"Narsisis? Tuduhan itu, tidakkah terlalu kasar? "
Tipis senyum di wajahnya. Ada kekecewaan berkaca di dalam pandangan matanya.
Dia mendekati ku.
Adakah dia akan mengertakku? Mungkin mengasariku?
Aku tidak dapat membaca tindak-tanduknya. He is unpredictable, like always. Dan.."Awak tahu kenapa saya bawa awak ke sini? Ke tempat seperti ini? Membiarkan awak dikelilingi orang-orang yang seperti ini?" tanya L, merenungku tajam.
"Jika awak fikir kemewahan dan kekayaan awak tu bo.." jawabku.
"Bukan dunia mewah ini yang saya ingin tunjukkan pada awak, Sya." potong L, menghentikan kata-kataku.
"Sebaliknya saya ingin tunjukkan pada awak, 'mereka' yang hidup dalam kemewahan ini."
"Insan seperti ini lah, yang sentiasa ada disekeliling saya. Pengkhianatan , pembohongan. Mereka ini sanggup lakukan apa sahaja untuk kepentingan diri mereka."
"Bila awak di sisi saya, mereka inilah yang akan melukakan awak. Mereka akan judging awak, memperendah-rendahkan diri awak ,mencari kelemahan dan kesalahan awak. Mempergunakan awak."
"They will make you fall and they will laugh, playing with you heart and twisting with your mind. "
" Untuk orang seperti awak, yang punya 'sakit' di hati, this environment, my world, is not safe for you."
Aku teringatkan kata-kataku semasa di dalam perjalanan ke sini tadi.
<Bukan semua yang jumpa doktor psikologi itu, perlu mental. Ada yang datang untuk merawat 'sakit' di hati>
"Tetapi, walaupun saya tahu betapa teruknya, dan toksik nya dunia saya ini untuk awak."
" But still..
I desire you."
Aku tersentak.
" Ya, tanpa mempertimbangkan perasaan awak, saya terjatuh cinta dengan awak."
" And selfishly, i will keep you here with me, by my side , in this toxic world."
YOU ARE READING
Cermin Cinta Narcissus
Teen FictionDia memandangku. Anak matanya yang berwarna coklat itu, lembut merenungku. Aku terpaku. "Nama awak Syaidatul, so?" tanya dia. Aku alihkan pandangan ku dari nya. "Sya? Sya? Hello, sya?" > > Semua kisah cinta bermula dari satu pertemuan. Sengaj...