MM 24

276 34 9
                                    

Siling putih menjadi tatapan mata. Minda menerawang tanpa ada tanda untuk melelapkan mata.

Esok merupakan genab 2 Bulan dia tidak menjejakkan kaki di ' syurga ' nya. Jadi , dia perlu ke sana esok untuk melempiaskan rindunya kepada anak-anaknya.

Mata di paksa untuk lelap. Dia memerlukan rehat yang cukup untuk esok.

•••


Pagi di mulakan dengan senyuman. Iris turun ke ruangan makan untuk bersarapan. Abang-abangnya pula memandang pelik ke arahnya.

" Adik nak pergi mana? " Soal Arfan.

" aik ? Nak pergi kolej lah , apalah along ni. " balas Iris selamba tanpa mempedulikan mereka.

Roti yang sudah siap sedia di sapukan jam di ambil lalu di suakan ke mulutnya selepas bacaan bismillah.

Arfan dan Arfadz saling berpandangan , seorang dengan kening dijungkitkan seorang dengan bahu di angkat.

Sedang mereka menjamu selera , mereka di kejutkan dengan satu suara.

" Good morning y'alls " sapa satu suara.

Mereka berpandangan dengan satu pandangan yang sukar di tafsir.

' OMG ! ' seperti sudah faham apa yang akan berlaku sebentar lagi.

Keadaan senyap sepi serta kekok membuatkan suara itu menegur sekali lagi.

" Helllloo , you alls ! Good morning ! " sapanya sekali lagi dengan suara yang sengaja di kuatkan.

" Eh , morning Sandra " balas Puan Sri Imanrose yang entah muncul dari mana.

" Aunty ! Lamanya Sandra tak jenguk aunty. Rindu betul. " bodek Sandra.

Sandra? Dia ni anak kepada Dato' Sufian dengan Datin Suziana. Rakan perniagaan papa. Dia ni sebenarnya antara calon yang ingin di kenankan ke along , tapi dah orang tak sudi. Jadi , mama malas nak memaksa sebab yang penting kebahagiaan anaknya yang pertama.

" Marilah Sandra , jemput sarapan. " pelawa Puan Sri Imanrose.

" Malu lah aunty. " Kata-katanya itu membuatkan Iris yang sedang minum disebelah hampir tersembur keluar.

" Uhuk Uhuk .. "

" Awak ni Afya , minum tu molek sikit. Apa anak dara minum gelojoh macam ni. " tegur Puan Sri Imanrose.

" Sorry maa.. "

Kerusi disebelah Iris di tarik oleh Sandra. Mak Mah meletakkan sekeping¿ Pinggan di hadapan gadis itu beserta secawan air teh suam.

" Fya- " baru saja Sandra mahu bertanya , Iris mencelah.

" Err.. Fya pergi dulu ma. Dah lambat ni nak ke kolej " kata Iris seusai menyalami tangan mamanya.

Dia dengan kelam-kabut keluar dari rumah hanya kerana ingin lari dari ' ulat bulu ' yang selalu meliuk-lentok tidak kira masa.

" Ha , you Arfan- " Sandra mengalihkan pula perhatiannya kepada Arfan , tetapi Arfan cepat sahaja melepaskan diri.

Telefonnya diambil lalu mengacah seperti ada seseorang yang sedang menghubunginya.

" Ha?! Okok Aku ke sana sekarang.. blah blah blah " kata-kata Arfan hilang di bawa angin lalu.

Arfadz pula berjalan perlahan-perlahan supaya yang lain tidak sedar akan pemergiannya.

" Kamu juga Angah? " soal Puan Sri Imanrose saat terpandang akan anak bujangnya yang seakan-akan pencuri hendak melarikan diri.

MISTER MEOW ©Where stories live. Discover now