MM 31

270 37 4
                                    

" Secawan Espresso , siap. Silakan minum. " ucap Rayyan lalu mengukir senyuman sehingga menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.

Gadis itu memandang ke arah Rayyan. Terpana dia melihat satu senyuman yang mampu membuatkan jantungnya berdegup dengan kencang secara tiba-tiba.

Rayyan terus berlalu pergi membuat kerjanya yang tertangguh tadi. Gadis itu pula hanya memerhati segala tindak-tanduk Rayyan dari jauh.

' adakah ini yang dinamakan cinta pandang pertama ? ' gadis itu tersenyum senget.

Rasa Yang sedang bercambah di hati semakin bertambah dari minit ke minit. Senyuman Rayyan membuatkan hati gadis itu berbunga-bunga. Matanya tidak lari dari memerhatikan Rayyan yang sibuk melakukan kerja.

Rayyan mula perasan bahawa gadis itu memerhatikannya.

“Asal perempuan tu perhatikan aku macam tu?” Soal Rayyan sendiri.

“Lantak dia la, janji kerja aku siap”

Rayyan tidak menghiraukan pandangan si gadis itu, malah dia menyambung kerjanya sebagai seorang pelayan.

Perlahan-lahan gadis itu mengeluarkan telefon dari celah poketnya. Ikon camera dibuka. Dia mengangkat telefonnya dan...beberapa keping gambar Rayyan yang sedang mengelap meja diambil.

KLIK! KLIK! KLIK!

“Comel betul kau ni..” gadis itu tersenyum sambil menyentuh screen telefonya yang ada gambar Rayyan.

Tiba-tiba ada satu suara menegurnya.

“Apa yang comel tu? Awak curi-curi ambil gambar saya kan? Baik mengaku. Sebab saya dengar la bunyi ‘klik, klik’ tu” kata Rayyan yang sudah ada di hadapannya.

Cepat-cepat gadis itu menutup telefonya.

“M-mana ada, tak baik tau tuduh macam tu” kata gadis itu.

“Boleh percaya ke?” Rayyan merenung gadis itu. Matanya disepetkan.

Terus merah muka gadis itu dibuatnya. Rayyan menjentik dahi gadis itu lalu berlalu ke dapur.

" Auch ! " gadis itu terjerit kecil. Dahinya disentuh , senyuman mula terukir.

###


Hari ini kelas pagi Doktor Fiqri ditangguhkan kerana masalah kesihatan. Kelas yang seterusnya pula bermula jam 10 a.m. sehingga 11 a.m.

Pagi itu dia berpakaian santai menuju ke dapur untuk sarapan pagi bersama papa , mama serta adiknya si Rynna. Ruangan makan tersebut sedikit riuh bila mana terdengar suara papa dan mamanya berbual mengenai hal-hal semasa.

" Morning you all " sapa Rayyan ceria.

" Morning Rayyan. " balas mama dan papanya.

Roti di sapu dengan jam strawberry lalu di suap ke dalam mulut. Tan Sri Rayden Lee bersuara secara tiba-tiba saat melihat anaknya Rynna yang baru turun ke meja makan.

" Lambat kamu turun Ryn ? " soal Tan Sri Rayden Lee.

" Ryn cari buku rujukan kejap. Entah dekat mana letak , sebaik jumpa. Kalau tidak , mahunya berdarah telinga kena bebel. " rungut Rynna.

" Tak baik merungut Ryn. Ha sudah , duduk sarapan cepat. Nanti lambat dah jadi satu masalah lagi. " kata Puan Sri Ryssa Lee.

Mereka makan dengan selera. Budaya bersalaman sudah menjadi tabiat semua sebelum melangkahkan kaki keluar dari rumah.

Rayyan membantu mamanya mencuci pingan mangkuk yang telah digunakan. Setelah selesai , dia naik ke bilik untuk bersiap ke kolej memandangkan jam hampir menunjukkan pukul 9.45 a.m.

MISTER MEOW ©Where stories live. Discover now