Sebaik sahaja kereta berhenti , Iris terus keluar menuju ke pintu rumah dengan langkah longlai.
Penat sungguh dia hari ini , mana hendak siapkan bahan untuk assignment , mana hendak temankan angah lagi .. haih , terasa mahu tercabut kepala lututnya.
pintu rumah sudah dibuka oleh mak mah , seusai melangkah masuk dia mengucapkan terima kasih. tangga didaki perlahan-lahan menuju ke biliknya.
KLAK !
pintu bilik ditutup menggunakan kaki sehingga menghasilkan bunyi yang sedikit kuat.
BAM !
beg tangan yang sedari tadi dipegang , dilepaskan di atas lantai bilik. sungguh dia tidak larat , di fikiran hanya terbayang-bayang bantal dan tilam.
erghhh !
Iris menggeliat kecil saat badannya rebah ke atas tilam. matanya seakan-akan digam , langsung tidak boleh dibuka. akhirnya dia tertidur kepenatan sehingga ke pagi.
~~~
tit.. tit..tit.. tit..
" siapa yang berani menggangu tidur beta? " gumam Iris sama ada sedar atau tidak sedar.
tit.. tit..
tit.. tit..
rengusan kasar dilepaskan. mata di gagahkan untuk melihat objek apa yang sedang memganggunya tidurnya ketika itu.
" tsk ! jam ni apahal lah kacau tidur aku " dengus Iris.
Jam loceng di matikan. 5 minit berlalu , matanya tercelik besar seperti ayam berak kapur. Jam loceng kembali di capai langsung terbeliak biji mata Iris.
8.50 PAGI !!!
" oh mama , papa !! " tuala dipenyangkut ditarik kasar sebelum dia hilang disebalik kamar mandi.
~~~
Alyssa yang sudah muncung sedepa membuatkan Iris menggaru kepala. Bukannya dia sengaja untuk bangun lambat , dia pulang lewat malam memang lah mengantuk.
" Alyssa Dahlia , please ... I'm sorry " pujukan Iris langsung tidak layan.
' think Fya , think ! ' gumam Iris.
TING !
" hm , baru nak belanja shopping tadi. " suara sengaja dikuatkan supaya sepupunya itu dengar.
Alyssa sudah melopong tidak percaya. kepala dipalingkan ke arah Iris sambil menggoncang bahunya.
" SERIOUSLY ?! " jeritan yang sungguh boleh memekakkan telinga.
" apanya? " soal Iris pura-pura tidak mengerti. padahal dalam hati sudah ingin tergelak melihat muka terkejut alyssa.
" kau jangan nak buat tak tahu ek? kau yang cakap nak belanja aku shopping tadi. " jeling Alyssa.
" eleh tadi sombong .. " rungut Iris lagi.
" dah jom gerak. aku nak cari baju paling mahal untuk majlis angah nanti. " ucap alyssa bersama gelak jahatnya.
mulut yang sudah ternganga cepat-cepat ditutup lalu mengejar langkah gadis berbaju dark blue itu.
~~~
YOU ARE READING
MISTER MEOW ©
Romance[ Book 1 ] #mistermeow 📌 Status : Completed 📌 BELUM DI EDIT . Tengku Irfan Nawfal, seorang ketua mafia yang sangat digeruni oleh kumpulan-kumpulan mafia yang lain. Dia seorang yang kejam, namun dihatinya terdapat sebuah taman bunga...