"Saya tahu awak sukakan saya, sebab tu awak start tegur saya kan? Well...saya tak terkejut pun sebab orang kacak macam saya ni dah biasa dah kene macam ni."
"Tapi awak berani kan nak berkenalan dengan saya. Selalunya orang lain hanya tengok dari jauh je. Confident betul awak dengan rupa biasa biasa awak ni."
Confident, rupa biasa- biasa?
Terangkat kening aku sebelah, cuba menghadam situasi apakah ini?
" Jadi apa next step awak.Saya single dan available. So?"
Dia menanti response dari ku.
Salah faham! Semua ini salah faham. bisikku dalam hati.
"Maaf, sebenarnya saya salah orang." ulangku. Tidak mahu salah faham ini terus berlanjutan. Malah kali ini aku menatap dia, face to face seperti yang dia mahukan tadi.
" Kenapa awak boleh salah orang? "
Aku jelaskan segalanya pada dia. Masalah anxiety aku, treatment aku, Dr.Asnidar dan bagaimana salah faham ini boleh terjadi.
Panjang lebar penjelasanku.
Hairannya rasa cemas aku tadi hilang . Walaupun dia masih buat aku rasa tak selesa setiap kali kami bertentang mata , tetapi aku lebih tenang.
Habis je penjelasan ku.
dia ketawa.
dammit, die so hensem.
"Awak ingat saya percaya ke cerita awak ni? Apa buktinya yang semua ini cerita benar dan bukan rekaan? Yang ini semua bukan trick awak untuk mengorat saya?"
Aku hampir ternganga. What!
YOU ARE READING
Cermin Cinta Narcissus
Teen FictionDia memandangku. Anak matanya yang berwarna coklat itu, lembut merenungku. Aku terpaku. "Nama awak Syaidatul, so?" tanya dia. Aku alihkan pandangan ku dari nya. "Sya? Sya? Hello, sya?" > > Semua kisah cinta bermula dari satu pertemuan. Sengaj...