Aku bangun dan memulakan hari ku seperti selalu.
Mandi dan sarapan roti telur seperti biasa.Tiba-tiba, aku terfikirkan L ~
Lalu, aku buka komputer dan semak email kerja ku. Untuk kelangsungan diri, aku adalah seorang part time assistant editor. Satu pekerjaan yang tidak memerlukan aku untuk directly berhubung dengan orang.
Ianya kerja separuh masa yang jarang-jarang ada 'tasknya. Bergantung pada editor syarikatku. Gajinya pun tidaklah lumayan tetapi cukup untuk melunaskan bil bil , sewa rumah dan makan minumku.
Aku juga mempunyai duit simpanan dan dengan gaya hidup aku yang begini, terkurung je, rasanya semuanya serba cukup. Paling penting, pekerjaan ini beri aku banyak masa dan privasi untuk menjalani terapi.
Tiba-tiba aku teringatkan L~
Aku tutup komputer dan check pula message dari Dr.Asnidar. Seperti biasa, aku akan update dan video call dia. 45 minit sessi ku dengan Dr Asnidar hari ini. Sehabis sahaja sessi itu, sekali lagi aku terbayangkan L.
Tak boleh jadi ni! Empat tahun aku tidak pernah peduli tentang sesiapa pun, melainkan aku dan masalah ku. Tetapi dalam sekelip mata L telah mengubah segalanya. Dua hari sahaja pertemuan kami tetapi duniaku sudah kacau bilau seperti ini.
" This is absurd!" marahku.
Aku bingkas mengambil beg tanganku. Mencari -cari ubat penenang anxiety ku. Mungkin ubat ini dapat cool down kan diriku dan perasaan ini.
Tetapi apa yang ku jumpa adalah gula -gula semalam. Candy-candy kecil bewarna-warni. Yang penuh di dalam beg ku, menimbuni botol pil ubatku. Seakan-akan cuba menyembunyikannya.
Hal semalam kembali mengamit fikiran.
Aku tahu yang L cuma menukar isi beg ini ; bukan bertujuan untuk melindungi ku, tetapi adalah untuk kepentingan dirinya.
Semua itu perancangannya. Dalam jangkaannya.
Mungkin dia juga yang rancang aku akan jadi tak keruan seperti ini. Supaya aku sentiasa memikirkannya.
Kenapa aku keep on thinking about him! Merinduinya..
"huh.." rungutku sambil mengambil satu candy itu. Aku buka dan menghisap gula gula itu.
Manis. Rasa anggur. Sedap sangat!
krak..
Aku tergigit gula itu.
Ia pecah.
Lalu rasa manis bertukar masam yang teramat sangat!
Masam sehingga berkerut dahiku. Ah, it's a sour candy!Dan aku kembali mengingati L.
How he treat me, nicely..but also harsh. Aku tak tahu bila dia akan berubah. Just like this candy.Sweet and sour at the same time.
Tetapi...
" the taste is not so bad..." kataku perlahan.
YOU ARE READING
Cermin Cinta Narcissus
Teen FictionDia memandangku. Anak matanya yang berwarna coklat itu, lembut merenungku. Aku terpaku. "Nama awak Syaidatul, so?" tanya dia. Aku alihkan pandangan ku dari nya. "Sya? Sya? Hello, sya?" > > Semua kisah cinta bermula dari satu pertemuan. Sengaj...