18-L!!

33 4 1
                                    

Terasa gugup,  aku berundur setapak ke belakang, jauh darinya.

"Awak okey?"  .

Dia pula melangkah setapak mendekati ku.

Aku pandang ke arah L. Dia masih leka berbual di samping rakan-rakannya. Tidak menyedari apa yang sedang berlaku terhadap aku ketika ini.

L..

Suaraku tersekat lagi di anak tekak. Cemas tanpa sebab. Inilah yang berlaku bila ' strangers' tiba-tiba memasuki zon selesaku. Masalah yang aku cuba atasi di setiap sessi terapi bersama Dr.Asnidar.

Zon selesaku tadi adalah aku yang senang bersendirian, hinggalah ia terganggu bila waitress itu muncul dan kini, lelaki ini pula muncul.

Pandanganku terasa berpinar-pinar. 

Terasa ingin terjatuh, lalu ku capai bucu meja yang berdekatan.

" Awak betul ke tak apa-apa ni?" Suara lelaki itu semakin risau.

Aku pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam. Pesan Dr.Asnidar, jika serangan cemas ini terjadi, aku boleh cuba atasinya dengan memikirkan perkara-perkara yang gembira. Yang menenangkan aku. Mencari kembali tempat yang selamat bagi ku. Zon selesaku.

Aku buka mata ku.

"L." kata ku seraya memandang ke arah L.

Zon selesaku saat ini.

My comfort blanket is..

L!!

"L?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"L?"

Kehairanan, lelaki ini memandang ke arah insan yang ku panggil itu. 

"Oh, L." katanya. Di bibirnya, meleret senyum.

"Then, awak tak perlu takut dengan saya. Saya Raikal, sepupu L."

Aku tidak pasti samada dia menipuku atau tidak. Tetapi apabila mengetahui yang  dia ada kena mengena dgn L, kegelisahanku tadi hilang.

"Betul?" tanyaku ragu-ragu.

"Yer, betul. YO, Bro!" jeritnya memanggil L.

Aku lihat L memandang ke arah kami. 

L melambai tangan memberi isyarat untuk tunggu sebentar, kemudian dia kembali menyambung bercakap dengan seseorang di sebelahnya.

"Jadi, dah boleh percayakan saya? " 

Aku angguk.

Raikal terus  berdiri di sebelahku. 

"Awak tahu tak awak ada di mana sekarang ni?" tanya, tiba-tiba. 

"Restaurant."

" Betul, tapi lebih spesifik ini majlis syarikat DLC Group. Semua tetamu yang hadir hari ini saling berkepentingan.  Pemegang share, business partner, rakan-rakan, media. Ini sebuah majlis untuk legasi."

Aku hanya membisu.

Tetapi aku kenal nama syarikat gah ini.

Iklan, berita, majalah sering menyebut tentangnya.  Syarikat yang tersenarai dalam Forbes, antara legasi besar di negara ini. Even aku yang terperuk di dalam rumah pun tahu tentangnya.

" Awak tahu apa kepentingan L dalam legasi ini?"

Raikal merenungku, mungkinkah dia mengharapkan aku interested untuk bertanya. 

Namun, aku memilih untuk kekal mendiamkan diri.

" L adalah penyambung legasi ini. Seorang pewaris. Satu-satunya." ujarnya, bangga. 

" Kenapa awak beritahu saya semua ini?"

Riak wajah Raikal terus berubah. 

Dia tiba-tiba ketawa.

"Awak macam tidak kisah tentang hal besar ini. No wonder, L is L."

Aku tidak mengerti tetapi lelaki bernama Raikal ini terus tersenyum.

" Baiklah, saya simplify kan semua ini."

Dia merapatiku.

" Kedudukan awak sekarang ini, dicemburui, my little cinderalla."

Aku masih tidak mengerti.  Kedudukan apa?

Tetapi, sebelum sempat aku bertanya dengan lanjut,  seorang wanita menghampiri kami berdua.

Langsing dan tinggi.  Persis seorang ratu. 

Baju dress merahnya yang kembang, cantik beralun mengikut langkah kakinya.

Cermin Cinta NarcissusWhere stories live. Discover now