#Macam mana? dah ke?#Message itu aku baca tanpa dibalas. Selang berapa saat, muncul lagi whatsapp message yang baru.
#Sya boleh ke? Need help?
Message tu pun aku balas dengan blue double tick sahaja.
Aku tarik nafas dalam-dalam. Diri ini terasa gementar, nervous, dan ia tak terkawal, semakin jelas terlihat dalam getaran tangan ku ini. Yang mengigil.
Degupan jantung ku pula ritmanya mengila macam hendak diserang heart attack.
Belum lagi campur muka yang tengah pucat lesi ini. Sekiranya aku memandang wajahku ini di cermin, pasti aku boleh keliru yang mana satu orang yang mana satu mayat.
#Sya, just take one step , one of the time. Don't rush. You can take your time. Everything will be okey.#
Message sokongan itu aku baca dua tiga kali. Cuba mengumpul kekuatan dalam diri ini untuk..
Dum dum dum!
Pintu bilik air bergegar bagai nak runtuh.
"Lama lagi ke?!" teriak seorang perempuan dari luar tandas. Menunggu ku. Lupa pula yang aku sudah berada terlalu lama di dalam tandas awam ini.
"Ya.. sekejap!" jawabku sambil cepat-cepat menekan flush jamban.
Sebaik sahaja aku keluar, terus aku tertunduk-tunduk meminta maaf pada wanita yang itu. Tidak berani memandangnya. Wanita itu pula mencebik marah, masuk ke tandas.
Aku bergerak ke sinki dan membasahkan wajahku dengan air pili yang mengalir.
" Come on, Sya. Kau boleh!" kataku sambil merenung wajah ini di cermin. Tetapi suara ku kedengaran sedang mengeletar , ketakutan.
Anxiety.
Ya aku ada masalah itu. Low self confident yang semakin teruk sejak 4 tahun lepas.
Sebelum ini aku boleh tanganinya. Namun sejak akhir - akhir ini ia menjadi semakin teruk sehingga menyukarkan aku untuk menjalani aktiviti harian.
Aku akan cemas bila berada di tempat baru, cemas bila berjumpa dengan orang baru, cemas untuk bercakap dan cemas bila keluar dari rumah.
Aku kehilangan kawan-kawan dan tidak dapat pergi kerja seperti selalu.
Keadaan semakin teruk bila aku sudah beberapa kali diserang panik sehingga banyak kali dikejarkan ke hospital. My anxiety, sudah tidak terkawal.
Disebabkan itu, aku mengambil inisiatif untuk menjalani rawatan dengan Dr. Asnidar. Seorang pakar psikologi.
Aku keluarkan satu botol pil ubat dari beg tangan dan menelan satu biji pil berwarna biru cair. Ia ubat anxiety ku. Penenangku bila aku berasa cemas, seperti sekarang ini.
Tetapi kebergantungan ku yang keterlaluan pada ubat ini, membuatkan Dr.Asnidar risau. Lalu dia mahu aku mengikuti satu rawatan terapi baru. Dia namakan as 'steps to community'.
Dia akan berikan aku tugasan, dan aku perlu selesaikannya. Tugasan pertama: keluar dari rumah 2 kali seminggu. Tugasan kedua : berjalan jalan di tempat awam, 2 kali seminggu.
Dah macam tugasan budak-budak kan? Tetapi bagi ku, ia adalah satu tugasan yang sangat berat. Aku rasa hilang nafas setiap kali melaksanakannya.
Walaupun begitu, kini kedua - dua tugasan itu telah berjaya aku laksanakan. Itupun makan masa 5 bulan.
"A small progress is still an achievement."
Itu kata Dr.Asnidar pada progress slow aku. Dan aku pegang pada kata- kata itu.
Sekarang masuk tugasan ketiga.
Tugasan ketiga ; komunikasi -say hi and make one new friend.
Aku letak tangan ke dada, merasai degupan jantung ku yang sudah tenang. Tangan ku yang mengeletar pun sudah terkawal. Nampaknya ubat yang ku telan tadi sudah berkesan.
Aku calitkan pemerah pipi dan gincu, agar aku kelihatan lebih segar dan presentable.
Siap semuanya, aku melangkah keluar dari public toilet ini. Masuk ke perkarangan mall terbesar dan paling banyak pengunjungnya, di kuala lumpur.
YOU ARE READING
Cermin Cinta Narcissus
Teen FictionDia memandangku. Anak matanya yang berwarna coklat itu, lembut merenungku. Aku terpaku. "Nama awak Syaidatul, so?" tanya dia. Aku alihkan pandangan ku dari nya. "Sya? Sya? Hello, sya?" > > Semua kisah cinta bermula dari satu pertemuan. Sengaj...