~ Seseorang yang mengalami gangguan personaliti narsis tidak mungkin mengakui kesilapan atau bertanggungjawab untuk menyakiti anda~
Itu yang sepatutnya.
Tetapi L,
< I was wrong. Maafkan saya. Saya takkan buat begitu lagi.>
L, dia mengelirukan ku.
Kami sampai di sebuah bangunan putih yang direka seperti sebuah istana di zaman pertengahan british.Aku macam kenal tempat ini. Ia book cafe yang baru sahaja dibuka 3bulan lepas.
Sebuah cafe gabungan perpustakaan dan juga kafe yang menghidangkan pelbagai jenis kek dan kopi. Dengan tema unik berkonsepkan medieval, ia terus menjadi hotspot viral. Baik untuk pencinta buku mahupun pengemar ootd.
Macam mana aku tau?
Lebih tepat, macam mana L tahu? Yang tempat ini salah satu dalam bucket list aku? Tempat yang ingin aku berazam untuk lawati sekiranya aku berjaya pulih.
" Surprise!" L sengih.
"Awak.. macamana awak tahu?"
"Well, kat dahi awak tu ada tertulis nerd, ulat buku, suka buku. And bamm! . I just use my amazing instinct. And here we are."
L berlagak. And sempat lagi dia selit-selit mengkritik aku. Nerd? Ulat buku? Hello.. Tapi aku tak ambil peduli. Sebab, Sekarang ni, aku just terasa terawang-awang, tak percaya yang aku telah berjaya jejakkan kaki di sini. Ia bagaikan disneyland untuk ku, tempat ini.
"Awak tahu tak, actually saya paling tak suka datang ke library. Even zaman belajar uni pun, saya tak pernah ke library. Awak tahu sebab apa?" Keluh L sambil merenung bangunan ini, seperti ada nya memori hitam .
"Sebab apa?"
"Emm.. bukan sebab saya malas baca buku atau saya tak pandai waktu belajar dulu, tetapi sebab kalau saya jejak kaki ke library je." Dia berkerut serius.
" kekecohan pasti berlaku."
" kecoh?"
"Orang tak akan baca buku sebaliknya terpesona memandang saya. This face is too charming." katanya sambil menunjuk mukanya yang dijulingkan biji mata.
Aku terkejut lalu ketawa.Aku tidak expect yang dia akan berjenaka dengan wajah seperti itu. Sedangkan tadi dia begitu serius sepanjang perjalanan ke sini.
"Yelah tu... " balasku spontan. Aku senyum.
Dia juga." Ya, betul, Jika saya berada statik di satu-satu tempat, orang akan mistake saya sebagai salah satu keajaiban dunia. "
Aku hanya mampu geleng -geleng kepala je. Overclaim betul L ni. Boleh jadi scammer.
" Kenapa, tak percaya? Nak cuba?"
Lalu dia menarik bahu ku agar tubuhku menghadapnya. Kami bertentang mata.
Rapat.Untuk seketika, aku lihat duniaku terhenti di dalam anak matanya. Segalanya berputar perlahan. Aku dapat rasakan angin yang bertiup, dedaun yang berterbangan, di sekelilingnya, masa seakan terhenti. Untuk saat ini.
Aku menyedari sesuatu. Sesuatu yang aku tidak mahu akui. Yang aku sudah jatuh cinta padanya.Duk.. duk..
Degupan jantung ku.
Aku tidak tahu bagaimana untuk menafikannya lagi." Awak pun terpesona dengan saya bukan?"
.
.
.
.Terkejut, Aku cepat-cepat menolak dia.
"Merepek la awak ni!" marahku. Aku terus mendaki tangga menuju ke pintu masuk book cafe ini. Tidak mempedulikan dia yang nak ikut atau tidak.
Tetapi bila aku toleh ke belakang, aku lihat dia telah dikelilingi beberapa orang remaja perempuan. Nampak macam budak kolej. Bila masa mereka muncul ni??
Aku lihat L melayan mereka mesra. Salah seorang siap minta no telefon dan ada yang minta untuk berselfie bersama. Diorang ni datang nak study ke nak cari boyfriend? Melihat itu hatiku terasa panas.
"Dah, dah jom masuk!" ajakku dgn nada suara yang marah.
Aku tarik tangan L.
Memimpin dia agar mengikuti ku.
Tanpa menyedari di belakangku, L sedang mengikutiku langkahku dengan senyum yang tak putus-putus.
YOU ARE READING
Cermin Cinta Narcissus
Teen FictionDia memandangku. Anak matanya yang berwarna coklat itu, lembut merenungku. Aku terpaku. "Nama awak Syaidatul, so?" tanya dia. Aku alihkan pandangan ku dari nya. "Sya? Sya? Hello, sya?" > > Semua kisah cinta bermula dari satu pertemuan. Sengaj...