MM 10

401 42 7
                                    

Di satu bilik yang tampak mewah namun diselubungi oleh dendam yang membara.

" Aku nak korang ikut anak perempuan Tan Sri Amran ke mana je. Aku tau rumah dia orang sedang di perketatkan kawalannya. Jadi , bila mereka semua lalai Aku nak korang berdua culik dia. " Arah suara itu.

" Baik boss " ucap lelaki berdua itu.

" Dah , pergi sekarang. " halau suara itu pula.

Dua lelaki berbadan tegap itu menundukkan sedikit kepala tanda hormat lalu keluar dari bilik tersebut.

•••

Seperti yang dijanjikan, pada hujung minggu mereka pergi ke taman untuk mencari rantai Iris.

Taman Cendana.

Iris dan Alyssa memanaskan badan untuk mengelakkan daripada kekejangan otot semasa berjogging.

Mereka memulakan larian. Sudah beberapa kali pusingan orang yang di tunggu tidak juga muncul.

Pusingan yang Kali ke 5 , mereka ditegur seseorang.

" Err , cik. Tumpang tanya boleh? " soal lelaki berbadan tegap itu.

" Ya? " Soal Iris dalam keadaan was-was.

" Dekat mana Taman Bukit Permata ya? " tanya lelaki yang berkumis nipis itu pula.

" Err , encik berdua terus je ke jalan keluar tu. Lepas belok kiri dah sampai. Taman tu sebelah je Taman ni. " terang Iris.

Mereka mengucapkan terima kasih. Iris dan Alyssa berjalan dahulu sebelum hendak memulakan larian.

Tiba-tiba..

" Hey ! Umpp , umpp " mulut Iris ditekup dari belakang. Manakala Alyssa yang sedar akan kejadian itu menjerit minta tolong.

" Tolong !! " Jeritan itu seolah-olah tidak berguna kerana tiada orang yang lalu di situ. Dua lelaki tadi turut menangkap Alyssa dan dimasukkan kedalam van hitam.

Penculik itu membawa mereka
berdua ke tempat yang disuruh oleh orang besarnya.

Tengku Irfan Nawfal POV

" Tolong !! " Suara meminta tolong itu menarik perhatian Aku.

Aku yang berada di sebalik pokok menyaksikan kejadian penculikan itu. Dua gadis yang di ' tidurkan ' tadi di bawa masuk ke dalam satu van hitam.

' eh itu bukan Alyssa ke? "kata Nawfal saat terpandang akan wajah gadis yang sedang di angkat itu.

' wait. What?! Kalau ada Alyssa , mesti ADA Iris kan ?! ' soal Nawfal hampir menjerit.

Saat itu Nawfal terpandang akan nombor plat van itu. iPhone 7+ di keluarkan. Icon camera dibuka.

Nawfal merakamkan gambar nombor plat van itu menggunakan camera handphonenya.

Dia tidak jadi untuk berjogging seperti biasa. Dia terus memasuki keretanya dan mengikut van hitam yang sedang membawa HAK nya.

Sampai di hutan yang gelap. Van itu memberhentikan kenderaannya di satu kawasan yang terbiar. Nawfal memarking kenderaannya jauh sedikit daripada tempat van itu berhenti.

Sebelum dia keluar, ' baby ' nya di selit ke seluarnya. Perlahan dia berjalan menuju ke kawasan bangunan itu.

Di sebalik semak tempat dia bersembunyi, dia terlihat 4 orang sedang berkawal di tepi bangunan. Manakala 2 lagi sedang berjaga di pintu masuk utama bangunan.

MISTER MEOW ©Where stories live. Discover now