adiknya pulang dengan selamat.

MISTER MEOW ©Where stories live. Discover now