"Tarik nafas, hembus nafas,slow slow, repeat. "bisik L di telingaku.
Kemudian, dia..
" Hai! " tegurnya mesra pada penyambut tetamu yang memerhatikan kami berdua.
" Welcome sir. "
Penyambut tetamu perempuan berbangsa india itu tersentak. Renungan matanya bagaikan terkejut saat terpandang aku dan penampilanku yang tidak mengikut syarat dress code restaurant ini.
Aku pasti yang dia akan menghalauku.
"She's with me." kata L.
"Oh, ok. Then, it's welcome, madam."
Terus wajah dia yang macam nak menyinga tadi menjadi mesra, mengalu-alukan kehadiranku.Reaksinya itu, secara tidak langsung, membuat aku sedar yang lelaki di sisiku ini bukannya orang biasa-biasa. Jelas yang L ni golongan ini . Dahulu di panggil orang ada-ada. Kini, dipanggil golongan kayangan.
Aku bukan naif.
L senyum padaku dan aku lihat tangannya cuba memegang tanganku, ingin memimpin aku ke sisinya, lagi.
"Dua kali." kataku.
Dia tersentak.
Dan niatnya untuk memegang tangan ku, terhenti.
"Sudah dua kali awak sentuh saya tanpa keizinan saya. Kali ketiga saya boleh laporkan sebagai sexual harassment."
Aku mengingatkan dia, lalu ku sembunyikan tanganku ke belakang badanku.
"Baiklah, kalau macam tu, awak follow saya okey?Jangan hilang macam hari tu, seperti di mall."
Dia pula mengingatkan aku.
Kemudian, aku follow dia dari belakang. Menjarakkan diri, adalah dalam 5 langkah ke belakang.
Aku memang expert bab-bab menyembunyikan diri camni, bak kata Dr.Asnidar. Presence. Aura. My human aura or presence macam sangat tiada, so faint. Orang takkan sedar aku ada di sisi mereka. Seolah-olah yang aku ini halimunan.
Sebab itulah, sepanjang aku bersekolah di sekolah yang sama, 5 tahun di kelas pertama, masih, cikgu-cikgu takde la kenal aku sangat.
Bukan itu sahaja, 8 tahun bekerja di sebuah syarikat dan pegang jawatan tetap, bos serta client selalu ingat yang aku ini intern atau staff baru.
Bagaikan kehadiran ku ini tidak diperlukan.
Disebabkan itu, perlahan-lahan aku menjadi tidak layak berada di kalangan mereka. Terasa ditinggalkan, lalu aku meninggalkan semuanya. dan inilah aku hari ini.
anxiety
depressed
down and
lost
unfit to this community
.
.
"Ehhh!!" L tiba-tiba menjerit , bagaikan teringat sesuatu.
Dia berpaling memandangku yang berada 5 langkah dibelakangnya.
"Silap, ianya tiga kali." Kuat suaranya, seperti disengajakan.
"I hugged you once."
Dia senyum.
Serta-merta aku teringatkan hal itu.
Pelukannya~
Pipiku terus terasa hangat, berasa segan.
Tetapi yang lebih penting, saat ini, disebabkan suaranya yang kuat itu dan teriakannya itu, semua hadirin di sini terus memandang ke arah kami berdua.
Memerhatikan kami.
Memberi tumpuan pada kami berdua.
Ya, sekali lagi aku ulang, aku bukannya naif.
Dari pandangan mata mereka, bisik-bisik itu, aku tahu yang L,adalah seseorang yang special di sini.
Dan aku tiba-tiba hadir di antara dia dan mereka.
Aku yang sudah terbiasa menjadi seorang yang tidak dipedulikan. Kini, disebabkan dia.
aku akan jadi satu tumpuan.
YOU ARE READING
Cermin Cinta Narcissus
Teen FictionDia memandangku. Anak matanya yang berwarna coklat itu, lembut merenungku. Aku terpaku. "Nama awak Syaidatul, so?" tanya dia. Aku alihkan pandangan ku dari nya. "Sya? Sya? Hello, sya?" > > Semua kisah cinta bermula dari satu pertemuan. Sengaj...